Skip to main content

Kuala Lumpur Lengang, Warga Asing Hilang.


Situasi pelik apabila lokasi sekitar Jalan Petaling, Jalan Silang serta Chow Kit di sini, yang sering dibanjiri ribuan warga asing pada setiap hujung minggu tiba-tiba lengang semalam.

Tinjauan wartawan di ketiga-tiga kawasan itu mendapati kawasan kaki lima dan kedai yang sering menjadi tumpuan warga asing bertukar sunyi seolah-olah mereka sudah menghidu operasi bakal dijalankan Jabatan Imigresen (imigresen) semalam.

Harian Metro sebelum ini secara bersiri mendedahkan kawasan sekitar Jalan Petaling dan Jalan Silang, di sini menjadi tumpuan warga asing susulan kewujudan kedai dan klinik haram menjual ubat seludup sejak 23 Ogos lalu.

Bagaimanapun kehadiran peniaga warga asing yang menjual pelbagai jenis barangan di kaki lima sekitar kawasan Jalan Silang di sini, turut tidak kelihatan semalam.

Senario yang sama juga boleh dilihat di sekitar perhentian bas berhampiran Kompleks Kotaraya yang selalunya sibuk dengan warga asing yang menggunakan bas dari sekitar Lembah Klang untuk ke kawasan Jalan Silang.

Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan ketegasan imigresen mengesan PATI menerusi pendekatan penguatkuasaan tanpa kompromi yang dilaksanakan menerusi Op Mega 3.0 yang bermula pada 1 Julai lalu.

Selain itu, tempoh untuk PATI menyerah diri secara sukarela juga tamat 30 Ogos lalu tanpa sebarang lanjutan menerusi program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (Program 3+1).

Seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata, keadaan lengang itu mungkin disebabkan tersebarnya maklumat mengenai operasi yang akan dijalankan imigresen selepas tempoh menyerah diri itu tamat.

“Memang kurang mereka (warga asing) hari ini (semalam), mungkin mereka takut dengan operasi yang kini sering dilaksanakan imigresen menerusi Op Mega.

“Tetapi, saya risau keadaan ini sementara saja, jika kawasan Jalan Petaling dan Jalan Silang ini masih menjadi tempat tumpuan mereka, bila keadaan sudah tidak panas, mereka mungkin akan berkumpul semula di sini,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan imigresen akan melancarkan operasi besar-besaran mulai tengah malam 30 Ogos yang bukan saja menumpukan kepada pekerja asing, malah turut memburu majikan yang melindungi mereka. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...