Skip to main content

Pak Cik Kantoi Check-in' Hotel Dengan Anak Buah Perempuan Berusia 10 Tahun


KEPRIHATINAN pekerja hotel di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Johor Bahru, menghubungi polis selepas melihat seorang lelaki dewasa mendaftar masuk ke hotel itu bersama seorang kanak-kanak perempuan, membongkar aktiviti sumbang mahram dilakukan lelaki terbabit.

Dalam kejadian 9.15 pagi semalam, pekerja hotel itu bertindak menghubungi Balai Polis TUTA kerana melihat lelaki berkenaan yang mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya yang menerima panggilan terbabit terus ke hotel berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

"Sebaik tiba, polis mengetuk pintu bilik dan selepas kira-kira lima minit, pintu bilik dibuka oleh seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan hanya memakai tuala.

"Selepas membuat pemeriksaan, mendapati lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci itu berusia 48 tahun dan kanak-kanak terbabit dalam lingkungan usia 10 tahun.

"Mangsa memberitahu bahawa suspek kerap membawanya keluar dan pada hari kejadian, mangsa mendapat kebenaran ibu bapanya untuk mengikut lelaki terbabit yang dikatakan bapa saudaranya.

"Suspek juga memberitahu bahawa dia adalah bapa saudara kepada kanak-kanak berkenaan dan katanya, dia mendapat kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak itu untuk membawanya keluar," katanya.

Beliau berkata, suspek sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak yang berusia antara 25 hingga 28 tahun.

Katanya, kejadian seperti itu adalah kali kedua berlaku terhadap kanak-kanak terbabit.

"Polis kemudian membawa suspek dan mangsa ke Balai Polis TUTA untuk siasatan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Mohd Taib turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang awam sehingga terbongkarnya perbuatan tidak bertanggungjawab itu. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...