Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Netizen Puji Anak Dara Azhar Sulaiman Cantik Macam Fazura

Pelakon Azhar Sulaiman telah mengundang perhatian ramai netizen lelaki apabila memuat naik gmbar bersama anak bongsunya.

Azhar berkongsi foto dirinya bersama Kasih Iris Leona di laman Instagram (IG) baru-baru ini.

Apa yang menarik, segelintir pengikut lelaki telah bertindak nakal dengan meluahkan hasrat 'ingin memetik bunga di taman'.

"Assalamualaikum uncle... Kawan saya namanya sulaiman, saya berhasrat nak memetik bunga ditaman.. harap comment saya ni dibaca dan diteliti... sekian dari saya insan yang lemah," tulis seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama @norfarhanfadzil.

Azhar turut 'sporting' melayan kerenah peminatnya dan membalas komen tersebut.

Rata-rata peminat turut memuji kecantikan anak perempuan Azhar yang baru berumur 16 tahun itu serta mengatakan yang Kasih adalah pelapis kepada pelakon Fazura. Sumber: Astro Gempak