Skip to main content

Hubungan Sulit Dengan Isteri Majikan Terbonkar, Lelaki Bunuh Majikan


LIMA orang ditahan kerana membunuh kejam majikan mereka sebelum cuba menghapuskan mayat itu dengan mengerat serta membakarnya di Kanchanaburi, lapor media tempatan.

Thailand News melaporkan, rakyat tempatan, Phuphathong Phathongphum, 36, Nattaphon Wiwatkunthon, 27, dan Montri Sunkham, 22, serta dua lelaki Myanmar yang cuma dikenali sebagai Soni, 25, dan New Aung, 36, didakwa atas tuduhan membunuh serta menyembunyi dan menghapuskan mayat kata jurucakap polis, Phumin Phumphanmuang.

Menurut Bangkok Post, Phuphathong mengaku merancang pembunuhan mangsa, Nawaphong Satchathamphiwat selepas lelaki itu mendapat tahu hubungan sulitnya dengan isteri majikannya itu.

Dia dan Soni adalah rakan sekerja manakala suspek lain kawan kepada Soni.

Pada hari kejadian, Soni dan New Aung melawat mangsa di rumahnya dan masuk ke rumah kononnya untuk mengambil makanan.

Phuphathong yang datang lebih awal ke rumah itu menunggunya masuk sebelum membelasah mangsa dan menikamnya tiga kali menggunakan pisau.

New Aung kemudian masuk membantu mereka memukul mangsa lagi sebelum membawa mayatnya ke ladang ubi kayu untuk dibakar.

Bagaimanapun, mayat itu tidak rentung menyebabkan mereka terpaksa menanamnya dengan Soni memenggal mayat itu terlebih dulu. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...