Skip to main content

Yard Tampil Mendedahkan Punca Sebenar Pergaduhan Dengan Penarik Kereta


Berikutan video pertelingkahan yang berlaku antara penarik kereta serta pemilik kenderaan yang menjadi viral baru-baru ini, kini pemilik kenderaan berkenaan telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku ketika itu.

Mengikut penerangan daripada pemilik kenderaan berkenaan, kereta tersebut adalah milik arwah bapanya dan pihak mereka juga sememangnya telah pun berjumpa pihak bank untuk menyerahkan kereta terbabit semula.

Namun pihak bank sendiri yang meminta agar penyerahan tersebut ditangguhkan dulu bagi menyelesaikan beberapa proses terlebih dahulu.

Menurut abang kepada lelaki yang terdapat dalam video pertelingkahan tersebut, ketika kejadian adiknya itu keluar untuk pergi makan tengah hari tidak jauh dari pejabat tempatnya kerja sebelum didatangi oleh dua lelaki yang memintanya supaya menyerahkan kunci kereta.

Salah seorang daripada lelaki tersebut telah mengenalkan diri sebagai EPS dengan kelulusan KPDNKK dan adik saya juga sempat mengambil gambar kad EPS milik lelaki berkenaan yang mana kami dapati kad miliknya itu telah tamat tempoh pada 9 Ogos 2018.

Manakala seorang lagi tidak memiliki kad EPS tetapi hanya berlagak seakan samseng bagi menakutkan adik saya supaya meyerahkan kunci kereta.

Apa yang kami ketahui adalah mengikut KPDNKK mana-mana individu penarik kereta yang menjadi ejen EPS haruslah memiliki permit EPS dan kad tersebut haruslah ditunjukkan bersama kad pengenalan ketika hendak melakukan penarikan kereta malah kad tersebut haruslah masih sah dan tidak tamat tempoh.

Malah kertas RO yang didakwa oleh dua orang penarik kereta tersebut yang telah dikoyakkan bukanlah kertas RO tetapi hanyalah kertas loan management center yang tertera nama, alamat, tarikh pinjaman, nombor pinjaman, nombor kenderaan, nombor chasisno enjin dan jenis kenderaan.

Apa yang penarik kereta tersebut miliki hanya kad EPS yang telah tamat tempoh serta surat yang dikatakan olehnya RO tarik kereta tetapi sebenarnya bukan menyebabkan adik saya curiga dengan kedua mereka dan terus menghubungi saya.

Saya langsung ke tempat adik saya dan kami enggan menyerahkan kunci kereta kerana kami curiga dengan ke dua-dua individu tersebut sehingga menyebabkan berlaku pertelingkahan antara kami berempat.

Tetapi apa yang dikesalkan adalah lelaki penarik kereta tersebut hanya mengambil video ketika pertelingkahan berlaku menyebabkan video berkenaan memaparkan seakan mereka yang bersalah dan penarik kereta berkenaan seakan teraniaya.

Kami adik-beradik telah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kerana video tersebut telah menjatuhkan maruah kami, nama serta telah menjejaskan pekerjaan kami dan kami juga terpaksa membuat laporan polis bagi melindungi diri kami daripada ugutan yang diterima selepas penularan video berkenaan.

Malah terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menviralkan data peribadi kami sehingga menyebabkan anak dan isteri saya yang sedang sarat mengandung takut untuk keluar rumah serta malu dengan jiran tetangga yang memandang serong terhadap kami sekeluarga seakan kami yang bersalah.

Tidak cukup dengan rumah kami, rumah mak kami juga mengalami keadaan yang sama menyebabkan kami sekeluarga merasa amat tertekan dengan situasi sekarang.

Diharap jabatan bertanggung jawab dapat mengambil tindakan terhadap individu yang telah menviralkan data peribadi kami serta menyebarkan berita yang tidak sahih sehingga menimbulkan fitnah serta kesan negaif terhadap kami sekeluarga.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...