Maszlee Tergelak Tengok Mahasiswa Laung 'Letak Jawatan!',

Ketika sekumpulan aktivis mahasiswa menjeritkan slogan "undur Maszlee", "letak jawatan" beberapa kali, Menteri Pendidikan Dr Maszlee yang ketika itu mahu pergi kearah keretanya berpatah balik menuju ke arah mereka.

Maszlee berhenti dan menyantuni kumpulan mahasiswa yang sedang melaungkan bantahan mereka.

Dengan senyuman, beliau kelihatan tenang malahan menawarkan aktivis mahasiswa sebotol air mineral sebelum beliau beredar meninggalkan tempat itu.

Sebelum itu mesyuarat tertutup berlangsung diantara Maszlee dan aktivis mahasiswa berkenaan di Restoran Amjal, di Jalan Pantai Baharu di Kuala Lumpur petang semalam.

Mereka memberi tujuh hari kepada Maszlee meletak jawatan sebagai Presiden Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau akan menggerakan mahasiswa untuk berhimpun. - Malaysiakini