Powered by Blogger.

Monday, September 3, 2018

Haqiem Rusli Fobia Dengan Perempuan? Tak Nak Bercinta.

Penyanyi yang sedang meningkat naik, Haqiem Rusli menjelaskan dirinya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan tidak mementingkan soal cinta.

Menurut Haqiem, dia tidak mahu bercinta buat masa ini kerana beranggapan ia boleh menganggu jadual kerjayanya yang sibuk.

"Saya bukan tak nak bercinta, tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai memandangkan jadual kerja saya yang agak sibuk.

"Saya juga belum bersedia kerana masih serik, saya pernah ditinggalkan oleh kekasih jadi sekarang saya masih fobia untuk bercinta," katanya.

Haqiem ditemui di Kempen Johara Tour bertempat di Mydin Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Sabtu lepas.

Dalam perkembangan lain, Haqiem sedang sibuk mempromosikan album terbaru yang berjudul Segalanya, antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Segalanya, Tergantung Sepi, Jatuh Bangun dan banyak lagi. - Astro Gempak