Skip to main content

Mula Suka-Suka Kini Beri Kelebihan Pada (JPJ)


EMPAT belas tahun lalu ketika masih di bangku sekolah, wanita ini mengikuti kelas bahasa isyarat sekadar suka-suka bagi mengisi masa lapang di asrama.

Namun, kemahiran dimiliki anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Nurul Fatihah Shamsudin Shah, 27, memberikan kelebihan kepadanya sekali gus membantu berurusan terutama dengan orang kurang upaya (OKU).

Kemahiran Nurul Fatihah dipuji netizen apabila rakaman video dia menggunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi seorang wanita OKU datang membuat aduan di pejabat JPJ tular di media sosial.

Nurul Fatihah berkata, dia tidak menyangka kemahiran bahasa isyarat dipelajari ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (STAD), Seremban, Negeri Sembilan, memberi kelebihan buatnya ketika menjalankan tugas.


“Saya menyertai kelas yang diadakan pada hujung minggu itu ketika belajar di STAD dari Tingkatan Satu hingga Lima.

“Selain mengisi masa lapang, saya sertai kelas bahasa isyarat kerana mahu memudahkan komunikasi dengan pelajar pendidikan khas yang tinggal satu asrama dengan saya.

“Tidak sangka hari ini, kemahiran itu rupanya amat berguna dalam kerjaya saya kerana dapat membantu insan istimewa pekak dan bisu datang berurusan dengan kami,” katanya.

Menurutnya, video berdurasi satu minit 30 saat itu dirakam rakan setugas ketika dia diminta membantu anggota Unit Pelesenan mengendalikan aduan seorang wanita OKU pendengaran.

“Wanita itu ditemani suaminya yang juga OKU pekak dan bisu. Pasangan itu mengadu mengenai tindakan sebuah sekolah memandu yang sudah mengambil wang, namun tidak mengajar wanita terbabit.


“Lesen ‘L’ wanita itu sudah hampir tamat tempoh jadi dia tampil berjumpa kami untuk mendapatkan bantuan.

“Namun, anggota mengendalikan aduan itu mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan pasangan terbabit, jadi saya diminta seorang rakan untuk membantu menjadi jurubahasa,” katanya.

Katanya, dia diberi kepercayaan sebagai jurubahasa sepanjang pegawai berkenaan mencari penyelesaian untuk kes wanita OKU berkenaan.

“Saya akan terbabit secara langsung dalam membantu memudahkan perjalanan kes ini. Pihak kami akan mengambil tindakan kepada sekolah latihan memandu itu dan membantu wanita OKU berkenaan sampai dia dapat lesen memandunya,” katanya.

Menurutnya, situasi seumpama itu bukan perkara asing baginya, malah dia pernah menggunakan kelebihan dimiliki untuk membantu golongan OKU lain.

“Selalu di Unit Pendakwaan sendiri, saya menggunakan bahasa isyarat untuk berurusan dengan individu pekak dan bisu yang kena saman.

“Saya gembira kerana memiliki kemahiran ini kerana dapat menyelesaikan kes dianggap unik. Malah, urusan kami dengan pelanggan dalam kalangan OKU pekak dan bisu berjalan lancar,” katanya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...