Harga Rokok Akan Naik Hari Ini?


KUALA LUMPUR: Perokok tegar, ambil perhatian!, khabar angin bertiup kencang berhubung peningkatan harga beberapa jenama rokok hari ini.

Antara jenama-jenama rokok yang bakal mengalami peningkatan harga termasuk beberapa jenama popular di pasaran.

Senarai kenaikan harga yang diterima Astro AWANI sudah mula viral di media sosial sejak awal pagi tadi.

Pada 30 Ogos lalu, laporan mengesahkan JT International Bhd (JTI Malaysia) mengumumkan harga rokok bagi semua jenama yang diedarkannya di Malaysia akan meningkat susulan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu.

Laporan itu turut memetik Pengarah Urusan JTI Malaysia, Cormac O'Rourke tentang pengenalan cukai jualan 10 peratus bagi produk tembakau di Malaysia sebagai indikasi peningkatan jenaa rokok keluaran syarikat tersebut.

Astro AWANI sedang memantau perkembangan terbaharu berhubung peningkatan harga rokok hari ini.