Skip to main content

Singapura Pulangkan RM45.9 Juta Wang 1MDB


MAHKAMAH Tinggi Singapura meluluskan perintah pelupusan wang dianggarkan S$15.3 juta (RM45.93 juta) yang sebelum ini didapati diselewengkan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan/atau anak syarikatnya, iaitu SRC International Sdn Bhd.

Peguamcara Kerajaan Malaysia merangkap Kumpulan 1MDB, Tan Rajah & Cheah, ketika mengesahkan perkara itu berkata, usaha untuk mendapatkan semula aset lain yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik negara masih diteruskan.

“Dana yang dikembalikan ini merangkumi pelbagai mata wang negara dan ia akan dipindahkan ke akaun perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan kenyataan itu, syarikat guaman Singapura yang dilantik Malaysia Julai lalu bagaimanapun tidak memperincikan tarikh perintah pelupusan dana 1MDB diluluskan mahkamah republik berkenaan.

Peguam Negara, Tommy Thomas, pada awal Julai lalu dilaporkan berkata, kerajaan melantik syarikat guaman Singapura, Tan Rajah & Cheah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 53 individu dan syarikat bagi menuntut wang milik 1MDB.

Susulan pelantikan itu, Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di Singapura terhadap 53 defendan, termasuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low bagi mendapatkan perintah untuk mendapatkan semula wang milik 1MDB.

Sumber berkata, Thomas mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Singapura, Lucien Wong, sebelum itu untuk memudahkan pemulangan wang 1MDB yang dibekukan pihak berkuasa Singapura.

Kerajaan terpaksa melantik peguamcara dari Singapura untuk memfailkan tindakan kerana peguam Malaysia tidak dibenarkan mewakili kes berkenaan di mahkamah republik itu.

Pada 31 Mei, Pasukan Petugas Khas 1MDB, dalam satu kenyataan berkata, Singapura dan Malaysia bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha membawa balik wang dipercayai diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik negara itu.

Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia, yang ditubuhkan pada 21 Mei lalu dianggotai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Antara tanggungjawab Pasukan Khas Siasatan 1MDB ialah mengendalikan siasatan, pengesanan dan rampasan aset, selain pendakwaan terhadap individu yang melakukan kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat berkenaan. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut