Skip to main content

Ismail Budak Mentah, Bukan Taste Saya



“SAYA tidak berkawan mahupun bercinta dengan penyanyi Ismail Izzani seperti digosipkan itu.

“Saya kenal Ismail pun hanya menerusi Zarina yang memang berkawan dengannya,” kata pelakon Nur Fathia Latiff ketika mengulas dakwaan dirinya menjalin hubungan dengan penyanyi remaja terbabit.

Menurut Fathia, 31, namanya dikaitkan dengan Ismail apabila dia memuat naik foto mesra penyanyi muda itu dan pelakon Zarina Ann Joulie di laman Instagramnya, baru-baru ini.

“Saya memang berkawan baik dengan Zarina dan memuat naik foto terbabit di laman instagram kerana permintaan Zarina sendiri.

“Zarina meminta bantuan saya memuat naik foto itu kerana mahu mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini.

“Saya tidak menyangka akhirnya nama saya pula dikaitkan ada hubungan dengan Ismail,” katanya kepada Harian Metro.

Terus terang, kata Fathia lagi, penyanyi remaja popular dengan lagu Luar Biasa itu juga tidak memenuhi kriteria teman lelaki idamannya.

“Kalau saya mahu mencari pengganti sekali pun, saya tidak akan berkawan dengan budak mentah seperti Ismail.

“Jika anda mahu penjelasan lebih terperinci mengenai foto mesra yang tular itu sila hubungi Zarina sendiri kerana dia boleh memberitahu perkara sebenar yang berlaku antaranya dan Ismail,” katanya.

Ismail, 18, anak kepada penyanyi Datin Seri Suliza Salam sekali lagi menjadi perhatian apabila foto mesranya seperti berpeluk dengan Zarina Ann Joulie dipercayai di kelab malam tersebar di Twitter.

Foto itu dimuat naik Fathia juga rakan baik Zarina di laman Instagramnya.

Bagaimanapun, Fathia bertindak memadam gambar terbabit tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina berpakaian seksi dalam foto itu. - Harian Metro

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...