HONG KONG, 23 Jun — Pengarah terkenal Hong Kong, Stephen Chow, akhirnya sedang membuat persiapan untuk kembali ke layar perak menerusi filem terbaharunya, Kung Fu Soccer. Pembikin filem berusia 64 tahun itu mendedahkan bahawa beliau menyasarkan tayangan filem tersebut pada Julai ini, sekali gus berpotensi menamatkan tempoh tujuh tahun tanpa karya baharu di pawagam sejak The New King of Comedy ditayangkan pada tahun 2019. Chow yang menyambut ulang tahunnya semalam berkongsi petunjuk mengenai tarikh tayangan filem itu menerusi video ringkas berdurasi 13 saat di media sosial. “Bila filem ini akan ditayangkan?” tanya satu suara di luar kamera. “Saya sedang berusaha keras untuk memastikan ia sempat ditayangkan pada 10 Julai,” jawab Chow. Apabila ditanya apa yang akan berlaku jika beliau gagal memenuhi tarikh tersebut, Chow berseloroh: “Kalau begitu, 17 Julai.” Ditanya lagi apa yang akan terjadi sekiranya tarikh itu juga terlepas, beliau ketawa sambil berkata: “Baiklah, suatu hari nanti kita...