Skip to main content

Salam Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin Dan Ebit Lew, Caprice Mohon Minta Maaf Atas Kesilapan


Ekoran kontroversi yang dicetuskan berhubung misi bantuan ke Gaza, penyanyi rap Caprice memohon maaf secara terbuka di akaun Instagramnya pada Isnin.

Permohonan maaf itu dikemukakan beliau kepada Ebit Lew yang menjadi tumpuannya dalam pendedahan kononnya kehadiran pendakwah dan dermawan itu di Gaza, Palestin tidak disenangi.

Dalam masa sama, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, juga memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannnya kerana terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza.

Selebriti berkenaan mengakui, apa yang berlaku sehingga menjadi topik perdebatan di media sosial sejak beberapa hari lalu adalah berpunca daripada kesilapannya sendiri dan tidak berkait dengan pihak lain.

Dalam kenyataan permohonan maaf itu, Caprice membuka salam dengan menyebut nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Salam Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin dan Ebit Lew, Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice di mana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestin dan demi Rakyat Malaysia.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain. Caprice nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin, Kedutaan Malaysia-Mesir dan Kerajaan Mesir atas layanan baik, sokongan dan perlindungan 24 jam sepanjang Caprice di Mesir,” katanya katanya dalam permohonan maaf itu.

Dalam hantaran itu, Caprice juga berterima kasih dengan pihak kerajaan, Kedutaan Malaysia di Mesir serta kerajaan Mesir di atas segala layanan, sokongan dan perlindungan keselamatan selama 24 jam sepanjang dia berada di negara itu.

Caprice juga dalam kenyataan itu berterima kasih kepada Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang disifatkannya sebagai ‘ayahnya’ sepanjang berada di sana.

“Tak mungkin Caprice dapat membalas segala kasih sayang dan kebajikan yang telah Datuk Seri tunjuk sepanjang misi ini. Kepada semua yang terlibat juga, terima untuk segala-galanya,” katanya.

Selain itu, artis berkenaan juga memohon maaf kepada ibu dan bapanya yang menyuarakan kerisauan terhadap keberadaan serta keadaannya di sana.

“Saya sayang anda dan niat saya mula melangkah sendiri di usia 16 tahun hanyalah untuk membuatkan kamu berdua bangga.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. InsyaAllah, saya akan kembali selepas menunaikan tanggungjawab dan janji kepada rakyat Palestin. Saya minta maaf,” katanya lagi. - Astro Awani

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...