Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2025

Lima sekeluarga didakwa culik remaja perempuan, tuntut tebusan RM2 juta

SEREMBAN - Lima sekeluarga termasuk pasangan suami isteri didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis. Tertuduh, D Sasveena, 31; T Boharaj, 32; Farhin Muhamad Ariffin, 23; dan dua beradik P K Koshenn Kumar, 21, serta P K Siveeshinaa, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan niat bersama menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan cara melarikannya bagi tujuan menuntut wang tebusan RM2 juta. Kesalahan itu dilakukan pada di hadapan sebuah salun rambut di Jalan S2 B10, Uptown Avenue Seremban 2 kira-kira jam 5.45 petang pada 10 April lalu. Semua tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum 30 tahun dan sebatan. Sementara itu, peguam, T Harpal Singh memohon tarikh singkat iaitu dua minggu untuk memfailkan hujahan mitigasi rayuan jaminan...

Suami isteri antara 'budak suruhan' ceti haram ditahan

SHAH ALAM: Polis menahan tiga suspek 'budak suruhan' ceti haram atau along Singapura yang disyaki melakukan khianat dengan api dan simbah cat di negara ini dengan upah sehingga RM1,500 daripada sindiket itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek termasuk sepasang suami isteri ditahan di kawasan rumah di Kepong dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam operasi khas pada 8 serta 9 April lalu. Beliau berkata, penangkapan semua suspek berumur 20 hingga 22 tahun itu susulan laporan seorang mangsa memaklumkan rumahnya di Ampang dibaling bom petrol (molotov cocktail) pada 20 Mac lalu. Siasatan mendapati, dua suspek mengenali dan mendapat tawaran along dari Singapura itu dibuat menerusi media sosial yang mana seorang daripada mereka menjadi orang tengah bagi mendapatkan pekerjaan itu. "Suspek menerima upah antara RM1,000 hingga RM1,500 sekiranya melakukan khianat dengan api manakala RM600 hingga RM900 bagi khianat simbah cat. "Siasatan mendapati...

Koleksi senjata api 'Tuanku Zulkarnain' dirampas

SHAH ALAM - Hobi seorang pesara mengumpul senjata api dan tiruan sebagai koleksi mengundang padah apabila diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Serendah, Isnin lalu. Suspek yang dipercayai menggunakan gelaran palsu kerabat diraja itu mendakwa menyimpan senjata berkenaan sebagai koleksi peribadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Beliau berkata, pihaknya mendapati lelaki berusia 69 tahun itu menyimpan tiga senjata api, beberapa laras senjata airsoft, peluru hidup dan pelbagai aksesori berkaitan. "Antara yang dirampas termasuk sepucuk pistol revolver jenis Smith & Wesson, selaras senapang CAL 22/5.5M, dan sepucuk pistol CZ 75. "Turut ditemui ialah beberapa laras senjata menyerupai model AK47 dan M4 yang dipercayai merupakan senjata tiruan serta sepucuk pistol menyerupai Glock P38 Auto," katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di ...

DNA babi: KPDN, Jakim tarik keluar produk makanan berkaitan dari pasara

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menggunakan bidang kawal selianya untuk mengeluarkan produk makanan dari Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi (porsin), jika produk terbabit berada dalam pasaran tempatan. Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata tindakan itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kedua-dua pihak juga telah mengadakan perbincangan berhubung perkara berkenaan. “KPDN akan bekerjasama dengan Jakim dan agensi agama pada peringkat negeri bersandarkan kepada pengumuman badan halal Indonesia. “Kita akan ambil tindakan segera menangani perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN di Putrajaya hari ini. Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semalam, Jakim mengarahkan pengimport yang membawa masuk produk makanan daripada pasaran Indonesia yang mengandungi DNA babi untuk menarik balik produk terbabit da...

Kesan darah di dalam bilik adalah milik Zayn Rayyan - Saksi

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan. ASP Mohd Hafizee Ismail, 38, yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, berkata ia berdasarkan laporan kimia diperoleh daripada sampel spesimen tulang sternum milik Zayn Rayyan yang berpadanan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati. "Keputusan laporan ini dikeluarkan oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon yang berpadanan dengan profil DNA daripada spesimen tulang berlabel Zayn Rayyan Abdul Matin," katanya ketika ditanya Hakim Dr Syahliza Warnoh tentang pemilik darah itu .Mohd Hafizee, yang kini bertugas sebagai Pegawai Risikan Operasi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan, berkata darah yang ditemukan di bilik air adalah milik tertuduh pertama iaitu Zaim Ikhwan Zahari manakala darah dalam bilik pula ialah ...

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Israel kutuk rancangan Perancis untuk iktiraf Palestin

Menteri Luar Israel Gideon Saar telah mengutuk rancangan Perancis untuk mengiktiraf negara Palestin, mendakwa ia akan menjadi “ganjaran untuk keganasan”.   Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam wawancara di saluran France 5 pada Rabu menyatakan Perancis merancang mengiktiraf negara Palestin, mungkin pada Jun semasa persidangan antarabangsa bersama Arab Saudi.   “’Pengiktirafan unilateral’ terhadap negara Palestin fiksyen oleh mana-mana negara, dalam realiti yang kita semua tahu, akan menjadi hadiah untuk keganasan dan dorongan untuk Hamas,” tulis Saar di X pada Rabu.   Beliau mendakwa “tindakan sebegini tidak akan mendamaikan rantau kita—sebaliknya menjauhkannya lagi.”   Macron berkata, “Kita perlu bergerak ke arah pengiktirafan, dan kami akan lakukan dalam masa terdekat.”

Tinggal suami lepas kemalangan, wanita tergamak nak kebas semua duit insurans

Zaman sekarang semua lebih mementingkan duit berbanding cinta atau pasangan hingga sanggup melakukan perkara tidak terjangka dek akal. Ada suami isteri berpisah kerana salah seorang pasangan sakit, ada juga yang bercerai selepas pasangan sudah bersusah payah menjaga mereka ketika sakit. Bagi kes kali ini seorang pengguna TikTok, @abambeel memuat naik kisah seorang lelaki yang ditinggalkan isteri dek kerana sakit. Lebih menyedihkan individu tersebut mendakwa isteri kepada lelaki tersebut juga mahu menuntut wang insurans tapi menolak untuk menjaganya. “Semoga dipermudahkan urusan Amir Haikal, tak apa, Allah itu Maha Adil. Masa Amir sihat, kami saksi yang kamu dah buat terbaik untuk rumah tangga. “Kamu mewahkan isteri, beri segalanya yang dia mahukan tapi dia (isteri Amir) cuma pandang duit sahaja bukan usaha. “Sampai insurans kemalangan pun dia nak kebas semua, tak tinggal langsung untuk Amir tapi dia tak jaga kamu sampai susu pun tak boleh bagi. “Maafkan abang sebab muat naik hantaran ...

Kereta Kabel Jatuh Dalam Gaung, 4 Disahkan MeninggaI Dunia

LONDON - Seramai empat orang terbunuh dalam kemalangan membabitkan kereta kabel berhampiran bandar Naples di selatan Itali pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita nasional Itali, ANSA. Kereta kabel itu dilaporkan jatuh terhempas dalam keadaan cuaca buruk di Gunung Faito, berdekatan Sorrento. Seorang lagi mangsa yang cedera parah telah dibawa ke hospital, menurut kenyataan pasukan penyelamat. Rakaman yang disiarkan oleh penyiar awam RAI menunjukkan 16 lagi penumpang dari sebuah kereta kabel berasingan berjaya diselamatkan. Ketua Wilayah Campania yang merangkumi Naples, Vincenzo De Luca memberitahu RAI bahawa usaha menyelamat sukar dilakukan akibat keadaan berkabus dan angin kencang. - Bernama

Warga Bangladesh Kahwin Wanita Tempatan, Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan RM55,000 Sebulan

KUALA LUMPUR – Kegiatan seorang peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan runcit dan restoran dengan menggajikan tiga warga asing tanpa permit sah terbongkar dalam operasi bersepadu di sekitar Brickfields, di sini malam tadi. Menurut lelaki warga Bangladesh itu, dia menjalankan perniagaan selepas berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan memperoleh kira-kira RM55,000 sebulan. Wartawan Kosmo! yang menyertai serbuan bermula pukul 9 hingga 11 malam itu, mendapati majikan tersebut turut cuba memperdaya pihak berkuasa dengan menyatakan pekerja asing yang diupah hanya membantu secara sementara. “Mereka tolong sahaja, bukan kerja tetap. Saya bayar mereka sebanyak RM45 hingga RM70 sehari,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam. Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, lelaki berusia 47 tahun itu antara 17 individu yang ditahan susulan pemeriksaan membabitkan empat premis perniagaan. “Individu ditahan terdiri daripada 13 le...

Wanita miliki 2 suami serentak, bergilir layan siang malam... Sayang dua-dua, tak sanggup cerai. Kes di Malaysia

PELIK tapi benar, tapi begitulah kisah membabitkan seorang wanita yang mempunyai dua suami sekali gus! Pendedahan itu dibuat seorang peguam syarie, Shazril Khairyl Mustafa. Menurut Shazril, ia merupakan kisah benar berdasarkan kes yang dikendalikannya sendiri. "Suami pertama berkahwin di Siam (Thailand) tanpa diketahui keluarga. Suami kedua berkahwin di Malaysia direstui ibu bapa," tulisnya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok. Shazril berkata, wanita berkenaan menjadi isteri secara bergilir buat kedua-dua suaminya. "Siang isteri ke rumah suami pertama dengan memberikan alasan keluar kerja kepada bapanya. Apabila malam balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya. "Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan," katanya lagi. Menerusi ruangan komen di TikTok bagi menjawab persoalan netizen, Shazril yang juga peguam harta pusaka dan pakar perancang takaful berkata, kes tersebut telah pun selesai. ...

Aslam penuhi kehendak mentua, mohon maaf terbuka kepada Abby Abadi

Kuala Lumpur: Walaupun sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya, Marissa Dania Hakim, 20, namun hubungan Aslam dengan ibu mentua, Abby Abadi masih seakan dingin. Apatah lagi, Abby menerusi komen ditulisnya sebagai menjawab pertanyaan netizen yang meminta dia memohon maaf kepada madu anaknya membuat anggota kumpulan Elite ini kesal dengan sikap menantunya. Justeru, bagi meredakan 'kehangatan' yang timbul di media sosial itu, Aslam, 26, akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby meskipun mendakwa pernah melakukannya sebelum ini. "Saya jarang bersuara kerana di tempat dan kedudukan yang bersalah. Tapi, ada masa diam itu bukan lagi pilihan. Saya juga sudah pernah meminta maaf pada kedua ibu mentua saya. "Tetapi, disebabkan ibu mentua (Abby) mungkin ingin saya memohon maaf secara terbuka dalam media sosial. Dengan rendah hati, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua pihak terutama ibu mentua saya, Abby Abadi. "Banyak pe...

Pengulas politik AS dakwa orang Melayu tak ada duit, perlekeh lawatan Presiden China

SHAH ALAM - Pengulas politik Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly mencipta kontroversi apabila memperlekehkan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke tiga negara ASEAN. Bekas hos Fox News itu turut mempersoalkan tindakan Jinping melawat Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, Vietnam dan Kemboja, memandangkan ketiga-tiga negara terbabit dianggap tidak mempunyai kemampuan menyokong China dari segi ekonomi. "Baiklah, mari kami beri perkembangan anda tentang tarif. Presiden China Xi Jinping akan ke Vietnam, Malaysia dan Kemboja. Hai Presiden Xi, izinkan saya memberitahu anda. "Mereka (Vietnam, Malaysia, Kemboja) tidak mempunyai wang sama sekali. Mereka tidak dapat membantu anda (China).Mereka tidak akan membeli barangan anda kerana mereka tidak mempunyai wang," katanya dalam hantaran di platform X. O'Reilly memaklumkan, beliau masih tertanya-tanya tentang tujuan Jinping memutuskan untuk melawat negara-negara terbabit, malah turut mengecam masyarakat Melayu. Beliau berpandangan ...