Skip to main content

Wanita miliki 2 suami serentak, bergilir layan siang malam... Sayang dua-dua, tak sanggup cerai. Kes di Malaysia



PELIK tapi benar, tapi begitulah kisah membabitkan seorang wanita yang mempunyai dua suami sekali gus!

Pendedahan itu dibuat seorang peguam syarie, Shazril Khairyl Mustafa.

Menurut Shazril, ia merupakan kisah benar berdasarkan kes yang dikendalikannya sendiri.

"Suami pertama berkahwin di Siam (Thailand) tanpa diketahui keluarga. Suami kedua berkahwin di Malaysia direstui ibu bapa," tulisnya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.

Shazril berkata, wanita berkenaan menjadi isteri secara bergilir buat kedua-dua suaminya.

"Siang isteri ke rumah suami pertama dengan memberikan alasan keluar kerja kepada bapanya. Apabila malam balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya.

"Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen di TikTok bagi menjawab persoalan netizen, Shazril yang juga peguam harta pusaka dan pakar perancang takaful berkata, kes tersebut telah pun selesai.

"Dah selesai. Isteri ikut pilihan bapa memilih suami yang kedua. Jadi berlaku penceraian untuk pernikahan pertama," ujarnya.

Mengulas lanjut, Shazril memberitahu, perkahwinan si isteri bersama suami kedua sah sehingga dibuktikan status rumah tangga pertama adalah tidak sah.

"Sekiranya perkahwinan pertama sah, terfaraq perkahwinan kedua," katanya.

Sebagai peringatan, Islam melarang perbuatan poliandri iaitu amalan di mana seseorang wanita berkahwin dengan lebih daripada seorang suami pada masa yang sama.

Di ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan kisah benar mengenai seorang wanita yang mempunyai dua suami.

"Power dia layan dua suami.

"Suami dimadukan. Selalu isteri dimadukan suami.

"Jarang-jarang suami rela. Biasa tak rela. Mudah dah sayang. Keduanya," komen netizen. - www.mstar.com.my

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...