Putrajaya: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya Tanah Rizab Melayu (TRM) seluas 649.2 hektar yang dipertikaikan di Sitiawan, Perak dilucutkan hak dan dilupuskan kepada kerajaan Persekutuan. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ini disebabkan berdasarkan maklumat diterima pihaknya, status tanah itu masih belum lagi dikembalikan, sebaliknya hanya dilakukan kaveat pendaftar. "Kita sebenarnya mempertikaikan keputusan hanya memasukkan kaveat pendaftar kerana hasil daripada tanah itu masih diguna pakai oleh bukan Melayu yang memegang TRM secara salah. "Seharusnya diikuti satu tindakan untuk melupuskan, melucutkan hak tanah 649.2 hektar ini dan dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan. "Ini kerana perkara ini adalah salah satu undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan H...