Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sukan

Badi 10 tahun berakhir, Malaysia belasah Vietnam 4-0

Malaysia menamatkan badi 10 tahun apabila menundukkan Vietnam 4-0 dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027, sebentar tadi. Walaupun banyak melakukan percubaan berbahaya pada separuh masa pertama, jaringan pertama dibuka hanya beberapa minit selepas separuh masa kedua bermula, menerusi pemain warisan, Joao Figueiredo pada minit ke-49. Jaringan kedua hadir sepuluh minit kemudian menerusi seorang lagi pemain warisan, Rodrigo Holgado yang menyudahkan hantaran cantik Arif Aiman. Dua lagi gol Harimau Malaya adalah hasil jaringan Corbin Ong, juga daripada hantaran Arif, pada minit ke-67 dan Dion Cools pada minit ke-88. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menewaskan Vietnam adalah pada 2014, sebelum mengalami tujuh kekalahan dan satu seri kemudiannya.

"Ini Dah Kali Ke-10 Kalah Dan Saya Dah Kena Bantai Dengan Penyokong. Saya Cakap Tak Apa Lah Cuba Tahan Gaji, Ingatkan Menang Tapi Lagi Kalah

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui sudah kehilangan kata selepas pasukan miliknya itu terus mengalami kekalahan dalam saingan Liga Super musim ini. Menurut Zamsaham, beliau sebagai pemilik sendiri malu untuk melihat perlawanan melibatkan Kelantan FC selain turut dimarahi oleh penyokong pasukan itu susulan prestasi kurang memuaskan. Malah, beliau turut menjelaskan tidak berniat untuk menahan gaji pemain sebaliknya ia sebagai satu cara mendidik pemain untuk memberikan aksi yang lebih baik.   "Bukan niat saya nak tahan. Saya cuma kata saya dah tak tahu nak marah apa kat pemain. Pemain main betul-betul saya bagi balik gaji. "Ini dah kali ke-10 kalah dan saya dah kena bantai dengan penyokong. Saya cakap tak apa lah cuba tahan gaji, ingatkan menang tapi lagi kalah. "Saya jumpa dengan pemain baru-baru ini saya minta lawan Kelantan United menang atau serilah. Tapi kalau kalah juga, saya tak boleh buat apa saya janji bayar juga 50 peratus gaji pemain. ...

Hall of Fame 2023: Kenyataan Taufik Hidayat Buat Lee Chong We Terkejut

Legenda badminton negara Lee Chong Wei meminta bekas jaguh badminton Indonesia Taufik Hidayat, untuk menghubungi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkenaan pemilihan beliau dalam Hall of Fame 2023 BWF baru-baru ini. Bercakap kepada Bernama bekas pemain nombor satu dunia itu mengakui, tidak gembira dan terkejut dengan kenyataan Taufik, yang seakan tidak bersetuju tentang pemilihan itu sedangkan ia diputuskan sendiri pihak BWF dan bukannya atas permintaan beliau. Beliau berkata komen dilontarkan Taufik yang disifatkan sebagai rakan baik sewaktu zaman kegemilangannya itu, seakan menyerang beliau selepas menerima pengiktirafan tersebut. “Bukan saya yang minta BWF senaraikan saya dan bukan saya yang tulis surat kepada BWF, saya sendiri sebelum ini tidak tahu pemilihan ini. Mungkin ada syarat-syarat untuk pilih siapa yang dapat, dan ada juga pemain Malaysia juga menerima Hall of Fame yang tidak pernah memenangi (pingat emas) Olimpik. “Taufik patut tanya BWF, tulis surat atau email, tanya k...

Majoriti Pilih JDT juara Piala Malaysia Malam Ini Apa Pandangan Anda?

KUALA LUMPUR: Majoriti jurulatih, bekas pemain dan pemerhati bola sepak tempatan memilih Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai juara Piala Malaysia musim ini berbanding Selangor FC pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan peluang untuk Selangor mencipta kejutan seperti dilakukan Kuala Lumpur (KL) City musim lalu amat sukar. "Ramalan saya JDT menang 3-0. JDT satu pasukan yang sempurna, setiap bahagian mereka ada kekuatan dan memiliki persefahaman yang baik. "Peluang untuk menang 70-30 memihak JDT. Mereka bukan sahaja ada Bergson Da Silva yang boleh jaringkan gol, tetapi pemain lain juga mempunyai keupayaan menyumbang jaringan," katanya. Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah berkata: "Saya ramal JDT menang 3-1. Saya rasa tak payah cerita panjang kalau pasukan itu memang mantap dan konsisten sepanjang musim selain inilah masa yang terbaik untuk mereka meraih kejuaraan trebel." ...

Video: Ronaldo Sebuat "Inshallah!" Di Instagram Live Sokong Khabib Akan Menang Lawan Justin Gaethje

LONDON: Cristiano Ronaldo 'sudah tentu' menyokong Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan untuk menewaskan Justin Gaethje pada UFC 254. Khabib yang tidak pernah tewas menjadi tajuk utama Fight Island minggu depan berdepan Gaethje dalam kategori lightweight. Dan ikon Portugal itu yang kini menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 - meramalkan Khabib, 32, akan mengekalkan mahkotanya. Ronaldo membalas menerusi Instagram 'live stream': "Sudah tentu, sudah tentu, Khabib akan menang! "Saudaraku! Inshallah!" Dua bintang ternama itu sebelum ini bertemu pada 2018, ketika kedua-duanya bergambar dan Khabib memegang jersi bintang Real Madrid itu. Ronaldo ialah peminat UFC dan sebelum ini berlatih dengan bekas lawan Khabib, Conor McGregor, 32. McGregor dan pemenang lima kali Ballon d'Or itu bertemu di Las Vegas pada 2016. Ronaldo kemudian menjemput bintang Ireland itu dan jurulatihnya, John Kavanagh ke majlis keraian Jennifer Lopez. - Berita Harian Onli...

VIDEO: Pengadil Wanita Terima Ugutan Rogol

SEPANYOL – Seorang pengadil perempuan menerima ugutan rogol daripada seorang penyokong bola sepak ketika cuba meleraikan pergaduhan sewaktu mengendalikan sebuah perlawanan bola sepak di sini. Pengadil berusia 16 tahun itu menerima ugutan berunsur lucah itu pada perlawanan antara pasukan CD Chilegua La Pared dengan pasukan UD Jandia di Fuerteventura pada hujung minggu lalu. Ketika kedua-dua pasukan bola sepak itu sedang bergaduh di padang, seorang penyokong UD Jandia bertindak agresif dan mengeluarkan ugutan itu ketika bertemu dengan pengadil tersebut. “Jika saya tangkap awak di luar, saya akan rogol kamu,” kata penyokong tersebut seperti dilapor Metro.co.uk memetik sumber. Dalam pada itu, mengikut laporan dikeluarkan ketua pengadil, Antonio Jonatan Almeida Espino, penyokong tersebut turut mengugut remaja tersebut dengan memberitahu, “Saya akan tumbuk muka awak dan membuatkan kekasaran pada awak.” Persatuan Bola Sepak Las Palmas dalam satu kenyataan berkata, pihaknya meng...

Ibu Susukan Anak Ketika Rehat Separuh Masa Pertama

AIZAWL - Foto seorang pemain bola tampar sedang menyusu anaknya ketika berehat pada separuh masa pertama yang tular di laman sosial mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Lalventluangi, pemain bola tampar dari pasukan pasukan Tuikum di Mizoram, India berbuat demikian pada separuh masa pertama acara sukan negeri Mizoram 2019. Foto itu dimuat naik di Facebook Ninglun Hanghal ketika hari pertama acara itu berlangsung di Aizawl di sini. "Pemain sempat mencuri masa ketika berehat untuk menyusukan bayinya berusia 7 bulan," katanya. Menurutnya, foto itu tular di laman sosial dan rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemain itu kerana sikap dedikasinya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang pemain negeri. Kata Hanghal, foto Lalventluangi menyusukan bayinya juga mendapat perhatian menteri sukan negeri dan menyampaikan sumbangan 10,000 Rupee (RM587). Menteri Sukan Mizoram, Robert Romawia Royte memberi sumbangan itu sebagai tanda penghargaan...

Liridon sertai JDT? Bakal Sertai Skuad Harimau Malaya

Bekas bintang import Kedah, Liridon Krasniqi hampir pasti memperkuatkan skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Ia susulan laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers memuat naik gambar pemain kelahiran Kosovo itu bersama skuad Harimau Selatan, semalam. Liridon kemungkinan boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan buat JDT sekiranya proses mendapatkan status pemain naturalisasi dapat diselesaikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Namun, sehingga kini tiada pengumuman rasmi daripada JDT mengenai status Liridon bersama pasukan itu. Liridon pernah dikaitkan dengan JDT pada awal musim lalu selepas dia dikatakan menolak tawaran Pahang pada saat akhir. Namun, khabar angin itu tidak menjadi kenyataan selepas dia menyertai Melaka United sebelum disisihkan pada pertengahan musim akibat kecederaan panjang. FAM sebelum ini dilaporkan mengemukakan nama Liridon serta Guilherme De Paula untuk mendapatkan status naturalisasi bagi memp...

Video: Pemain Filipina Kurang Ajar, Bersalaman Cara Kasar

Pasukan bola sepak Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-0 di tangan tuan rumah dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2019 di Stadium Memorial Rizal. Bagaimanapun, ada peristiwa yang mungkin menimbulkan tidak puas hati pemain Malaysia seperti yang dikongsi @harimaumalaya7 Twitternya sehingga tular di media sosial. Video yang memaparkan pemain beratur untuk bersalaman selepas perlawanan namun seorang pemain Filipina, Justin Baas didakwa bertindak bersalaman dengan cara yang agak kasar dengan pemain Malaysia. Tindakannya itu dipercayai membuatkan beberapa pemain negara kecewa kerana bersalaman itu bertujuan menunjukkan tanda hormat serta semangat kesukanan yang tinggi di antara pemain. Dalam pada itu, @harimaumalaya7 turut membuat naik ciapan memberitahu,"Wow tak perasan ini masa siaran langsung, biadab sungguh. Perkongsian video yang berdurasi 1 minit itu kini meraih 377,400 tontonan dan 13,800 ulang kicau Justin Baas, main AZ Alkmaar, Filipina enang denga...

Khabib Ubah Gudang Arak Jadi Akademi MMA

Kemasyhuran dan kekayaan membolehkan seseorang memiliki apa sahaja yang diingini seperti kereta Ferarri, kapal layar dan rumah mewah. Bagaimanapun, situasi berkenaan tidak mengaburi mata bintang seni bela campuran (MMA) dari Dagestan, Khabib Nurmagomedov apabila dia memilih menjalani kehidupan sederhana di sebalik bayaran jutaan ringgit yang diterima setiap kali beraksi di gelanggang Ultimate Fighting Championship (UFC). Tahun lalu, Khabib terbang ke kawasan pedalaman Nigeria untuk membina perigi air bagi memudahkan penduduk tempatan di sana mendapat akses kepada air bersih. Terbaru, juara dunia kategori Lightweight itu membeli sebuah gudang yang pernah dijadikan stor simpanan arak di ibu negeri Dagestan, Makhachkala untuk diubah menjadi akademi MMA. Akademi MMA tersebut masih dalam fasa pengubahsuaian dan bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti bilik solat, ruang latihan, sauna, bilik belajar dan pejabat serta asrama bagi pelatih. Bapa Khabib, Abdulmanap berka...

Atlet Gimnastik Ini Tiada Dara, Digugurkan Dari Sukan SEA 2019 Filipina

Seorang atlet gimnastik Indonesia yang didakwa tiada dara oleh jurulatihnya disingkirkan dari kem latihan bagi menghadapi pertandingan Sukan SEA 2019 di Filipina. Peguam Imam Muklas yang mewakili keluarga Shalfa Avrila Siani berkata, jurulatih atlet tersebut menghubungi keluarganya melalui telefon memaklumkan mengenai perkara tersebut pada 13 November lalu. "Jurulatih tersebut yang bernama Irma telah menelefon ibu bapa Shalfa untuk mengambil anaknya itu di Gresik dengan alasan dia tidak dapat bertanding sebab bukan lagi seorang dara, menyebabkan ibu bapanya terkejut dengan berita tersebut,” katanya yang memetik CNN Indonesia. Pihak keluarga kemudiannya memutuskan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Bhayangkara bagi mengetahui status dara sebenar Shalfa dan mendapati selaput dara atlet tersebut masih berada dalam keadaan baik, namun jurulatih terbabit menegaskan atlet tersebut perlu menjalani ujian kali kedua untuk pengesahan status daranya. Keadaan itu me...

Stadium Rosak, FAM Dituntut Bayar Ganti Rugi

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengemukakan tuntutan bayaran ganti rugi kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan kerosakan kerusi akibat tindakan penyokong Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, 19 Nov lalu. Tuntutan itu dikemukakan kepada FAM selaku penganjur perlawanan yang membuat tempahan mengikut syarat yang terkandung dalam terma perjanjian sewaan venue. Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud, dalam kenyataan media hari ini, berkata hasil pemeriksaan yang dibuat selepas perlawanan, didapati sejumlah 44 unit kerusi stadium berkenaan dirosakkan oleh penyokong Indonesia yang mengakibat kerugian sejumlah RM11,000. Lebih 75,000 penonton membanjiri stadium tersebut yang menyaksikan Malaysia mengalahkan Indonesia 2-0 pada kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Iklan- Bernama

Video: Pemain Indonesia Lindung Pemain Negara Dari Terkena botol

SKUAD bola sepak Malaysia bawah 18 tahun (B-18) nyata tidak mengecewakan apabila berjaya menyingkirkan Indonesia dengan penentuan sepakan penalti, 5-3 selepas terikat kedudukan 1-1 sehingga tamat masa sebenar dalam perlawanan separuh akhir Sekolah Sekolah Asia 2019, malam tadi. Kemenangan itu sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan penyokong Garuda di Stadium Batakan, Balikpapan apabila mula membaling botol ke arah padang dan rakaman video itu tular di laman sosial. Bagaimanapun, seorang pemain Indonesia menyarung jersi nombor 7, Christian Rumbiak menghalang balingan botol penyokong yang disasarkan kepada pemain negara ketika berada di dalam padang. Video durasi 42 saat itu dimuat naik di Twitter Bola Nusantara mendapat reaksi positif dari rakyat Malaysia. Kata @zayruliqwan, "Terima kasih pemain no 7. Salam sayang dari Malaysia." "Sikap pemain Indonesia, Christian Rumbiak itu bagus dan terpuji, tidak terikut-ikut dengan segelintir penonton yang bertindak l...

Polis Indonesia Sahkan Penyokongnya Cedera Akibat Senjata Tajam

PETALING JAYA: Polis Indonesia mengesahkan seorang penyokong warganegaranya cedera akibat senjata tajam pada perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia, Selasa lalu. Ketua Biro Penerangan Masyarakat Polis, Argo Yuwono bagaimanapun berkata kejadian itu berlaku pada Isnin, sehari sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. “Memang benar ada warga negara Indonesia yang sebelum perlawanan, tangannya terkena senjata tajam,” katanya memetik laporan Kompas. Argo juga tidak mengulas lanjut jumlah warganegaranya yang cedera atau mendedahkan identiti mangsa. Tambahnya, kes tersebut kini sedang disiasat polis Malaysia. “Tentunya kes ini sudah ditangani polis Malaysia dan menggunakan undang-undang di Malaysia,” katanya. Terdahulu, kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur mendakwa ada penyokong bola sepaknya dipukul oleh penyokong negara ini pada perlawanan tersebut. “Memang betul ada insiden memukul penyokong Indonesia dan pasportnya di...

Video: Polis Nafi Video Tular 'Penyokong Indonesia Dipukul' Berlaku Di Stadium Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video tular yang mendakwa warga Indonesia dipukul penyokong bola sepak Malaysia tidak berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil dekat sini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata penularan video berkenaan dimuat naik bertujuan menjatuhkan reputasi Malaysia. “Penyebaran video berkenaan dipercayai dibuat dengan niat untuk memburukkan reputasi Malaysia serta menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia. “Penyebaran video itu juga dilihat mempunyai agenda untuk memudaratkan keselamatan rakyat negara ini yang berada di Indonesia,” katanya menerusi satu kenyataan. Video berdurasi 48 minit itu menunjukkan mangsa didakwa 'warga Indonesia' kononnya dipukul 'penyokong Malaysia' selepas perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini. Polis sedang meneliti video tersebut termasuk bekerjasama dengan pihak Su...

Penyokong Diserang, Indonesia Mahu Malaysia Mohon Maaf

Kementerian Pemuda Dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia akan meminta penjelasan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berhubung tindakan penyokong Malaysia yang mengancam serta melakukan provokasi terhadap penyokong Indonesia ketika berakhirnya perlawanan antara kedua-dua pasukan dalam aksi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin. Setiausaha Kemenpora, Gatot S Dewa Broto berkata, jika benar adanya ancaman tersebut, Malaysia perlu memohon maaf kepada semua penyokong Indonesia. Selepas berakhirnya perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan, penyokong skuad Garuda didakwa diprovokasi oleh penyokong Malaysia di luar stadium sehingga berlaku kekecohan termasuk dibaling dengan botol. Akibat daripada insiden tersebut, penyokong Indonesia tidak dibenarkan meninggalkan stadium dan hanya boleh berbuat demikian apabila keadaan sudah kembali terkawal. "Kami belum dapat laporan lengkap dari PSSI kerana mereka tidak memb...

VIDEO: Pemain Wanita Islam Terbuka Tudung Pasukan Lawan Lindungi

PEMANDANGAN luar biasa dilihat di padang bola sepak di Jordan apabila sebuah pasukan bergegas membentuk benteng bagi mengelilingi seorang pemain lawan yang mahu membetulkan tudungnya tertanggal ketika beraksi. Kejadian itu berlaku dalam pertandingan minggu lalu antara kelab Shabab Al-Ordon (jersi merah) dan Kelab Amman dalam Kejohanan Kelab Wanita Asia (WAFF). Aksi menyentuh hati berkenaan tular di media sosial setelah video durasi 21 saat itu dikongsi oleh Shuaib Ahmed hingga meraih 2.49 juta tontonan. Kejohanan tersebut menampilkan wakil-wakil dari Jordan, Palestin, Bahrain, Lubnan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), laporan The Indians Express. Shabab Al-Ordon, kelab yang berpusat di Jordan, dinobatkan sebagai juara kejohanan sekali gus membawa gelaran juara serantau Asia Barat. Sementara itu, netizen, Etanss berasa kagum dengan rasa hormat antara para pemain. "Para pemain sangat menghormati antara satu sama lain dan pastinya perkara ini sangat diperlukan pada masa ...

R Gopinathan Kini Muhammad Gopi Rizqi

BEKAS pemain Pahang, R Gopinathan sah telah memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah di Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang sebentar tadi. Memetik laporan sebuah portal sukan, beliau juga akan menggunakan nama baharu iaitu Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra dan dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berketurunan Melayu Islam dalam masa terdekat. Gopinathan sebelum ini mewakili Pahang pada 2010 sehingga 2015 sebelum mewakili skuad Selangor pada 2016. Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan skuad Harimau Selatan pada tahun 2017 sebelum berhijrah menyertai Melaka United tahun lalu dan kini sedang beraksi bersama pasukan Liga Perdana, PDRM. - Sinar Harian

Jangan Terkejut Permainan Sorok-Sorok Ada World Cup

Tahukah anda yang permainan masa kita kecil-kecil ini sebenarnya ada kejohanan dunia nya yang tersendiri? Kejohanan ini dinamakan sebagai “Nascondino World Championship”. Pertandingan Nascondino World Championship ini pertama kalinya diadakan pada tahun 2010 di Bergamo, sebuah bandar di Itali. Nascondino yang membawa maksud “hide and seek” ini dimainkan dikawasan yang terbuka dan mempunyai peraturan yang agak berbeza sedikit dengan permainan sorok-sorok yang biasa kita main dahulu. Sebenarnya Nascondino World Championship ini dicipta oleh CTRL Magazine ketika mereka mengadakan majlis hari lahir salah seorang daripada pengasas majalah tersebut. Mereka mula bermain permainan hide and seek dan pengasas tersebut berkata dalam nada gurau mengapa tiada satu kejohanan hide and seek pernah diadakan? Dan bermula dari gurauan tersebut, acara hide and seek ini mula diadakan setiap tahun dan terciptalah Nascondino World Championship. Pada tahun 2017, sebanyak 80 pasukan daripada 11 negara sepert...

Eagle Fight Team Setanding Jaguh Tomoi Siam Menang Empat Pingat Emas

Hulu Selangor - aksi lincah empat peninju remaja muaythai ternyata berbaloi apabila melakar kemenangan empat pingat emas dalam Kejohanan Pusaka Ultimate Fight yang telah berlangsung pada 21 April di kompleks sukan masjid tanah Melaka. Aminuddin (kecix berapi), Amir (amer rekka), Iqmal( mal fighter), Hakimi (kimi bloodbrother) , yang mewakili Kelab Eagle Fight Team memenangi 4 perlawanan pertandingan yang disertai mereka. Penglibatan Eagle Fight Team pada kejohanan tersebut mendapat sokongan daripada ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Muhaimin Harith bin Abdullah Sani. Turut sama memberi sokongan ialah badan NGO Pertubuhan Pimpinan Muda Progresif Selangor (ASPERS) dan Pertubuhan Srikandi Desa Selangor. Kata Tuan Muhaimin Harith, sukan berkenaan berimpak tinggi dan bakal meraih perhatian anak muda selain mudah dikembangkan kerana ia penuh aksi dan mampu menarik golongan muda mengamalkan hidup sihat menerusi aktiviti ini berbanding memilih saluran ekstriem yang tidak memb...