Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Curi

Video Tular Gang Curi Kabel Semakin Mengganas!

Satu rakaman video tular memaparkan sekumpulan individu dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di sekitar Sendayan, Negeri Sembilan. Kegiatan jenayah seperti ini bukan sahaja menyebabkan kerugian besar kepada syarikat utiliti dan kontraktor, malah boleh mengganggu bekalan telekomunikasi serta perkhidmatan penting kepada penduduk setempat. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu pihak berkuasa bagi memastikan suspek dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan. 📍 Lokasi: Sendayan, Negeri Sembilan

LELAKI DITAHAN DISYAKI CURI KABEL DI TELUK INTAN

TELUK INTAN, 1 April – Seorang lelaki tempatan berjaya diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di kawasan Kilang Felcra Batu 12, Jalan Bidor, pagi semalam. Suspek ditahan kira-kira jam 9.20 pagi oleh sepasukan anggota Task Force/RCJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, hasil maklumat serta bantuan orang awam yang terlebih dahulu berjaya menahan individu terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis. Hasil pemeriksaan, pihak polis telah merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut, termasuk satu gulung kabel, satu alat pemotong kabel serta sebilah sabit. Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk tindakan lanjut, manakala siasatan masih diteruskan.

DUA LELAKI DITAHAN DISYAKI CURI BUAH SAWIT DI LANGKAP

LANGKAP, 1 April – Tindakan dua lelaki tempatan yang dipercayai mencuri buah kelapa sawit berakhir apabila mereka berjaya diberkas pihak polis dalam satu operasi rondaan cegah jenayah petang semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 petang di kawasan kebun sawit Jalan Kampung Pelawan apabila sepasukan anggota polis menjalankan rondaan di bawah Ops Sawit sebelum terserempak dengan dua individu dalam keadaan mencurigakan. Menurut sumber, kedua-dua suspek cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan selepas tindakan pantas anggota bertugas. Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah di lokasi kejadian. Polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan dalam kegiatan mencuri buah sawit, termasuk 11 tandan buah kelapa sawit, sebatang galah sawit bersabit serta dua batang besi untuk kerja memuatkan hasil sawit. Semakan lanjut mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai re...

Baru Diikat Jamin, Pemandu Lori Rempuh Trak FRU Ditahan Semula Kes Curi Lembu

TELUK INTAN: Baru selesai diikat jamin, pemandu lori muatan batu yang menghadapi pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu, ditahan semula sebentar tadi. Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditahan semula ketika berada di pejabat kaunter pembayaran jamin oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk. Dia ditahan kira-kira 20 minit selepas diikat jamin pada pukul 12 tengah hari. Proses membayar ikat jamin berjumlah RM6,000 itu dilakukan majikan lelaki itu dikenali sebagai Ravi, 58, dan jiran sekampung lelaki itu dikenali sebagai Roslan, 62. Masing-masing membayar jaminan berjumlah RM4,000 dan RM2,000. Penahanan semula lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes curi lembu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu. Jumaat lalu di Mahkamah Majistret Teluk Intan, Rudi Zulkarnain mengaku tidak bersa...

Polis Siasat Video Tular Lelaki Didakwa Curi Beg Tangan Di Ruang Tamu Rumah

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes kecurian di sebuah rumah dekat Taman Melati, Kuala Lumpur pada 9 malam, Jumaat lalu.  Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pengadu seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang bekerja sebagai pembantu jualan mendapati beg tangan miliknya yang diletakkan di ruang tamu telah hilang. “Semakan kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki berbangsa tidak pasti telah masuk ke dalam kediaman mangsa dengan keadaan yang mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan. Jelasnya, pengadu mengalami kerugian sebanyak RM5,500. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - UtusanTV

10 Syarikat Saman Rosmah, Isu Beli Barangan Mewah

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain memfailkan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB yang diselewengkan. Selain 1MDB, saman yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Lim Chee Wee Partnership turut menyenaraikan lima anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited; 1MDB Energy Limited; 1MDB Energy (Langat) Limited; Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd selaku plaintif pertama hingga keenam. Lima syarikat lain adalah Affinity Equity International Partners Limited; Alsen Chance Holdings Limited; Blackrock Commodities (Global) Limited; Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited selaku plaintif ketujuh hingga ke-11. Kesemua plaintif menamakan Rosmah, yang juga isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seorang wanita iaitu Shabnam Na...

Rosmah Tidak Bekerja Tapi Terima Sejumlah Wang Besar Ke Dalam Akaunnya

Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak bekerja, telah menerima sejumlah besar wang ke dalam akaun semasanya di Affin Bank Berhad dan menggunakannya untuk membayar bil telefon dan kad kredit yang ditanggung olehnya dan ahli keluarga. Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak mempunyai sumber bebas daripada sebarang pendapatan yang sah, membuat pembayaran bil telefon dan kad kredit melalui cek yang ditandatanganinya. “Pada setiap masa hingga pertuduhan di mahkamah, tertuduh tidak bekerja. Wang itu didepositkan ke dalam akaun bank semasa di Affin Bank Berhad. Jumlah wang yang didepositkan tidak setara dengan kemampuan tertuduh. “Tertuduh menggunakan khidmat seorang individu, Roslan Sohari untuk membuat deposit ini bagi pihaknya. Roslan menjadi pengurus rumah kediaman Kompleks Seri Perdana di Putrajaya. Wang dalam dideposit ini menjadi subjek pertuduhan pertama hingga ke-12 dalam kes ini,” kata beliau da...

Video Suami Isteri Cuba Pecah Tabung Masjid

DUNGUN: Sepasang suami isteri diberkas kembali selepas disyaki cuba mencuri dan memecah tabung Masjid Kuala Abang, Dungun.  Sebelum ini pasangan berkenaan telah direman selama enam hari bermula Jumaat lepas hingga Rabu selepas disyaki memecah tabung masjid di Bandar Bukit Besi.  Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata suspek lelaki berusia 26 tahun dan isterinya berumur 23 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan di Masjid Kuala Abang pada 6 dan 8 Jun lalu.  Jelasnya kejadian itu disedari ahli jawatankuasa masjid pada Jumaat selepas memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengesan suspek cuba memecah tabung masjid berkenaan dengan menggunakan objek keras.  Bagaimanapun, usaha kedua-dua mereka itu tidak berhasil selepas tabung itu gagal dibuka sebelum pasangan tersebut melarikan diri. Baharudin berkata hasil ujian air mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methaphetamin. Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen...

Wanita Tular Curi Rantai Leher. Peguam Merayu Agar Kadar Ikat Jamin Dikurangkan Kerana Dia Baru Sahaja Melahirkan Bayi

perempuannya,  Nor Zannah Andi Baso, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nur Faizah Abdul Sani. Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa mencuri rantai emas milik anak saudara seorang wanita berusia 26 tahun, di tapak karnival itu Stadium Shah Alam, di sini pada jam 5.39 petang, Sabtu lalu.   Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan tertuduh diberi diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, peguam, Oon Guo Chen yang mewakili ibu kepada seorang anak itu, merayu agar kadar ikat jamin tersebut dikurangkan kerana dia baharu sahaja melahirkan bayi perempuannya, tiga bulan lalu. Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nur Faizah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 da...

Video Kantoi!!! Wanita Ragut Rantai Leher Kanak-Kanak Di Tapak Pesta

SHAH ALAM: Taktik seorang wanita mencuri rantai leher anak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Seksyen 13 di sini, terbongkar selepas tindakannya dirakam pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, rakaman video mengenai tindakan suspek itu telah tular di media sosial. Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, suspek telah mengambil rantai leher seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dengan cara memotong dengan sesuatu objek dan menarik rantai leher itu.   "Tindakan suspek itu telah dirakam ibu saudara kanak-kanak itu. "Sejurus selepas kejadian suspek wanita tempatan berusia 35 tahun berjaya ditangkap di lokasi terbabit berdasarkan rakaman video terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Tambahnya, satu laporan polis juga telah dibuat pada jam 8.09 malam hari yang sama sejurus selepas kejadian curi itu. Beliau berkata, suspek yang mempunyai enam rekod lampau bersabit kes curi telah direman tiga...

Perbicaraan Kes Rasuah, Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Zahid Hamidi Ditangguh Ke Tahun Depan

Perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi. Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah melapangkan tarikh pendengaran itu hari ini dan esok serta 9 dan 10 Nov selepas peguam utama Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik memohon untuk menangguhkan perbicaraan itu. Hakim menetapkan 21 hari untuk perbicaraan iaitu 16-19 Jan, 30-31 Jan, 7-9 Feb, 27-30 Mac, 10-13 April dan 15-18 Mei. Terdahulu, Hisyam berkata pihak pembelaan memohon untuk menangguhkan perbicaraan itu sementara menunggu keputusan rayuan Ahmad Zahid terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan keterangan rekod 15 saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).   Dia berkata rayuan itu dijadual didengar pada 14 Nov di Mahkamah Rayuan. “Apa sahaja keputusan Mahkamah Rayuan, ini akan membantu pihak pembelaan menentukan saks...

Jiran Pegang Kad ATM Keluarkan Wang Tanpa Kebenaran

KUANTAN: Tindakan seorang warga emas yang mempercayai jirannya dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) membawa padah, apabila wang simpanannya berjumlah RM26,060 dikeluarkan tanpa kebenaran. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa seorang peneroka berusia 80 tahun mendakwa, menyerahkan kad ATM kepada suspek wanita itu pada pertengahan Februari lepas. "Lelaki itu mendakwa tujuannya menyerahkan kad itu supaya suspek dapat membantu menyemak baki akaun, memandangkan dia sukar keluar ke bandar kerana tiada ahli keluarga yang tinggal berhampiran. "Mangsa mahu menyemak baki akaunnya selepas anak saudara lelakinya memaklumkan wang pampasan daripada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), telah dimasukkan ke akaun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa suspek tidak memulangkan kad ATM mililknya selepas itu, dan sering memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai status...

Pencuri Tabung Masjid Dan Tokong Ditangkap

Gambar tular yang memaparkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangkap seorang lelaki di Melaka tidak mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Ketua Polis Daerah Jasin Mispani Hamdan. Mispani berkata lelaki yang ditahan itu adalah suspek yang dikehendaki dalam beberapa kes curi di beberapa masjid dan tokong di negeri berkenaan. Dia juga menafikan bahawa anggota tentera dan anggota polis telah menggunakan kekerasan dalam menahan suspek. "Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.45 petang apabila pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah mengekori suspek untuk membuat penangkapan, sebelum mereka tiba di sekatan jalan raya yang merupakan sebagai sebahagian daripada penguatkuasaan PKP. "Apabila melihat sekatan jalan raya, suspek cuba melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya dan berlari dengan berjalan kaki. Ini mendorong anggota untuk mengejar. "Dengan bantuan beberapa tentera yang merupakan sebahagian daripada ...

Datang Melawat Pesakit Ke, Datang Nak Rembat Sanitizer

SHAH ALAM - Penggunaan cecair pembasmi kuman sangat digalakkan kepada orang ramai dalam mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19). Namun ada segelintir masyarakat tidak bertanggungjawab dipercayai telah mengambil cecair pembasmi kuman dari hospital hingga menjadi bualan hangat netizen. Dimuat naik di Twitter dengan kapsyen, "Ambil di hospital je percuma" dikecam netizen. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada perkara berkenaan benar berlaku dan sengaja mencuri atau sekadar gurauan. Netizen dikenali Shaf berkata, pembasmi cecair itu adalah hak milik kerajaan dan perkara sedemikian tidak wajar berlaku. "Pergi hospital tu duduk diam-diam. Jangan nak mencuri. Curi mask dan cecair pembasmi kuman, itu hak kerajaan." katanya. Menurut Vivayu, "Sikap pentingkan diri sendiri seperti ini akan memudaratkan. Ada orang seperti kamu ni yang menyebabkan virus menular." Bagi Suhana pula berpendapat botol cecair pembasmi kuman itu perlu tertulis...

Video: Pembantu Rumah Kantoi Curi Barang Majikan Dalam Bagasi, Siap Panggil Lori!

Sebuah rakaman video tular menunjukkan seorang majikan berjaya menangkap seorang pembantu rumahnya yang kantoi cuba membawa lari barang-barang milik keluarga majikannya di dalam berpuluh bagasi. Menurut sumber dikongsikan di laman web kataustaz.com, pembantu rumah tersebut telah merancang untuk melarikan barang-barang tersebut dengan menggunakan lori bersama-sama rakan-rakannya. Namun begitu nasib majikannya itu baik kerana beliau sempat balik ke rumah dan melihat bagasi-bagasi yang disumbat dengan harta bendanya oleh pembantu rumah berkenaan. Video yang dikongsikan di laman Twitter terbabit menunjukkan keadaan di rumah majikan ini yang dipenuhi dengan bagasi-bagasi yang cuba dibawa lari. Apabila diperiksa, semua bagasi itu disumbat dengan barang-barang milik majikan dan keluarga. Pada awal video, majikan tersebut telah menyuruh pembantu rumahnya itu membuka semua bagasi-bagasi yang cuba dibawa lari itu malah turut memberitahu bahawa mereka akan membuat laporan polis dan mem...

Ibu Bersama 2 Anak Gadis Berusia 10 Dan 11 Tahun Curi Beg Dalam Tandas

Seorang ibu tunggal ditahan bersama dua anak perempuannya untuk membantu siasatan berhubung kes kecurian beg tangan di dalam tandas sebuah pasar raya di sini Rabu lalu. Wanita berusia 39 tahun dan dua anaknya masing-masing berusia 10 dan 11 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Kuala Ibai di sini. Menurut sumber, rumah didiami tiga beranak terbabit diserbu susulan laporan kecurian beg tangan milik seorang guru di dalam tandas pasar raya berkenaan yang dilakukan di Balai Polis Chabang Tiga di sini petang hari sama. "Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa, 25, berada di dalam tandas pasar raya berkenaan dan meletakkan beg tangannya di ruang tempat meletak barang di belakangnya. "Sebelum keluar dari pintu tandas, mangsa terkejut melihat beg tangannya sudah hilang lalu bertanyakan kepada seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang kebetulan berdiri berhampi...

Dicekup Curi Pakaian Dalam Wanita

SEREMBAN - Kes kehilangan pakaian dalam wanita yang membelenggu penghuni sebuah rumah sewa di taman perumahan dekat Mambau di sini sejak Oktober lalu akhirnya terbongkar dengan penangkapan seorang lelaki semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam tadi, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan orang awam ketika menceroboh rumah sewa berkenaan kononnya mahu memulangkan semula pakaian dalam yang dicuri. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya masih melakukan siasatan motif sebenar suspek melakukan jenayah berkenaan. "Penghuni rumah berkenaan wanita berusia 23 tahun yang juga penuntut IPTA (institusi pengajian awam) di daerah ini telah membuat laporan polis pada jam 2 pagi memaklumkan kejadian itu. “Mangsa beritahu dapat tahu suspek lelaki berumur 31 tahun itu ditangkap orang awam kerana menceroboh masuk ke kawasan rumah sewanya di Mambau pada jam 12.30 tengah malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurutny...

Beli Jam Tangan RM466,330 Untuk Rosmah Demi Tebus Rasa Bersalah

Jam tangan mewah bernilai RM466,330 yang dibeli Najib Razak di Honolulu, Amerika Syarikat sebagai hadiah ulang tahun kelahiran Rosmah Mansor dipilih sendiri oleh isteri bekas perdana menteri itu. Najib, 66, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, pembelian jam tangan berkenaan bertujuan menebus rasa bersalah memandangkan percutian bersama keluarga terpaksa ditangguh dan kebetulan ulang tahun kelahiran isterinya ialah pada bulan berkenaan. Beliau berkata demikian semasa memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan berkaitan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC). Peguam Muhammad Shafee Abdullah menjalankan pemeriksaan utama ke atas tertuduh. Najib berkata jam itu dibeli pada 22 Dis 2014 itu disebabkan beliau perlu pulang segera ke Malaysia selepas Kelantan dilanda banjir teruk. Menurut Najib, setiap tahun percutian bersama keluarganya mengambil masa antara 10 hari hingga dua minggu, namun pada 2014 percutian terpaksa dipendekkan susulan m...

Pukau Remaja Perempuan Berusia 14 Tahun, Wanita Ini Dihadap Ke Mahkamah

SEREMBAN - Seorang wanita yang disyaki menipu dengan menggunakan teknik pukau dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas tiga pertuduhan mencuri dan menyimpan harta curi bulan lalu. Tertuduh Siti Rohani Ahmad, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di Mahkamah Majistret berasingan. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pada 27 November 2019, jam lebih kurang 5.30 petang di dalam bangunan KM Plaza di sini, telah mencuri telefon bimbit jenis Samsung Galaxy A 10S milik Nur Haszrin Mohd Hasrol, 14. Bagi kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. Bagi pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, tertuduh pada 28 November 2019, jam lebih kurang 7 petang di sebuah kedai makan di Terminal One Seremban secara tidak jujur menyimpan harta curi iaitu telefon bimbit mili...

6 Gambar: 2 Ramaja Kantoi Pancing Awal Pagi

KUANTAN 31 OKT - Sekumpulan jemaah Masjid Al Falah berjaya memberkas dua remaja yang sedang memancing tabung masjid dalam Ops Pancing, awal pagi ini. Jemaah Masjid Al-Falah yang terdiri daripada Ahli Kelab Jembara mengambil inisiatif melancarkan Ops Pancing bermula Sabtu lalu, ekoran kejadian mencuri duit tabung masjid semakin menjadi-jadi. Bulan lalu, sebuah tabung besi yang di welding pada tiang dipintu utama masuk ke masjid turut dilarikan. Lebih menyedihkan, mereka bukan sahaja mencuri duit tabung duit malah melakukan perbuatan kianat dan terkutuk apabila lubang tabung dikencing...(bab ni menyerap darah Koi dan rakan-rakan sekalaigus bertekad memburu sampai dapat pelaku) Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh bedebok jatuh ketanah juga... Pada jam 12.55 pagi kelibat tiga remaja sedang memancing tabung bejaya dikesan menerusi intipan rapi. Tepat 1.15 masjid dikepung kira-kira 10 orang jemaah...dua berjaya ditangkap manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri da...