KUALA LUMPUR: Seramai 80 mangsa skim pelaburan hartanah dengan kerugian RM11 juta menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan perkembangan siasatan berhubung penipuan tersebut yang dilaporkan beberapa bulan lalu. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kebanyakan mangsa sehingga kini belum mendapat perkembangan status kes berkaitan penipuan pelaburan tersebut yang memperdaya ribuan individu. Katanya, mangsa-mangsa cuba berurusan dengan pegawai penyiasat namun tiada respon positif sehingga memaksa mereka tampil kepada MHO bagi mendapatkan maklum balas daripada peringkat atasan PDRM. Turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN Malaysia) En Zakir Halim (Zack). “Skim ini menawarkan mangsa pembelian hartanah melalui lot dengan modal serendah RM3,600 dan menjanjikan pulangan dividen RM540 satu lot dalam masa 45 hari. “Malah, syarikat pelaburan itu turut mendakwa memiliki beberapa hartana...