Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Gambar Tanpa Pakaian Wanita Cuci Pakaian Di Sungai Tular

BALI - Dua wanita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap jirannya setelah didakwa mengambil gambar mereka dalam keadaan bogel ketika sedang mencuci pakaian di sungai Kampung Mendoyo, Bali Indonesia, Sabtu lalu. Gambar mereka dirakam tanpa kebenaran itu dimuat naik di Facebook hingga tular di media sosial. Lapor Daily Star, seorang lelaki berusia 28 tahun didakwa merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbitnya semasa wanita berkenaan berusia 30 tahun dan 50 tahun sedang mencuci pakaian di sungai terbabit. Ketua kampung, Putu Ediana berkata, keluarga mangsa berang dengan tindakan lelaki itu dan membuat laporan polis bagi memberi pengajaran kepada lelaki yang disifatkan sangat biadab. "Saya kesal dengan sikap lelaki itu kerana ia berlaku di kampung ini," katanya. Dalam pada itu, sumber memberitahu, suami kepada mangsa mengetahui perkara tersebut di Facebook. "Sudah tentu mereka marah kerana melibatkan kehormatan diri isterinya. "Suami masing-masing memint...

Hospital Siar Live Di Facebook Pembedahan Otak

WASHINGTON: Seorang wanita di Texas mampu bercakap dengan doktor ketika pembedahan otak dijalankan ke atasnya, dan penduduk seluruh dunia menontonnya, sebagai sebahagian prosedur yang disiarkan secara langsung di Facebook. Menjelang semalam, hampir 100,000 orang menonton doktor mengeluarkan ketulan besar daripada otak Jenna Schardt ketika video pembedahan selama 40 minit yang disiarkan pagi kelmarin. Dalam video itu, pesakit berusia 25 tahun berkenaan dilihat bercakap dengan doktor yang berada di sebelah tabir pembedahan berwarna biru ketika pakar memakai topeng pembedahan membedah otaknya di sebelah lagi. Schardt mengalami serangan angin ahmar disebabkan banyak saluran darah di lobus temporal kiri yang menjejaskan kemampuannya untuk bercakap, kata ketua saraf Pusat Perubatan Methodist Dallas, Nimesh Patel. Beliau kekal sedar ketika tengkoraknya dibuka supaya doktor dapat memastikan ia tidak merosakkan beberapa bahagian otak yang mengawal percakapan ketika mereka melakukan pembedaha...

Lelaki Ditahan Tembak 5 Ekor Anjing

SHAH ALAM - Seorang kontraktor yang dipercayai menembak lima ekor anjing terbiar sehingga mati di Kota Kemuning di sini, pada Ahad lalu ditahan polis. Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 11.40 malam, di Saujana Putra, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat orang ramai dan penelitian kamera litar tertutup (CCTV). "Pemeriksaan di dalam kereta jenis Proton Saga milik suspek menemui selaras senapang angin jenis Sig Sauer P226 serta lima butir peluru. "Soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kes tembak menyebabkan kematian lima ekor anjing terbabit. Motif adalah kerana dendam disebabkan anjing itu pernah hendak menggigit kaki anaknya berusia tujuh dan 12 tahun," katanya kepada Sinar Harian hari ini. Beliau berkata, lelaki terbabit kini direman tiga hari sehingga esok untuk siasata...

6 Gambar: 2 Ramaja Kantoi Pancing Awal Pagi

KUANTAN 31 OKT - Sekumpulan jemaah Masjid Al Falah berjaya memberkas dua remaja yang sedang memancing tabung masjid dalam Ops Pancing, awal pagi ini. Jemaah Masjid Al-Falah yang terdiri daripada Ahli Kelab Jembara mengambil inisiatif melancarkan Ops Pancing bermula Sabtu lalu, ekoran kejadian mencuri duit tabung masjid semakin menjadi-jadi. Bulan lalu, sebuah tabung besi yang di welding pada tiang dipintu utama masuk ke masjid turut dilarikan. Lebih menyedihkan, mereka bukan sahaja mencuri duit tabung duit malah melakukan perbuatan kianat dan terkutuk apabila lubang tabung dikencing...(bab ni menyerap darah Koi dan rakan-rakan sekalaigus bertekad memburu sampai dapat pelaku) Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh bedebok jatuh ketanah juga... Pada jam 12.55 pagi kelibat tiga remaja sedang memancing tabung bejaya dikesan menerusi intipan rapi. Tepat 1.15 masjid dikepung kira-kira 10 orang jemaah...dua berjaya ditangkap manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri da...

6 Gambar: Cermin Pecah, Bumbung Rosak Dikerjakan Gajah

BANGKOK: Seekor gajah liar membuat 'penampilan khas' menyambut kedatangan pengunjung di Taman Negara Khao Yai, di sini, pada Selasa. Rakaman foto dan video gajah jantan yang dikenali sebagai Duea, 35, kelihatan berjalan di sebelah sebuah kereta di Jalan Thanarat di Taman Negara Khao Yai, wilayah Nakhon Ratchasima kira-kira jam 4 petang, waktu tempatan Selasa. Duea dilihat berjalan melepasi kereta sebelum berbaring di atas kenderaan itu dan pemandu kereta bertindak pantas memecut kenderaannya jauh dari gajah itu. Rakaman video itu juga menunjukkan cermin belakang kereta pecah manakala bumbung dan bahagian badan kereta juga rosak. Dalam satu kenyataan, Taman Negara Khao Yai berkata gajah jantan itu kebiasaannya keluar dari hutan semasa musim hujan dan sejuk. "Gajah ini suka bermain dengan kereta kecil tetapi tidak membahayakan sesiapa pun," menurut kenyataan itu. Sementara itu pegawai Taman Negara Khao Yai menasihati pelancong dan pengunjung supaya bert...

Ibu Mengamuk, Pengasuh Potong Rambut Anak Tanpa Kebenaran

 SEORANG ibu melahirkan rasa kecewa terhadap pengasuh susulan tindakan individu berkenaan memotong rambut anak perempuannya tanpa meminta kebenaran daripadanya. Luahan itu dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Wan Nurul Awanis hingga tular di media sosial. "Memang... orang yang potong rambut anak aku. Punya sakit hati dengan aku, anak jadi mangsa. Jaga anak orang tidak ikhlas, ni cerita minggu lepas. "Saja nak luahkan hati masih sakit ni, balik kerja jam 5 petang kena ambil anak jam 5 petang tepat," tulisnya. Wanita itu juga berkongsi perbualan WhatsApp antara dia dengan pengasuh yang turut mencuri perhatian netizen. Antara intipatinya perbualan itu pengasuh memberi alasan rimas melihat keadaan rambut kanak-kanak itu yang tidak diikat dengan rapi. Dari perbualan itu juga, pengasuh mempertahankan perbuatannya dengan memberitahu mengikat rambut adalah perkara yang membuang masa. Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut turut meluahkan pandangan...

Video Pergaduhan Tular 7 Remaja Perempuan Ditahan

LAHAD DATU: Tujuh pelajar perempuan dari dua kumpulan ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di Padang Bandaran Lahad Datu, di sini semalam, dengan rakaman video kejadian itu turut tular di laman sosial. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang mangsa yang juga pelajar berusia 16 tahun. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata hasil siasatan mendapati mangsa bersama beberapa rakannya dari Kampung Panji bertemu sekumpulan remaja perempuan dari Kampung Pisang. “Perjumpaan itu bertujuan untuk membincangkan perselisihan faham antara mereka yang berpunca berkaitan isu tempat tinggal mereka. “Bagaimanapun, kumpulan remaja dari Kampung Pisang mula mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa dan kumpulannya yang dikatakan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan selalu mendaftar masuk ke hotel. “Penghinaan itu menyebabkan kumpulan remaja dari Kampung Panji...

Polis Dedah Punca Kematian Guru Wanita Dalam Keadaan Bertelekung

ALOR SETAR - Polis Kedah mendedahkan tiada unsur jenayah dalam kematian guru wanita ditemui dalam keadaan tertiarap atas katil di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri, Sik, petang semalam. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini mendedahkan punca kematian guru wanita itu disebabkan kegagalan arteri jantung. "Tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. Semalam Sinar Harian melaporkan seorang guru sekolah rendah, Fauziah Yop, 46, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di atas katil rumahnya kira-kira jam 1.30 petang. Kejadian disedari anak bongsunya yang pulang dari sekolah sebelum mennemui mangsa dalam keadaan kaku. Sebelum ini media melaporkan seorang guru wanita berusia 30-an ditemui mati di atas katil dipercayai dibunuh oleh orang yang tidak dikenali, pada tengah hari Selasa. Dalam kejadian yang berlaku antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang itu, mang...

Rogol Anak Tiri Hingga Lahirkan Anak, Lelaki Ini Tak Mengaku Salah

ALOR SETAR - Seorang mekanik tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas tuduhan merogol anak tirinya pada November 2015 sehingga melahirkan seorang bayi lelaki. Dalam pertuduhan yang dibaca, tertuduh berumur 45 tahun didakwa telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa di sebuah rumah di Kuala Kedah, dekat sini. Tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun termasuk hukuman tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim, Syarifah Norazlita Syed Salim Idid tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan mengarahkannya melantik peguam bela dalam tempoh dua minggu ini dan tarikh sebut semula kes pada 12 November depan. Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon diberikan jaminan, namun Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Alif Farhan Hassan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan disebabkan faktor kesalahan serius, selain bimbang tertuduh sebagai bapa...

Polis Tahan 4 Remaja Ekoran Tular Video Basikal Lajak

Ekoran video sekumpulan remaja menunggang Basikal Lajak yang tular di laman sosial, anggota penguatkuasa dari Unit HMPV Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya semalam telah melakukan pemantauan Basikal Lajak di sekitar kawasan Tasek Tambahan, Ampang. Hasil pemantauan yang dijalankan telah berjaya menahan (4) buah Basikal Lajak bersama penunggang yang kesemuanya lelaki berbangsa Melayu berusia lingkungan 11 tahun hingga 15 tahun. Mereka yang ditahan telah dibawa ke Balai BSPT Ampang Jaya dan telah dikeluarkan saman atas kesalahan menunggang basikal tanpa brek dan loceng di bawah Peraturan 42(1)(a) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959. Manakala semua Basikal Lajak tersebut disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sebelum ini sekumpulan remaja menunggang basikal lajak secara berkumpulan di jalan raya di Taman Muda Ampang di sini bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah pengguna jalan raya lain. Aksi remaja berkenaan dirakam seoran...

Ibu Monyet Masih Belai Anak Yang Tidak Bernyawa 😭😭😭

AFRIKA SELATAN - Satu rakaman video menyayat hati tular di media sosial memaparkan seekor monyet dewasa masih memegang dan memangku bayinya yang telah mati 10 hari lalu. Monyet vervet itu dirakam ketika rombongan pelajar dari sebuah akademik di Afrika Selatan dan mereka memberitahu, ia momen paling menyedihkan. Daily Mail melaporkan, anak monyet masih bayi itu telah kaku, kering namun masih dijaga elok oleh si ibu. Menurut pelajar akademik, Tracey Mobley, suasana itu cukup menyedihkan. "Saya lihat si ibu cuba meletakkan anaknya di dahan pokok seolah-olah suruh bergerak, tetapi anak itu sudah mati. Ia sesuatu yang menyedihkan untuk ditonton. "Bayi itu dipercayai mati selepas dilahirkan dan ia memberi kesan mendalam kepada si ibu apabila mengetahui apa yang dimiliki sudah tiada," katanya. Difahamkan, bayi monyet itu dilahirkan pramatang dan sukar untuk hidup dalam jangka masa panjang. - Sinar Harian

Gara-Gara Lukis Kening Tebal Ibu Dituduh Dera Bayi

SCOTLAND - Gara-gara melukis kening tebal pada bayinya, seorang ibu bukan sahaja dikecam netizen namun ada pihak yang menuduhnya mendera bayinya itu. Danielle McSherry-Schee, 27 dari Fife, Scotland telah melukis kening berwarna coklat gelap pada anaknya, Isabella yang berusia enam minggu ketika bayinya itu sedang tidur. Danielle berkata, dia telah berkongsi gambar tersebut di Facebook miliknya yang pada mulanya untuk memberi memberi 'pengajaran' kepada anaknya yang sedang tidur, namun kemudiannya dia mengaku berbuat demikian kerana mahu melihat anaknya mempunyai kening tebal. "Isabella mempunyai rambut yang cerah dan tidak memiliki bulu kening. Saya sering membayangkan wajahnya apabila mempunyai kening. "Suatu hari saya rasa hendak melukis pada wajahnya dan selesai melukis saya tidak boleh berhenti ketawa sehingga membuatkan Isabella terbangun dan saya segera mengambil gambarnya. "Tetapi bukan semua orang berpandangan seperti saya yang niat hanyalah untuk bergu...

“Saya Dah Cibuk Muka Dan Samak” – Nabila Huda

Aktres Nabila Huda mencuri perhatian apabila berkongsi foto bersama seekor anjing daripada baka Husky Siberia. Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Nabila yang kini sedang bercuti di News Zealand memuat naik swafoto tersebut beberapa jam yang lalu. “Hello Everybody! (Relax, saya dah cibuk muka saya dan samak)” tulisnya menerusi ruangan kapsyen. Namun, kapsyen yang ditulis pelakon itu nampaknya mengundang reaksi rakan-rakan selebriti dan wargamaya apabila ia seolah-olah memerli sesetengah golongan yang suka menjatuh hukum dan membuat tuduhan melulu. “Tak samak pun it’s your choices babe,” komen pereka fesyen Syomir Izwa. “Zaman sekarang ni memang nak kena explain di ruangan kapsyen,” ujar seorang wargamaya. “Bapak besaq siot! Sekali dia ngap muka aku, terus jadi ayam tandoori,” usik pelakon Sharnaaz Ahmad. “Okay setakat tujuh minit lepas gambar dimuat naik, ruangan komen masih lagi terkawal dan bersih,” kata seorang wargamaya. Malah, menerusi ruangan balas, Nabila sempat me...

Tersentuh Hati Lihat Gelandangan Bergurau Dengan Anak Bawah Jambatan

MAGHRIBI - Kebahagiaan seseorang itu bukanlah bergantung kepada kesenangan ataupun serba kekurangan di dunia. Apa yang lebih penting adalah dapat bersama dengan ahli keluarga tersayang khususnya anak-anak kecil walau apa keadaan sekalipun. Gambar yang dikongsi oleh @Youngchats1 di laman Twitternya yang memaparkan seorang wanita telah bergurau dengan anaknya sambil berbaring di bawah jejantas membuatkan netizen berasa sebak. Gambar tersebut jelas menunjukkan kasih sayang seorang ibu walaupun hidupnya serba kekurangan dan berkemungkinan besar mereka hidup sebagai gelandangan dengan tinggal di bawah jejantas. Perkongsian gambar tersebut kini tular di media sosial yang kini meraih 74,500 ulang kicau, 189,400 tanda suka. Menerusi gambar-gambar tersebut, wanita itu telah mengangkat anaknya menggunakan kaki sambil dia berbaring beralaskan kotak. Kereta yang bertali arus di jalanan juga kelihatan di sebalik dinding jejantas tempat mereka tinggal. Gambar yang menyentuh hati itu sememangnya me...

Guru Wanita Dibunuh Dalam Keadaan Masih Bertelekung

SIK: Seorang guru wanita berusia 30-an ditemui mati di atas katil dipercayai dibunuh oleh orang yang tidak dikenali, pada tengah hari Selasa. Dalam kejadian di Kampung Banggol, Jeneri, Sik yang berlaku antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap oleh suaminya. Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman, ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan tertiarap di atas katil sebuah bilik dan masih memakai kain telekung. Mangsa, Fauziah Yup, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Chicak, Jeneri dipercayai sedang bersembahyang sebelum dibunuh. Menurut Abdul Razak, sebelum kejadian iaitu sekitar jam 12 tengah hari, suami dan anak mangsa keluar meninggalkan mangsa seorang diri di rumah. Jelasnya, kira-kira jam 1.30 petang, suami dan anak mangsa yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan tersebut. Pada awalnya, suami mangsa menyangkakan isterinya sedang tidur. Bagaimanapun sebaik mengejut...

Video - Ikan Masih Hidup Setelah Digoreng

Video berdurasi selama 52 saat menunjukkan seekor ikan masih hidup dan bergerak setelah di goreng. Kejadian berlaku di Hengyang, Provinsi Hunan dipercayai sel saraf ikan tersebut belum mati ketika di goreng. Kedengaran suara wanita sedang menjerit dalam video tersebut ketika melihat ikan itu bergerak dan perutnya seperti mahu terbelah. Video ini telah tular di laman Weibo iaitu media sosial yang popular di China. Pengguna Weibo tidak menganggap ini sesuatu yang pelik atau menakjubkan malah mereka menganggap ini adalah perkara yang kejam kerana menggoreng ikan yang masih bernyawa. Kepada semua tukang masak disarankan supaya tunggu sekurang-kurangnya lima minit sehingga sel saraf ikan itu benar-benar mati sebelum menggorengnya. Editor:Anna

Gadis Ini Berkongsi Pengalaman Bagaimana Kakaknya Disorok Bunian

MACHANG - Misteri alam bunian sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Bagaimanapun, perkongsian seorang gadis di Twitter mengenai pengalaman kakaknya dipercayai hilang selama dua hari ada kaitan dengan makhluk halus nyata menarik perhatian warganet. Zainie Ibrahim, 23, berkata, kisah itu berlaku 10 tahun lalu di Kampung Machang, Ajil, Hulu Terengganu. Menurut anak keenam dari sembilan beradik itu, kakaknya Zainab, 25, dipercayai disorok oleh bunian selama dua hari selepas bermain di kebun getah pada waktu petang. "Sebelum kejadian, saya dan kakak bermain sorok-sorok dan pulang ke rumah seperti biasa. Kemudian apabila waktu Maghrib, sikap kakak berubah dan dia tidak mahu pergi mengaji. "Apabila jam 4 pagi, dia tiba-tiba bangun tidur meminta lampu picit daripada ibu untuk pergi ke tandas. Ketika itu tandas kami di luar rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Zainie berkata, kakaknya disedari hilang selepas subuh kerana dia tidak pul...

Wanita Ini Lepas Dibebaskan

Mahkamah Majistret, di Johor Bahru hari ini, melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita, daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, dua tahun lepas. Majistret Siti Hajar Ali, membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan. Siti Hajar dalam penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan berkenaan bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada pukul 3 pagi selain keadaan bahaya itu sendiri dicipta oleh kumpulan basikal lajak tersebut. "Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan. "Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketa...

Ini Cerita Sebenar IKBN Naka Diserbu Pasukan Komando VAT69

Kedah - Gempar apabila IKBN NAKA telah diserbu oleh pasukan keselamatan dari unit Komando VAT69 Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana disyaki menjadi tempat persembunyian pengganas yang menyembunyikan diri. Serbuan tersebut telah dibuat pada 23 Mei pukul 1.45pagi di kawasan asrama lelaki IKBN Naka di Kuala Nerang Kedah, serbuan tersebut telah dibuat hasil intipan yang telah dilakukan selama beberapa hari kerana disyaki menjadi tempat persembunyian "pengganas". Serbuan yang dilakukan pada awal pagi itu ternyata amat mengejutkan penghuni asrama lelaki yang ketika itu sedang tidur lena ketika serbuan terbabit dilakukan. Beberapa das tembakan telah dilepaskan dan hasil serbuan terbabit, "pengganas" yang disyaki telah bersembunyi di sekitar IKBN Naka akhirnya berjaya ditumpaskan, maka tepat jam 2.37 pagi berakhirlah latihan pasukan anti pengganas yang telah dilaksanakan di IKBN Naka. Menurut DSP Tuan Victor Cardona, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kursus Counte...

5 Gambar: Wanita Ini Nekad Cerai Dengan Suami

Korea - Seorang wanita bertindak nekad bercerai dengan suaminya sekaligus menjaga anak mereka selepas bersalin kerana tidak tahan dirinya dihina setiap hari. Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Park Jee Won berasal dari Korea dikatakan telah mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak selepas dia melahirkan anak mereka yang pertama menyebabkan dia sering dihina oleh suaminya kerana bentuk fizikalnya. Sebelum melahirkan anak, Park merupakan seorang 'fitness instructor' namun segalanya berubah apabila dia mengalami postpartfum depression selepas melahirkan anak yang menyebabkan berat badannya meningkat naik secara mendadak. Keadaan bertambah buruk apabila suaminya bukan membantu memberikan dorongan kepadanya malah dia sering dihina dan penampilannya sering diperlekehkan oleh suaminya sendiri menyebabkan dia nekad untuk berusaha menurunkan berat badan. Disebabkan itu dia berusaha untuk menurunkan berat badannya semula dengan mula meninggalkan nasi dalam h...