Powered by Blogger.

Sunday, October 27, 2019

5 Gambar: Wanita Ini Nekad Cerai Dengan Suami


Korea - Seorang wanita bertindak nekad bercerai dengan suaminya sekaligus menjaga anak mereka selepas bersalin kerana tidak tahan dirinya dihina setiap hari.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Park Jee Won berasal dari Korea dikatakan telah mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak selepas dia melahirkan anak mereka yang pertama menyebabkan dia sering dihina oleh suaminya kerana bentuk fizikalnya.

Sebelum melahirkan anak, Park merupakan seorang 'fitness instructor' namun segalanya berubah apabila dia mengalami postpartfum depression selepas melahirkan anak yang menyebabkan berat badannya meningkat naik secara mendadak.

Keadaan bertambah buruk apabila suaminya bukan membantu memberikan dorongan kepadanya malah dia sering dihina dan penampilannya sering diperlekehkan oleh suaminya sendiri menyebabkan dia nekad untuk berusaha menurunkan berat badan.

Disebabkan itu dia berusaha untuk menurunkan berat badannya semula dengan mula meninggalkan nasi dalam hidangan makanannya dan hanya mengambil enam hidangan kecil pada setiap hari.

Hasilnya selepas 10 bulan berusaha dengan gigih akhirnya dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 40 kg, namun begitu walaupun dia telah berjaya mendapatkan berat badan yang ideal tetapi suami Park dikatakan masih bersikap sama dan sering mengkritik penampilannya itu.

Akibat daripada kecewa dengan sikap suaminya itu akhirnya Park tekad untuk bercerai dan membesarkan anak perempuannya sendirian tanpa suaminya.

Kini Park dikatakan aktif berkongsikan tips dan cara untuk menurunkan berat badan menerusi laman Instagram miliknya buat semua wanita di luar sana agar segala ilmu tersebut dapat membantu wanita di luar sana mengembalikan bentuk badan ideal meeka.