Sebanyak 14 artis Indonesia, antara 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat ( DPR) yang mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Indonesia untuk penggal 2019-2024 hari ini. Antara 14 artis itu, dua daripadanya adalah penyanyi yang turut popular di Malaysia iaitu Krisdayanti dan penyanyi lagu "Makhluk Tuhan Paling Seksi", Mulan Jameela. Proses angkat sumpah bermula 10 pagi tadi itu di dilakukan di hadapan Ketua Mahkamah Agung, Prof. Dr. H. M. Hatta Ali, di bangunan parlimen Indonesia. Kawasan sekitar parlimen Indonesia di Jalan Gatot Soebroto, Senayan itu turut dikawal ketat oleh lebih 20,000 anggota pasukan keselamatan, berikutan rentetan kejadian rusuhan sejak minggu lepas, menjelang majlis angkat sumpah itu. Memetik laporan media tempatan, artis- artis lain yang mengangkat sumpah hari ini adalah Eko Hendro Purnomo, Desy Ratnasari, Dede Yusuf Macan Effendi, Tommy Kurniawan, Primus Yustisio, Rieke Diah Pitaloka, Arzeti Bilbina, Rano Karno, Nurul Arifin, Farhan, Rache...