Lagi Kes Kenderaan Dipandu Lawan Arus Hingga Hampir Sebabkan Kemalangan.


Kuala Lumpur - Sebuah lagi kenderaan dipandu secara melawan arus berhampiran Jalan Kuching disini pada awal pagi berjaya dirakamkan oleh kamera papan pemuka kereta.

Video rakaman kereta tersebut yang dipandu secara melawan arus telah menjadi tular di laman media sosial sejak semalam.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar dalam kira-kira jam 3.50 pagi pada Isnin.

Kenderaan tersebut dilihat dipandu di lorong tengah telah datang dari arah bertentangan sehingga hampir-hampir menyebabkan berlakunya satu kemalangan.

Kejadian rakaman tersebut telah disiarkan dalam laman Facebook Info Roadbloack JPJ/Polis yang diambil dari rakaman kamera papan pemuka kereta.

Walaubagaimanapun jenis kenderaan terbabit masih belum dikenal pasti lagi.