Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2025

Kafe Milik Intan Najuwa Kehabisan Ais, Pelanggan Sanggup Beli Sendiri, Ini Respons Intan Najuwa

Seorang pelanggan sanggup membeli ais di kedai lain semata-mata untuk menikmati minuman kegemarannya selepas kafe milik Datin Intan Najuwa dipercayai kehabisan bekalan ais. Menerusi perkongsian video di akaun TikTok yang dimuat naik pengguna @SalimahKobis, memaparkan dia sedang memberikan satu pek ais kepada pekerja kafe tersebut. “Lepak kafe Intan Najuwa ais batu habis, tidak apa, biar aku yang pergi beli ais batu di 7Eleven,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen. Respons Intan Najuwa Bagaimanapun, hantaran tersebut telah mendapat perhatian pelakon itu sendiri. Menerusi ruangan komen, Intan Najuwa menawarkan air secara percuma kepada pelanggan tersebut. “Hahaha Ya Allah awak yang belikan rupanya. Semalam staff inform. Meh datang balik nanti, I belanja air free!,” tulis Intan. Bagaimanapun, pengguna tersebut menolak tawaran berkenaan kerana keinginannya untuk menikmati minuman itu sudah dipenuhi. “Hi Datin , Assalammualaikum. Takpe datin dah lepas teringin semalam sebab tu sanggup beli a...

Isteri di rumah telan roti ‘expired’, suami sedap berbuka bufet dengan kawan... Minta belikan martabak pun tak dapat!

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya lebih mementingkan masa bersama rakan-rakan berbanding dia yang setia menunggu di rumah. Dalam satu perkongsian di media sosial, wanita itu mengadu tentang bagaimana dia hanya mampu berbuka dengan roti yang sudah luput tarikh kerana tidak sampai hati membuangnya. "Saya minta belikan martabak sebab sudah lama teringin. Dari hari pertama puasa sampai sekarang tak nampak 'bayang'. "Penat nak meminta, rasa macam pengemis dah. Harini dia tak balik. Berbuka bufet dengan kawan-kawan," luahnya. Lebih menyedihkan, wanita itu turut berkongsi tentang perubahan sikap suaminya selepas mereka mendirikan rumah tangga. Menurut pengadu, ia mula kelihatan selepas pasangannya ini meminta dia berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. "Sudah tujuh tahun berkawan, kami akhirnya fikir untuk kahwin. Lepas kahwin dia okey dan minta saya berhenti kerja duduk rumah. Rasa nak memberontak sebab sudah terbiasa pegang du...

"Doa Orang Ramai Mengiringimu Syed Saddiq." - Bella Astilah

"Doa orang ramai mengiringimu @syedsaddiq." Demikian ciapan ringkas pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, menjelang hari penentu prosiding rayuan kes dihadapi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Rayuan Putrajaya esok. Bella, 31, atau nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dan Syed Saddiq pasangan yang kini 'trending' di media sosial selepas menjadi model baju raya bagi sebuah jenama fesyen. Bella turut memuat naik fotonya bersama Syed Saddiq melalui ciapan di platform X. Terdahulu,melalui satu video berdurasi 37 saat yang dikongsi di media sosial, Syed Saddiq meminta semua pihak mendoakan kebenaran dan keadilan buat dirinya menjelang hari penentu esok. Beliau turut menegaskan tidak ada senjata yang lebih kuat daripada doa kepada Allah SWT, khususnya pada hari yang istimewa ini. Syed Saddiq, 32, bakal mengetahui nasibnya esok apabila Mahkamah Rayuan dijadualkan membuat keputusan terhadap rayuan kes dihadapinya berkaitan dana ARMADA. S...

Sah cerai talak satu! Isteri Abang Viva mohon ruang jalani Iddah dengan tenang. ‘Terima kasih pernah hadir dalam hidup saya....'

SEBELUM ini sukarelawan terkenal, Abang Viva ada mengumumkan beliau dan isteri sudah berpisah. Lanjutan daripada itu, isterinya, Eva Noza Zakaria menerusi perkongsian di TikTok, berharap orang ramai memberi ruang untuk dirinya menjalani tempoh iddah selain harus mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. "Saya tidak sanggup nak mengata orang yang pernah berada dalam hati saya walaupun sekarang ini kami tiada apa-apa hubungan tetapi jauh di sudut hati saya, saya masih hargai dia. "Sebab dia bukan musuh saya. Saya tidak tahu bagaimana seseorang itu sanggup mengata orang yang pernah tidur dengan dia," kata beliau. Selain itu, Eva turut menyatakan beliau tidak akan membahas segala muat naik yang dilakukan oleh suaminya itu. "Dia pernah jadi sebahagian dalam hidup saya, saya hargai cuma saya nak berpisah dengan cara baik. "Saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, teruskanlah dengan kehidupan masing-masing. "Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya dan ak...

Tradisi mengejut penduduk untuk bangun sahur akhirnya bertukar tragedi. Remaja dipukul dengan airsoft gun

BOGOR: Tradisi mengejut penduduk untuk bangun sahur akhirnya bertukar tragedi. Seorang remaja dikenali sebagai E, 17, menjadi mangsa kekerasan lelaki yang berang kerana dikejutkan untuk bangun sahur dalam kejadian di Desa Tarikolot, Kecamatan Citeureup, Kabupaten Bogor, Jawa Barat di Indonesia pada akhir minggu lalu. Kapolsek Citeureup, AKP Ari Nugroho berkata, pelaku naik angin dengan suara riuh-rendah kumpulan pemuda tersebut memandangkan anaknya sedang sakit. "Pelaku yang tidak dapat menahan amarah bertindak menggunakan senjata airsoft gun dan melepaskan tembakan ke udara sebelum memukul kepala mangsa. "Akibat tindakan itu, E mengalami pendarahan serius pada kepalanya dan terpaksa dikejarkan ke rumah sakit Sentra Medika," jelasnya lagi. Rakaman video insiden tersebut yang memaparkan E dalam keadaan berlumuran darah turut menjadi tular di media sosial. Dia kemudiannya dibawa dua penduduk setempat menaiki motosikal ke hospital berhampiran manakala seorang wanita menjeri...