KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian mana-mana kumpulan termasuk Rohingya walaupun mereka memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata, sebaliknya kumpulan itu diklasifikasikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini. “Namun, atas dasar kemanusiaan, kerajaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNCHR menerusi dasar ‘satu kes ke satu kes’,” katanya menerusi kenyataan berkenaan status pelarian etnik Rohingya di negara ini. Menurutnya, sehingga Mac 2020 terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR tinggal secara sementara di Malaysia dan daripada jumlah itu, 56.6 perat...