Skip to main content

Kami Masuk Hospital Bertiga Namun Hanya Dua Yang Selamat Pulang 😭

SIMPANG RENGGAM: Kemeriahan sambutan bulan Ramadan sebuah keluarga yang dijangkiti wabak COVID-19 bagai diragut apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia selepas 25 hari bertarung nyawa menjalani rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Penduduk Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) Anidah Basri, 49, berkata, ayahnya, Basri Rakob, mula dimasukkan ke HEBHK pada 20 Mac sebelum disusuli dia dan ibunya 10 hari kemudian.

Bagaimanapun, ibunya pulih dengan pantas dan dibenarkan keluar hospital pada 10 April sebelum Anidah turut sembuh sepenuhnya dan pulang ke pangkuan keluarga tiga hari selepas itu.

"Namun kegembiraan kerana pulih daripada wabak ini hanya sehari apabila pihak hospital memaklumkan ayah meninggal dunia pada 14 April.

"Luluh hati saya dan ibu apatah lagi apabila mengenangkan kami masuk ke hospital untuk rawatan bertiga namun hanya dua orang yang selamat pulang ke pangkuan keluarga," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Anidah, hanya Allah yang mengetahui rasa hati keluarganya apatah lagi apabila menjelang Ramadan kerana ia adalah waktu untuk mereka berkumpul bersama setiap kali berbuka puasa.

"Ibu dilihat masih bersedih manakala saya serta anak-anak dan suami trauma dengan apa yang berlaku ini menyebabkan kami tiada merancang apa-apa yang istimewa sepanjang Ramadan ini.

"Apatah lagi kami masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) sehingga 28 April ini yang turut mengehadkan pergerakan walaupun tiada lagi jangkitan baharu dilaporkan," katanya.

Menurut Anidah, keluarganya tetap reda dengan apa yang berlaku ini dan menganggap ia ketentuan Allah walaupun agak berat untuk diterima.

"Paling terpahat di dalam diri kami apabila tiada seorang ahli keluarga dibenarkan mengiringi jenazah ayah ketika pengkebumiannya namun akan tetap diziarahi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti,"katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...