Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Simpang Renggam. "Usaha dalam gerakan perubahan pendidikan akan diteruskan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas serta menerusi ruang aktivitisme dan kerja-kerja kemanusiaan di bawah rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan-rakan aktivis lain. "Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan tetapi keinginan dan kesempatan," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Terdahulu, pelbagai persoalan timbul apabila kenyataan media dari parti Pejuang bertarikh 1 November dikeluarkan tanpa nama Maszlee dan hanya menyenaraikan nama empat Ahli Parlimen Bebas dari parti itu iaitu Ahli Parlimen Langk...