Presiden Donald Trump berkata tentera Amerika Syarikat telah menyerang tiga lokasi di Iran, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Tehran, menurut laporan media antarabangsa. “Kami telah melancarkan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan,” kata Trump dalam satu hantaran di media sosial. “Semua pesawat kini berada di luar ruang udara Iran. Bom telah digugurkan ke atas lokasi utama, iaitu Fordow. Semua pesawat dalam perjalanan pulang dengan selamat,” tambahnya. Dalam hantaran susulan, Trump menyifatkan tindakan itu sebagai “detik bersejarah buat Amerika Syarikat, Israel dan dunia”. “Iran kini mesti bersetuju untuk menamatkan perang ini. Terima kasih,” katanya lagi. Trump turut mengucapkan tahniah kepada “wira-wira hebat Amerika”, sambil menambah bahawa tiada angkatan tentera lain di dunia yang mampu berbuat demikian. “Sekarang adalah masa untuk keamanan! Terima kasih kerana memberi perhatian terhadap perkara ini,” ...