Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

Video Permaisuri Lari Anak Ketika Rakyat Malaysia Ajak Selfie 😍

PETALING JAYA – Kemesraan yang ditunjukkan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah apabila diajak berswafoto bersama rakyat Malaysia di Masjidil Haram, Mekah, mencuri perhatian pengguna media sosial. Menerusi video yang dimuat naik oleh @naimeyjalil di akaun TikToknya, Permaisuri Agong yang dikawal ketat oleh askar Arab pada mulanya bertanyakan wanita itu berasal dari mana. Sejurus wanita tersebut menjawab ‘Shah Alam’, Seri Paduka Baginda segera berlari-lari anak ketika dipanggil pengguna berkenaan untuk berswafoto. Bukan itu sahaja, Permaisuri Agong turut mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ dan mendoakan agar wanita tersebut mendapat haji yang mabrur. “Rezeki berjumpa di Masjidil Haram di pagi raya. Comel sangat tengok Raja Permaisuri Agong berlari bila rakyat ajak selfie (swafoto) sampai polis arab belakang sekali itu pun berlari sekali. “Bangga sangat ada Permaisuri Agong yang begini,” tulisnya dalam video itu. Sehingga kini video tersebut telah mendapat 816,600 t...

Video Pemandu Kereta Toyota Vios Serah Diri

BUKIT MERTAJAM - Pemandu kereta Toyota Vios yang dilaporkan melarikan diri selepas merempuh empat buah kenderaan di Jalan Perniagaan Bukit Tengah dekat sini pada Selasa telah menyerah diri kepada polis. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, lelaki berusia 50-an itu menyerah diri di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di sini, pada jam 1 petang Rabu untuk membantu siasatan Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang Selasa itu, suspek disyaki telah keluar dari simpang dan terus melanggar tiga buah kenderaan yang berada di persimpangan terbabit. "Suspek kemudiannya mengundurkan kenderaannya dan melanggar sebuah lagi kereta yang diletakkan di bahu jalan sebelum melarikan diri. "Semua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Cheng San berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan ...

Polis Israel Serbu Kawasan Masjid Al-Aqsa Ketika Solat Aidiladha

JERUSALEM - Sekitar 100,000 jemaah menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa, sebelum polis Israel menyerbu kawasan suci umat Islam dan memaksa jemaah keluar dari kawasan Bab al-Rahma, serta menahan beberapa orang, mengikut sumber tempatan. Laporan menyatakan bahawa pasukan Israel menahan sekurang-kurangnya 18 orang di Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita WAFA. Pihak berkuasa Israel berniat untuk mengubah Bab al-Rahma, juga dikenali sebagai Pintu Emas, menjadi kawasan ibadat bagi Yahudi dan telah menghalang orang Islam daripada mengakses kawasan itu. - Bernama-WAFA

MHO, PAKIN Gesa Perdana Menteri Wujudkan Jawatankuasa Pantau Isu Tanah Adat Sabah

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama   Pertubuhan Arah Kebajikan Isnan (PAKIN)  memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan sebuah jawatan kuasa berpusat bagi memantau isu tanah adat di Sabah. Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, jawatan kuasa itu penting atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Malaysia Madani kepada Sabah. Beliau berkata, pihaknya juga memohon Perdana Menteri memberi perhatian berhubung isu penindasan yang berlaku ke atas penduduk kampung tanah adat tersebut. “Ketika ini penjelasan yang diterima oleh penduduk-penduduk kampung tersebut adalah tidak munasabah dan tidak menjawab persoalan yang membelenggu mereka. Kami turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa penduduk kampung ini dan sentiasa komited dalam membantu mencari penyelesaian yang bermanfaat dalam perkara ini. “Kami juga berharap Ketua Menteri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur serta Perdana Menteri dapat memberi kerjasa...

NGO Gesa Kerajaan Bela 6,000 Penduduk Tuntut Hak Tanah Adat

KUALA LUMPUR: Sejumlah penduduk yang mendakwa pemilik asal tanah di Sabah, sanggup 'terbang' ke ibu kota ini demi menagih simpati dan memohon bantuan kemanusiaan daripada Kerajaan Persekutuan, bagi menyelesaikan isu pemberian Geran Komunal di negeri itu. Kumpulan penduduk terbabit mendakwa mereka terpaksa meminta bantuan Kerajaan Persekutuan atas dasar kemanusiaan dan hak asasi warga negara, meskipun sedar isu berkaitan tanah adat hanya boleh diselesaikan kerajaan negeri, mengikut Seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah. Mereka dijangka berhimpun secara besar-besaran di hadapan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu ini bagi menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, campur tangan dalam isu itu. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya tampil membantu penduduk berkenaan disebabkan tiada tindakan wajar diambil kerajaan negeri dalam isu itu, walaupun mereka mempunyai hak yang jelas sebagai pendudu...

Suami Mohon Bantuan, Isteri Sakit Kanser Tahap Empat 😭

TAMPIN: Seorang suami yang mengalami masalah kewangan memohon bantuan orang ramai bagi membeli kelengkapan dan keperluan perubatan isterinya yang menghidap barah payudara tahap empat. Mohd. Hazrin Jaafar, 40, dari Felda Jelai 2, Gemas di sini memberitahu, isterinya, Norasikin Isa, 40, disahkan menghidap barah tersebut sejak dua tahun yang lalu. Jelasnya, sebelum ini dia tidak menguar-uarkan penyakit dihadapi isterinya itu kerana masih mempunyai wang simpanan. “Saya kini terpaksa menangguhkan bayaran ansuran kenderaan kerana gaji yang diperoleh sebanyak RM1,200 sebulan diutamakan buat pembelian lampin pakai buang serta keperluan dressing (pembebatan) yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM500 sebulan. “Saya pernah memohon bantuan, namun, borang permohonan saya dikatakan tidak lengkap dan gaji saya yang melebihi had kelayakan. Ada sekali wang masuk ke dalam akaun isteri, namun, saya tidak tahu sama ada ia dari bantuan yang dimohon atau sumbangan individu lain. “Dua ke tiga bulan ini ...

Inspektor Shiela Hadapi Tiga Pertuduhan Berhubung Ugutan

Pegawai polis wanita dikenali sebagai 'Inspektor Shiela' yang tular baru-baru ini di media sosial tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Selayang bagi menghadapi tiga pertuduhan berhubung ugutan dan mengaibkan anggota bawahan dan orang awam. Inspektor tersebut atau nama sebenarnya Sheila Sharon A/P Steven Kumar, hadir dengan memakai sut hitam dan dilihat memasuki pekarangan mahkamah pada 8.55 pagi, diiringi peguamnya.

Video Filem Pertama Terbitan Awie 'Sue-On'

TIDAK dinafikan naskhah bercorak seram komedi masih lagi menjadi pilihan penonton-penonton untuk menonton filem di pawagam. Ternyata ia menjadi pilihan buat Datuk Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah untuk menghasilkan filem baharu berjudul Sue-On. Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.   “Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi. “Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” ujarnya. Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi. Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie mem...

3 Beradik Maut... Hilang Sekelip Mata 😭

KUANTAN - Permintaan dua beradik untuk membeli aiskrim buat kali terakhir menjadi kenangan sukar dilupakan buat ibu dan bapanya apabila kedua-duanya bersama seorang lagi anak lelaki mereka maut dalam kemalangan di Jalan Benta-Lamir berhampiran Kampung Langgar, pada Sabtu. Dalam nahas kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11, serta Nik Ikram Nuqman, 5, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Bapanya, Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41, berkata, Nik Nur Faqihah dan anak bongsunya, Nik Ikram Nuqman merayu kepada ibunya, Nur Baizura Mustafa, 33, supaya memberi sedikit wang untuk membeli aiskrim pada hari kejadian. Menurutnya, Nik Nur Faqihah memberitahu itu adalah permintaan terakhir daripada mereka berdua. "Nik Nur Faqihah kata, hari ini (Sabtu) last (terakhir) saya hendak makan aiskrim manakala adiknya (Nik Ikram Nuqman) pula merayu-rayu dan meminta izin dengan ibunya untuk pe...

Wanita Berumur 24 Tahun Maut Dipukul Teman Lelaki

IPOH: Seorang wanita dijumpai mati dipercayai dipukul teman lelaki dalam insiden pergaduhan di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon, di sini, pada Ahad. Susulan kejadian, polis menahan suspek utama seorang lelaki berusia 23 tahun yang mengaku memukul mangsa di lokasi kejadian. Selain suspek, polis turut menahan tiga individu lain iaitu ibu suspek, anak saudara, dan pekerja mereka, kesemuanya berumur dalam lingkungan 29 hingga 65 tahun untuk membantu siasatan.   Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan dalam satu kenyataan berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.34 pagi. Siasatan awal di tempat kejadian mendapati seorang perempuan berumur 24 tahun berada dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas katil. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Difahamkan suspek utama dan mangsa tinggal di rumah kedai berkenaan dengan seorang bayi berusia 8 bulan, manakala tiga individu ...

Video Suami Isteri Memandu Myvi Maut Kemalangan

GERIK - [Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada Sabtu. Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Nasir, 51, memandu kereta jenis Perodua Myvi dan isteri, Rohaya Harun, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian manakala tiga anak mereka yang berusia tujuh, 12 dan 14 tahun dilaporkan parah. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, sepasukan anggota diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.10 petang. "Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler muatan simen dan kereta jenis Perodua Myvi. "Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.. Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 2.45 petang.

Lima Kali 'Blackout' Dan 'Mic' Rosak, ini 12 hal Yang Berlaku Pada Majlis Perkahwinan Shuib-Watie

TAHNIAH buat pasangan raja sehari, Shuib dan Watie yang berlangsung di di Putra Glass House, Shah Alam, malam tadi. Dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 39, selamat bergelar suami kepada Watie atau nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35. Pasangan sama cantik sama padan itu telah dinikahkan oleh abang Watie sendiri iaitu Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.   Turut menjadi saksi adalah Al-Mas’ud Kamat (pakcik Watie), Muammar Amirullah Frida (abang Watie) dan Aidit Alfian Mohd Dom (kawan Shuib). Istimewa, dikongsikan beberapa hal menarik sepanjang majlis bahagia pasangan mempelai. 1. Tampil serba putih, Shuib dan isteri tampak bergaya menerusi persalinan rekaan pereka fesyen tersohor, Fizi Woo. 2. Majlis pernikahan mereka diacarakan oleh kawan baik Shuib, Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah. 3. Mikrofon Shuib tidak berfungsi sewaktu majlis akad nikah dimulakan...

Ibu Kutu Sapiza Didakwa Di Mahkamah

SHAH ALAM – Seorang wanita yang dikatakan terlibat dalam pelaburan kutu Saving Sapiza Extra (SSE) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah sebanyak RM28,000, tahun lalu. Tertuduh, Nurshafeza Jamaludin,36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir. Ini merupakan kali ketiga wanita itu didakwa dengan sebelum ini di mahkamah masing-masing di Johor dan daerah ini melibatkan keseluruhan penipuan pelaburan berjumlah RM75,000. Mengikut pertuduhan, Nurshafeza yang merupakan ibu kepada tiga orang anak itu didakwa telah menerima deposit daripada wanita berusia 42 tahun berjumlah RM28,000 tanpa lesen yang sah di sebuah unit apartment di Puchong antara 22 Oktober sehingga 1 Disember 2022. Justeru, dia dakwa mengikut Seksyen 137(1) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebih RM50...

“Anak Saya Belum Kahwin, Saya Tidak Tahu Dia Mengandung 😥

TUMPAT: Seorang remaja perempuan sanggup membuang bayi yang baru dilahirkan di belakang rumah di Kampung Geting di sini, sebelum berpura-pura menjumpai bayi tersebut. Bayi perempuan yang ditinggalkan dalam keadaan bogel dan kebiruan dengan tali pusat sudah dipotong itu dipercayai dilahirkan pada jam 9.30 pagi Jumaat oleh remaja berusia 18 tahun tersebut. Ibu remaja itu berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak perempuannya memaklumkan terdengar suara tangisan bayi dan mendakwa ada individu membuang anak di belakang rumah.   Menurut pembantu kedai makan yang berasal dari Sungai Golok, Thailand itu, dia tidak terus pulang kerana sedang bekerja namun sekali lagi dihubungi anaknya sebelum meminta saudara pergi melihat keadaan. “Saya pun turut bergegas balik dan sebaik sampai, saya melihat jiran sedang memangku seorang bayi. “Saya terus bertanyakan anak, adakah bayi itu anaknya, namun dia menafikan,” katanya ketika ditemui di sini. Ujar wanita itu, satu uri turut ditemui di...

Menteri Umum Kenaikan Kadar Elektrik

Kira-kira 83,000 pengguna akan dikenakan kenaikan sebanyak 25 peratus, atau RM187, dalam bil elektrik bulanan, bermula bulan depan. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kenaikan itu hanya melibatkan satu peratus pengguna domestik, dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj atau bil elektrik minimum RM708 sebulan. Dia berkata pengguna elektrik dalam kategori tersebut akan dikenakan surcaj sebanyak 10 sen/kWh. "...Pengiraan kita berdasarkan penggunaan, bukan pendapatan. Buat masa sekarang, ia bagi penggunaan tinggi sebanyak RM700 sebulan atau ke atas. "Secara asasnya, kita menggalakkan penjimatan tenaga dan penggunaan yang efisien," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini. Di sebalik kenaikan itu, katanya lagi, kerajaan tetap memperuntukkan subsidi khas berjumlah RM58 juta memandangkan mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) belum dimansuhkan sepenuhnya. "Pengguna boleh lihat jumlah subsidi yang diber...

Baby Naail Telah Terima Suntikan Ubat Zolgensma Bernilai RM9.8 Juta

Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau dikenali sebagai Baby Naail yang disahkan menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 pada April lalu telah menerima suntikan ubat Zolgensma yang bernilai RM9.8 juta semalam.\ Sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Founder Misi Rakyat tular kerana hasil sumbangan daripada orang ramai telah membolehkan Baby Naail mendapat rawatan tersebut.

Video Kontroversi.. Ini Hukuman Yang Diterima Inspektor Sheila

‘Inspektor Sheila’ yang beberapa kali videonya tular memarahi anggota polis bawahan dan orang awam baru-baru ini sudah digantung tugas. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata arahan itu berkuat kuasa sehingga proses siasatan ke atasnya selesai. Sebelum ini tular video Inspektor Sheila mengugut orang awam dan mempersenda pegawai rendah polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves Inspektor Sheila juga dituduh mencetuskan kekecohan di parkir sebuah pusat beli-belah. Ia susulan video yang berdurasi seminit 30 saat tular di media sosial apabila wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Shiela’ memarahi individu yang dipercayai orang awam ketika mahu meletakkan kenderaan. Menerusi video tersebut dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, seolah-olah menghina individu berkenaan.

200 Mangsa Desak SSM Siasat Skim Pelaburan. "Mana penguatkuasaan SSM"

KUALA LUMPUR – (MHO) (MCCC) (PAKIN) menggesa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertindak selepas hampir 500 mangsa menjadi ‘korban’ skim pelaburan. Setiausaha Agungn MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, suruhanjaya berkenaan harus bertanggungjawab kerana skim tersebut diperuntuk di bawah bidang kuasa SSM. “Saya gesa SSM bertanggungjawab kerana untuk mengeluarkan sebarang skim pelaburan, ia perlu didaftarkan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778) dan pihak yang perlu mengambil pendaftaran adalah SSM,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Jelasnya, MHO turut menggesa agar SSM membuat kenyataan mengenai Seksyen 4 (2) agar orang ramai mendapat pencerahan bahawa saham khas boleh tebus itu di bawah penguatkuasaan mereka, sekali gus menunjukkan SSM mempunyai peranan membendung isu terbabit. Datuk Hishamuddin Hashim Menurut Hishamuddin, ramai mangsa mula mengadu tidak menerima bayaran dividen yang dijanjikan syarikat pelaburan sehingga ada syarikat menipu kononnya pulangan ...

Video Lelaki Ditahan Raba Wanita Di Pasar Malam

IPOH - Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di tapak pasar malam Taman Perpaduan, Tambun di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek, 20, ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun. "Polis berjaya memperoleh perintah tahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul kehormatan. "Dengan tertangkapnya suspek, kes ini berjaya diselesaikan. Polis akan melengkapkan siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu. Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat memapar tangkapan terhadap suspek dipercayai meraba seorang wanita warga tempatan. Suspek berjaya ditangkap oleh pengunjung dan urusetia tapak pasar malam berkenaan sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Angkara Setan Yang Bertopengkan Manusia

Bayi lelaki yang ditemui ditinggalkan di tepi jalan di hadapan kawasan parkir di sebuah pangsapuri, di sini meninggal dunia di Hospital Serdang pada Selasa. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, bayi terbabit disahkan meninggal dunia pada jam 10.35 pagi. "Sebelum itu, kita telah menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 51 tahun berhubung penemuan bayi itu pada jam 7.07 pagi. "Bayi yang dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan uri itu ditemui dalam keadaan terbaring tanpa sebarang pakaian atau nota yang ditinggalkan," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Mohd Zaid berkata, bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat. "Setelah rawatan diberikan, pihak hospital mengesahkan bayi berkenaan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada Jabatan Forensik hospital sama untuk bedah siasat," katanya. Beliau berkata, kes disiasat di bawa...

Kontroversi Majlis Perkahwinan.. Ini Penjelasan Janna Nick Tentang Ustaz Wadi

PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick mendedahkan dia telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berhubung kontroversi majlis resepsi perkahwinannya tempoh hari. Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, dia mengakui kesilapan kerana kelalaian berpunca dari dirinya sendiri. “Saya minta maaf itu adalah kealpaan saya. Saya sedar itu merupakan kelalaian dan kesalahan dari pihak saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan Ustaz Wadi. “Ustaz Wadi pun sudah buat penjelasan daripada pihak dia, saya juga tidak mahu panjangkan isu ini. “Saya sangat menghormati Ustaz Wadi dan juga para ulama yang ada di Malaysia. Saya sebagai orang yang cetek ilmu sangat menghormati mereka semua. “Kalau mahu bandingkan nama saya dengan beliau sangat jauh beza. Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan kontroversi ini,” ujar Janna. Janna yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Jemputan Ke Neraka sebentar tadi berharap orang ramai berhenti mengai...

Anggota Polis Ditahan Cubaan Rogol Gadis

IPOH - Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan selepas disyaki cuba merogol seorang gadis dalam tandas sebuah stesen minyak di sini pada Sabtu. Kejadian sekitar jam 2.30 pagi itu berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak melibatkan mangsa warga tempatan berusia 19 tahun. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, anggota berusia 23 tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa. "Polis berjaya mendapatkan perintah reman terhadap suspek selama lima hari bermula hari ini (Ahad). "Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad. Beliau berkata, kertas siasatan kes berkenaan sedang dikemas kini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan. Katanya, polis memandang serius terhadap integriti dan tingkah laku anggota serta pegawai tanpa berkompromi terhadap sebara...

Video Inspektor Shiela Buat Hal Lagi "Cantik you ni, I suka you"

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis wanita yang menghina anggota polis pangkat bawahan pada Khamis lalu tular sekali lagi apabila mencetuskan kekecohan di parkir sebuah pusat beli-belah. Ia susulan video yang berdurasi seminit 30 saat tular di media sosial apabila wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Shiela’ memarahi individu yang dipercayai orang awam ketika mahu meletakkan kenderaan. Menerusi video tersebut dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, seolah-olah menghina individu berkenaan. “Parking besar-besar macam ni, dia buka pintu kereta dan menjerit... hoi kemudian dia kata saya gila. Ini orangnya. "Cantik you (awak) ini. I (saya) suka you. Ini adalah pakaiannya, sangat cantik, anak-anak muda patut tiru gaya dia. Seksi," jeritnya lagi. Orang awam tersebut juga kedengaran cuba untuk melawan namun pegawai kanan itu terus menjerit ke arahnya. "Apahal kau ini? Did you just literally harassed me right now? Go away," katanya sambil meminta pegawai be...

Video Tular Hina Penjawat Awam, Polis Buka Dua Kertas Siasatan

Polis telah membuka dua kertas siasatan susulan kejadian yang tular melibatkan seorang penjawat awam wanita yang mengugut orang awam dan mempersenda pegawai rendah polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, seorang pengadu mendakwa dia telah didatangi suspek wanita itu dan bertindak memarahinya kerana membuat bising di rumah jiran. “Kemudian suspek telah memperkenalkan diri sebagai penjawat awam dengan nada suara yang tinggi dan mengatakan ingin menahan pengadu atas alasan pengadu membuat bising dan mengugut hendak memukulnya, selain memarahi orang yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan. Dalam kejadian itu juga Hussein berkata, wanita itu juga turut mempersenda pegawai rendah polis dan tidak memberikan kerjasama, untuk menunjukkan kad kuasa apabila diminta. Susulan kejadian itu, katanya polis membuka dua kertas siasatan iaitu laporan oleh pengadu di bawah Seksyen 506...

Ibu Dihukum Penjara Kerana Bawa bayi Kembar Bersiar-Siar Dalam Bakul Basikal

INDIANAPOLIS: Seorang wanita dihukum penjara selama setahun kerana meletakkan bayi kembarnya berusia dua bulan di dalam bakul plastik yang diikat pada basikalnya ketika bersiar-siar di kawasan bandar Indianapolis tahun lalu. Pada 22 Mei lalu, Blossum Kirby, 36, didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan pengabaian kanak-kanak oleh juri mahkamah Marion County berikutan kesalahan yang dilakukan pada Julai tahun lalu. Lapor Daily Mail, beberapa penduduk bandar itu menelefon talian kecemasan 911 apabila melihat Kirby bersiar-siar bersama bayi kembarnya dalam keadaan yang membahayakan itu. Ada penduduk yang mengatakan mereka sempat melihat wanita itu hampir terjatuh dari basikal ketika pasangan bayi kecil itu duduk di dalam bakul plastik berkenaan semasa musim panas terik tanpa berpakaian. “Apabila anggota polis menghalangnya, Kirby dilaporkan memberitahu pegawai berkenaan, dia sudah biasa membawa anak-anaknya dengan cara itu kerana tidak mempunyai kereta. “Pasangan kembar itu hanya dipakaika...

2 Pelajar Maut 18 Lagi Menerima Rawatan, Minum Air Berkarbonat Campur Spirit

KOTA KINABALU: Dua pelajar dari sebuah sekolah menengah di Pitas yang kritikal akibat keracunan metanol disahkan meninggal dunia. Kedua-dua pelajar berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan Khamis di Hospital Queen Elizabeth (QHE1) dan QHEII, di sini. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, kematian pelajar pertama dilaporkan pada jam 4.08 petang Rabu.   "Punca kematian ialah kegagalan fungsi pelbagai organ disebabkan keracunan metanol. "Pelajar kedua pula dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya iaitu pada jam 4 petang dan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan pada otak akibat keracunan metanol," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat. Beliau berkata, mayat kedua-dua pelajar itu tidak perlu dibedah siasat memandangkan punca kematian telah diperoleh dan mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan. "Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. Astro AWANI pada...

Video: Kau Lans Koperal Tak Layak Cakap Dengan Aku

SHAH ALAM - Tular video memaparkan seorang wanita didakwa mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anggota polis dalam kejadian baru-baru ini dipercayai berlaku di sekitar kawasan Gombak. Video berdurasi 25 saat itu memaparkan individu berkenaan dipercayai merupakan seorang pegawai polis telah meninggikan suara dengan mengatakan anggota polis berkenaan tidak layak menegurnya. "Kau lans koperal lah, tak layak cakap dengan aku, cara cakap macam OCPD, kau tak layaklah. "Kau jadi pegawai dululah lans koperal, hei lans koperal berlagak macam apa, pangkat dah la rendah," katanya kepada anggota polis tersebut. Bagaimanapun tidak dinyatakan punca wanita terbabit bertindak sedemikian menerusi video tular berkenaan. Tinjauan Sinar Harian di media sosial mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan wanita terbabit. Mereka turut mempersoalkan tindakan wanita itu yang disifatkan tidak sopan selain memalukan anggota polis berkenaan. Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan peng...

Seorang Lagi Suspek Yang Disiasat SPRM Meninggal Dunia Dalam Tahanan

Seorang lagi suspek yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meninggal dunia hari ini. Difahamkan kejadian itu berlaku di ibu pejabat agensi penguat kuasa terbabit di Putrajaya. Suspek itu merupakan seorang lelaki berusia 50-an dan berada dalam tahanan SPRM kurang dari 24 jam selepas dia diberkas. Butiran mengenai insiden itu belum jelas manakala polis pula menutup mulut. Bagaimanapun Malaysiakini berjaya mendapatkan pengesahan kejadian tersebut daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang menyatakan suspek meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Menurut Azam, lelaki itu ditahan malam semalam bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram yang ada kaitan dengan aktiviti pelombongan mineral tanpa lesen di Pahang. Katanya lelaki terbabit merupakan seorang daripada tiga suspek yang ditahan SPRM. “Semasa siasatan pagi ini, pegawai kami mendapati lelaki itu tidak sihat dan dia terus dibawa ke hospital. “Suspek terbabit kemudian meninggal dunia ketika mene...

Netizen Persoal Langkah Ebit Liew Bantu Pempengaruh Yang Ada Sejuta Pengikut Di TikTok

Pengguna media sosial tampil mempersoalkan tindakan personaliti terkenal, Ebit Liew, yang memuat naik usaha membantu ‘gelandangan’ Indonesia ketika individu terbabit didapati seorang pempengaruh (influencer). Bahkan wanita itu juga memiliki kira-kira sejuta pengikut di TikTok. Perhatian tertumpu ke Ebit selepas dia memuat naik gambar dan video memaparkan pertemuannya dengan ibu tunggal dikenali sebagai Mondy itu. Penampilan wanita muda itu - yang dipanggil adik oleh Ebit - juga pantas menarik perhatian, antara lain kerana imej punk serta tatu pada tubuhnya termasuk di bahagian muka serta memakai pendakap gigi. “Rezeki bertemu Mondy ibu tunggal 21 tahun di Jakarta yang menyara anak kecil 4 tahun seorang diri. "Wajahnya penuh tatoo termasuk dalam matanya penuh tatoo. Cantik dan baik adik ni. Kehidupan anak punk jalanan. "Dari kecil hidup susah dan di jalanan. Masa kami mula sampai Mondy asyik menangis terharu. Dia baru keluar dari rumah sewa tak mampu bayar tidur dijalanan. “S...

Guru Mengaku Tidak Bersalah Liwat Pelajar Lelaki Berusia 16 Tahun

JOHOR BAHRU: Seorang guru yang juga warden asrama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki. Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Siti Noraidi Sulaiman. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja berusia 16 tahun dengan cara memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa.   Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah bilik asrama maahad tahfiz di Benut, Pontian pada Julai dan November tahun lalu dan Mac lalu. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat jika sabit kesalahan. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin menawarkan jaminan RM20,000 berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mang...

Video Suami Isteri Cuba Pecah Tabung Masjid

DUNGUN: Sepasang suami isteri diberkas kembali selepas disyaki cuba mencuri dan memecah tabung Masjid Kuala Abang, Dungun.  Sebelum ini pasangan berkenaan telah direman selama enam hari bermula Jumaat lepas hingga Rabu selepas disyaki memecah tabung masjid di Bandar Bukit Besi.  Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata suspek lelaki berusia 26 tahun dan isterinya berumur 23 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan di Masjid Kuala Abang pada 6 dan 8 Jun lalu.  Jelasnya kejadian itu disedari ahli jawatankuasa masjid pada Jumaat selepas memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengesan suspek cuba memecah tabung masjid berkenaan dengan menggunakan objek keras.  Bagaimanapun, usaha kedua-dua mereka itu tidak berhasil selepas tabung itu gagal dibuka sebelum pasangan tersebut melarikan diri. Baharudin berkata hasil ujian air mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methaphetamin. Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen...

Linda Rafar Nafi Mandi Bersama Ustaz Wadi

Penyanyi Linda Rafar menitipkan pesan agar tidak ada mana-mana pihak sengaja mencari masalah mendapat dosa ‘percuma’ dengan memfitnahnya. Menurut Linda, baru-baru ini ada yang membuat tuduhan kononnya dia bersama dua individu lain bermandi-manda bersama penceramah bebas, Wadi Annuar Ayub. Bagi membuktikan dia tidak terlibat, pelakon Litar Kasih itu memuat naik klip video dia dan rakannya berenang-renang bersama penyu di kawasan perairan di Terengganu. Mereka berada di situ untuk menghadiri program kendalian Wadi Annuar. “Hentikan fitnah terhadap kami, ini bukti semasa program Ustaz Wadi Annuar. Linda sewa bot persendirian untuk mandi bersama penyu ditemani @dianarafar dan @memeysuhaiza. “Kami tak mandi bersama ustaz. Tolong jangan tuduh macam-macam nanti dapat dosa percuma, Allahu Akbar,” katanya. Video itu memaparkan Linda dan Diana mandi menggunakan jaket keselamatan di sebuah pulau yang airnya biru dan jernih sambil ditemani seekor penyu. Namun, Memey tidak mandi bersekali sebalikny...