Skip to main content

200 Mangsa Desak SSM Siasat Skim Pelaburan. "Mana penguatkuasaan SSM"

KUALA LUMPUR – (MHO) (MCCC) (PAKIN) menggesa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertindak selepas hampir 500 mangsa menjadi ‘korban’ skim pelaburan.

Setiausaha Agungn MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, suruhanjaya berkenaan harus bertanggungjawab kerana skim tersebut diperuntuk di bawah bidang kuasa SSM.

“Saya gesa SSM bertanggungjawab kerana untuk mengeluarkan sebarang skim pelaburan, ia perlu didaftarkan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778) dan pihak yang perlu mengambil pendaftaran adalah SSM,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jelasnya, MHO turut menggesa agar SSM membuat kenyataan mengenai Seksyen 4 (2) agar orang ramai mendapat pencerahan bahawa saham khas boleh tebus itu di bawah penguatkuasaan mereka, sekali gus menunjukkan SSM mempunyai peranan membendung isu terbabit.
Datuk Hishamuddin Hashim

Menurut Hishamuddin, ramai mangsa mula mengadu tidak menerima bayaran dividen yang dijanjikan syarikat pelaburan sehingga ada syarikat menipu kononnya pulangan dividen boleh mencecah enam peratus sebulan.

“Ada syarikat juga yang telah menebus semula saham kepentingan boleh tebus itu dengan menjanjikan bahawa wang pokok atau modal yang dilaburkan oleh para pelanggan akan dipulangkan semula kepada mereka, namun akhirnya syarikat itu hilang tanpa boleh dijejaki,” ujarnya.Ratusan mangsa penipuan skim pelaburan yang hadir untuk menyerah penyataan tambahan mengenai aduan mereka di SSM Kuala Lumpur.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan turut mendedahkan taktik syarikat tersebut menipu orang ramai.

Katanya, syarikat berkenaan akan menerbitkan saham kepentingan boleh tebus islamik (RPS-i) dan bukan islamik (RPS).

Selain itu, orang ramai juga akan dikaburi dengan perjanjian langganan berkonsepkan produk islamik sukuk, produk islamik murabahah dan langganan saham berkonsepkan wang amanah.

Melalui kaedah itu, mereka akan melantik sebuah syarikat yang akan bertindak sebagai pemegang amanah sebelum menggunakan duit pelaburan yang diterima untuk dilaburkan oleh pemegangnya.

“Namun semua tawaran ini tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang mengawal selia syarikat pelaburan di negara ini.

“Kita ada Akta Skim Kepentingan 2016, Akta Syarikat 2016, Capital Markets and Services Act 2007, Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 dan banyak lagi. Tiada kelompongan undang-undang cuma penguatkuasaan dari pendaftar sahaja yang kurang,” ujarnya.

Dalam pada itu, kebanyakan mangsa yang ditemui MalaysiaGazette berkongsi mereka kerugian antara RM20,000 hingga RM150,000 selepas melabur dalam sebuah syarikat yang diperkenalkan rakannya.

Mereka meluahkan rasa kesal selepas terpedaya dengan syarikat pelaburan berkonsep tebus Islamik yang menawarkan keuntungan empat peratus sebulan, akhirnya syarikat itu gagal dihubungi selepas modal diserahkan.

Antara yang menjadi mangsa adalah dalam kalangan warga emas yang ingin menambah pendapatan bulan selepas mendapat wang persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa pekerja sektor gig.

Sehubungan itu, MHO dan MCCC berharap SSM tampil bertindak kerana sebarang kelewatan hanya membawa lebih ramai mangsa yang tertipu memandangkan iklan haram tersebut masih berleluasa terutama di media sosial. – MalaysiaGazette

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...