Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Rumah Tangga

Isteri di rumah telan roti ‘expired’, suami sedap berbuka bufet dengan kawan... Minta belikan martabak pun tak dapat!

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya lebih mementingkan masa bersama rakan-rakan berbanding dia yang setia menunggu di rumah. Dalam satu perkongsian di media sosial, wanita itu mengadu tentang bagaimana dia hanya mampu berbuka dengan roti yang sudah luput tarikh kerana tidak sampai hati membuangnya. "Saya minta belikan martabak sebab sudah lama teringin. Dari hari pertama puasa sampai sekarang tak nampak 'bayang'. "Penat nak meminta, rasa macam pengemis dah. Harini dia tak balik. Berbuka bufet dengan kawan-kawan," luahnya. Lebih menyedihkan, wanita itu turut berkongsi tentang perubahan sikap suaminya selepas mereka mendirikan rumah tangga. Menurut pengadu, ia mula kelihatan selepas pasangannya ini meminta dia berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. "Sudah tujuh tahun berkawan, kami akhirnya fikir untuk kahwin. Lepas kahwin dia okey dan minta saya berhenti kerja duduk rumah. Rasa nak memberontak sebab sudah terbiasa pegang du...

Syamsul, Ira – Antara Cinta, Pembalasan Dan Air Mata

KIFARAH! Itu antara ayat yang ditujukan kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof apabila perkahwinan dengan isteri baharunya, Ira Kazar yang hanya mampu bertahan dalam tempoh kurang dua tahun tahun. Ibarat sampah cacian susulan kehancuran perkahwinan pertamanya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana hancur musnah pada Jun 2023 belum terlupus, perceraian talak satu dengan Ira atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, pada 5 September lalu pula mencetuskan tepuk sorak. Kekalahan Ira-Syamsul seakan-akan kemenangan semula Sarah di mata ramai. Sejak kes dikemukakan ke mahkamah, segala macam komen pedas dalam media sosial portal berita sebaik khabar perceraian mereka dimuat naik, sama seperti pengumuman pernikahan pasangan terbabit di Selatan Thailand dihebahkan 6 Januari 2023. Namun ketika ditemui media di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Khamis lalu, bapa kepada dua cahaya mata itu juga mengambil pendekatan mengunci mulut sama seperti sewaktu mendepani momen perceraia...

Suami Parah Ditetak isteri Guna Pisau Pemotong Daging

KOTA BHARU: Seorang wanita ditahan reman selama enam hari selepas dipercayai menetak lengan kanan suaminya pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa di sini petang kelmarin. Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 4 Jun depan terhadap wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan kes mendatangkan cedera parah dengan senjata. Menurutnya, berdasarkan keterangan bapa mangsa, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging. “Bertindak atas laporan yang diterima, suspek ditangkap di rumahnya di Pengkalan Chepa di sini kira-kira 3 petang semalam. “Ujian saringan air kencing mendapatu, suspek negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd. Rosdi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Video: Inilah Akibat Suami Isteri Bercerai, Anak Dah Tak Kenal Wajah Ibu.. 😭😭😭

Setiap orang berhak hidup bahagia, baik sendiri mahupun bersama pasangan. Jika secara fizikal dan mental tidak lagi kuat untuk mempertahankan keutuhan rumah tangga, bercerai bisa menjadi salah satu jalan yang ditempuh. Sekiranya terjadi pencera1an, anak juga menjadi individu yang turut sama terkesan apatah lagi jika mereka masih lagi kecil dan cuba untuk memahami situasi yang berlaku. Malah, hubungan kedua-dua pihak boleh menjadi renggang apabila tiada sikap saling kerjasama atau tolak ansur terutama soal hak penjagaan anak yang menjadi tanggungjawab utama. Terbaru, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan seorang wanita menangis sambil memeluk anak lelakinya apabila bekas suami dipercayai seolah-olah mahu ‘menghalang’ pertemuan anak beranak tersebut. “Ni mama sayang…” Menerusi posting berkenaan, wanita terbabit @Chetah_Shita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa bekas suami sukar untuk memberikan kerjasama sehingga anak-anak sudah tidak mengenali dirinya. “Nak jumpa anak-ana...

Sedihnya Hati Seorang Isteri Apabila Suaminya Malas Menunaikan Solat

Solat adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya. Apabila meninggalkan solat, ia umpama seseorang itu tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna. Terdapat tidak kurang 100 ayat dalam Al-Quran membicarakan mengenai solat. Setiap Muslim wajib menunaikan perintah Allah itu tanpa melengahkannya. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa’, ayat 103 : “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman dan ditentukan waktunya.” Apabila suami yang menjadi ketua keluarga liat untuk melakukan solat, sebagai isteri anda layak menegurnya kerana dia adalah tunjang kepada keluarga dan perlu berikan contoh terbaik pada anak-anak. Untuk menegur suami kita hendaklah dengan cara berhikmah. Seorang suami amat tidak suka kalau isterinya menegur secara terus. Ini akan mencabar statusnya sebagai seorang suami. Apa yang perl...

Suami, Jangan Tegur Isteri Depan Anak-Anak

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak. Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk! Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita. Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak. Promotelah Isteri Depan Anak-anak Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri...

Bersongkok Depan Laptop, Isteri Ingat Suami Nikah Lagi

JOHOR BAHRU - Seorang pengguna Facebook berkongsi situasi lucu apabila dia 'ditangkap' oleh isterinya kerana beranggapan sedang melakukan akad nikah di hadapan komputer riba. Mohd Fadhzili Hassan yang memakai jubah dan bersongkok sedang bersila di atas katil sebenarnya merakam dirinya membuat Tik Tok lagu nasyid. Melalui gambar yang dimuat naik Mohd Fadhzili tulis menulis status, “Tengah seronok buat Tik Tok lagu nasyid tiba-tiba isteri aku datang jerit, cakap aku nak nikah online. “Habis semua dalam laptop tu dia selongkar sebab tak percaya,” katanya. Mohd Fadhzili ketika dihubungi Sinar Harian berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) benar-benar memberikan pengalaman pahit dan manis buat dirinya. Katanya, ketika kejadian itu dia buntu kerana belum membaca maklumat mengenai nikah online yang kini diperkatakan di seluruh negara. "Selepas kejadian tersebut barulah saya tahu mengenai nikah online. “Lepas ni saya dah tak nak main Tik Tok lagi,” katanya. -  S...

Wanita Kongsi Wajahnya Berubah Jadi Tua Ketika Hamil Anak Ketiga

WAJAH menjadi muda kembali selepas bersalin anak ketiga. Siapa sangka wajah wanita ini tular dalam media sosial gara-gara perubahan hormon ketika hamil anak ketiga atau orang tua dulu-dulu kata ‘pembawakan budak’ sehingga mengejutkan ramai orang. Perkongsian Nor Sahira yang berdebar berdepan situasi itu turut menceritakan detik dan gambar sepanjang perubahan wajahnya sebelum dan selepas bersalin. “Muka saya berubah teruk masa mengandung tiga bulan anak ketiga . Muka saya sikit-sikit naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam. “Awak semua terkejut. Saya berlipat kali ganda terkejut. Tak pernah pembawakan budak seteruk ni. Masa mengandung, hari-hari stress nak berdepan dengan org ramai,” kongsinya yang mampu mampu senyum namun hatinya hancur lebur. Alhamdulillah tutur anak jati Kota Tinggi, Johor yang berusia 27 tahun itu, bengkak pada muda dan hidung mulai surut selepas selamat melahirkan cahaya mata. “Bengkak mula surut, hidung besar mula elok dan kulit makin cerah. Jangan ta...

Ibu Mana Yang Tak Sakit Hati Bila Anak Sendiri Dilabel Entah Anak Siapa

Perkongsian seorang wanita yang menggunakan akaun Twitter @MissErinKayy yang diceraikan suaminya ketika mengandung tiga bulan, malah turut didera secara mental. Dulu masa aku nak bersalin, bekas suami aku doakan aku mati ketika bersalin dan tak mengaku anak yang aku kandungkan tu anak dia. Dia sikit pun tak ambil tahu pasal kandungan. Allah Maha Adil. Allah keluarkan anak lelaki aku muka sama macam dia. Sekarang dia menggelabah nak jumpa. Menggelabah nak anak aku ber bin kan dia sedangkan sikit pun tak ambik tahu, sikit pun tak tanya khabar. Aku dah lama tahan sabar tahan amarah tapi bila dapat tahu kau doakan aku mati masa bersalinkan anak kau, kau THIAL. Cukup dah aku kasi muka dekat manusia tak kenang budi macam kau. Aku bersuara kali ni sebab sebelum ni aku tak kisah dah kau nak ceraikan aku talak 3 sekali pun, tapi bila kau kata aku mengandung entah anak siapa, kenapa sekarang kau yang menggelabah nak mengaku ni anak kau? Anak aku tak salah lahir ke dunia, salah d...

Hargailah Suami Kita, Penat Lelahnya Tiada Siapa Yang Tahu

Hargailah jasa dan pengorbanan suami kita, Mereka bekerja bukan kenal erti penat atau lelah, Demi tanggungjawab terhadap isteri, anak-anak dan keluarga. Suami penat bekerja bukan sahaja memberi tekanan emosi kepada diri suami tetapi kepada isteri juga. Ia boleh mendatangkan kesan yang positif sekiranya isteri pandai memainkan peranan dalam rumah tangga. Sebenarnya zaman ini, semua tugas dalam rumah bukan terletak di bahu isteri sahaja, ia memerlukan kerjasama agar kehidupan kita berjalan dengan lancar. Apa yang penting, ketulusan dan kejujuran pasangan dalam saling memberi dan menerima. Aku agar beruntung dan sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat baik, penyayang, rajin membantu aku melakukan kerja di rumah dan sangat memahami aku.  Kiranya suami aku ni suami idaman semua wanita zaman ini tau.. dia pandai memasak, rajin mengemas rumah, pandai menguruskan anak-anak, tahu membeli ikan dan sayur di pasar.  Bahkan dia juga tahu menilai pena...

Doa Untuk Elak Suami Isteri Bergaduh

Pergaduhan suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun kadang-kadang berlaku juga perselisihan.  Seribu satu kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam keluarga.  Kadang-kadang ia berpunca dari suami, dan kadang-kadang ia berpunca dari isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua suami dan isteri. Namun baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa kes yang membawa maut. Kisah suami tikam isteri kerana kejutkan untuk solat.  Kisah ayah tikam anak bila anak menegur bapanya yang balik dalam keadaan mabuk. Lagi kes baru anak pukul ayah kerana kejutkan bangun untuk solat subuh dan ibu yang cuba menyeleraikan nyaris maut selepas ditolak oleh anaknya. Jadi ikhtiar terbaik hanya memohon kepada Allah SWT supaya rumahtangga aman damai. Perselisihan faham yang baru bermula. Cepat-cepat re...

Doa Untuk Mengeratkan Hubungan Suami Isteri 🤲🤲

SENARAI DOA-DOA YANG PERLU DIBACA 1. Doa Menutup Dan Membuka Pintu Hati (Surah Al Maidah: Ayat 15,16) AYAT 15 Ya ahla alkitabi qad jaakumrasooluna yubayyinu lakum katheeran mimma kuntumtukhfoona mina alkitabi wayaAAfoo AAan katheerin qad jaakummina Allahi noorun wakitabun mubeen Maksudnya: Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. AYAT 16 Yahdee bihi Allahu mani ittabaAAa ridwanahusubula assalami wayukhrijuhum mina aththulumatiila annoori bi-ithnihi wayahdeehim ilasiratin mustaqeem Maksudnya: Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejah...

Suami Ego, Paling Liat Nak Minta Maaf Boleh Baca Ini

Setiap orang tentu tak akan pernah terlepas dari kesalahan, termasuk isteri. Jika sudah terlanjur berbuat salah dan membuat isteri marah, sampaikan permintaan maaf yang tulus. Suami lebih mudah menerima permohonan maaf dari isteri. Sebaliknya, jika suami tidak mengucapkan maaf yang tulus maka isteri tidak mudah memaafkan. Setelah minta maaf, jangan lupa untuk belajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama ya. Ini rangkum kata-kata ucapan maaf untuk isteri yang penuh makna dan tulus untuk. 1. Sampaikan rasa rindu pada isteri “Saya tahu saya sudah menyakitkan hati awak dengan sikap saya ini. Maafkan saya, ya. saya benar-benar rindukan senyum tawa awak. Tolong maafkan saya dan saya ingin menghabiskan waktu bersama awak.” Ketika bertengkar, biasanya suasana rumah menjadi sunyi sepi kerana isteri enggan bercakap pada suami. waktu itu tentu akan membuat suami merindukan sehari-hari bersama isteri. 2. Ungkapkan penyesalan yang mendalam “Saya benar-benar menyesal k...

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri Dan Keluarga

Untuk menjamin keharmonian rumah tangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab suami dan isteri. Suami sebagai ketua keluarga khususnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan anak-anaknya. Antara tanggungjawab suami yang wajib adalah: Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal. Memberi nafkah batin termasuklah menggauli isteri dengan baik. Menyara anak-anak Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan Melindungi maruah keluarga dan harta benda Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan Allah Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga. Suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak dan orang lain. Mempunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa. Sumber:...

Alhamdulillah, Hidup Lebih Bahagia

Artikel ini akan menerangkan perkara yang berkaitan nafkah kepada isteri yang bekerja. Apakah hukum suami tidak memberi nafkah kepada isteri yang bekerja? Apakah jenis nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri? Artikel ini dirujuk melalui tulisan Ustaz Muhammad Fathi Yusof mengenai bab nafkah dalam buku fiqah berkahwinan. Semoga dapat menjadi rujukan anda dalam hal berkaitan permasalahan ini. Soalan 1 Ustaz, saya dan isteri sudah sembilan tahun hidup bersama. Alhamdulillah, hidup kami bahagia. Isteri saya bekerja sejak berkahwin lagi. Kami mengagihkan tanggungan rumah tangga seperti ansuran rumah, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, belanja bil-bil dan lain-lain antara kami berdua. Manakala perbelanjaan keperluan diri seperti pakaian, bil telefon dan lain-lain ditanggung masing-masing. Pendapatan isteri saya setakat ini melebihi perbelanjaan-perbelanjaan ini dan dia masih mampu menyimpan setiap bulan pada jumlah yang agak banyak. Ad...

Suami Seronok Like Gambar Wanita Lain

Kebiasaannya, hubungan rumah tangga hanya hangat di peringkat awal. Namun bila lama kelamaan, ada segelintir suami yang mulai bosan melihat isterinya setiap hari. Ditambah pula dengan ahli group WhatsApp yang entah apa-apa, sering menghantar gambar wanita cantik/seksi membuatkan si suami merasakan isterinya semakin banyak kekurangan. Nampak remeh, tetapi perkara-perkara kecil sebegini boleh meruntuhkan rumah tangga jika si suami tidak pandai mengawal dan termakan 'hasutan-hasutan' kecil ini yang akhirnya menyebabkan berlakunya perpisahan.  Jadi, mahukan anda terus melukai hati pasangan anda? Berubah sementara masa ada masa. Semoga perkongsian dari Akhtar Syamir ini bermanfaat. "ISK!! Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ini," kata si suami dalam hatinya. Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita cantik berserta caption 'Selamat pagi abang-abang dalam group nie'. Cair si suami meliha...

Elak Pasangan Beralih Arah Dan Mencari Cinta Yang Lain

Adakah anda merasakan yang pasangan semakin menjauh? Mari ketahui cara bagaimana untuk mengekalkan rumah tangga yang bahagia serta rasa sayang. Antara perkara yang paling ditakuti oleh pasangan yang sudah pun berkahwin adalah apabila cinta pasangan mula pudar dan beralih arah.  Amat penting untuk kita mengetahui cara rumah tangga bahagia agar pernikahan yang terbina kekal hingga akhir hayat. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan pasangan kita mencari cinta lain dan pergi dari perkahwinan kita?  Cara rumah tangga bahagia – Tip dan panduan untuk ibu ayah. Kami ada beberapa saranan yang boleh anda amalkan. Moga-moga, percintaan dalam rumah tangga anda sentiasa mekar dan utuh. 1. Letakkan pasangan sebagai nombor SATU Adalah amat penting untuk kita sentiasa meletakkan pasangan kita sebagai nombor satu, berbanding orang lain. Selepas ada anak, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang hal ini.  Keperluan fizikal dan emosi suami atau isteri seri...

Sebab Awak Asyik Sibuk Dengan Anak

Sedia atau tidak, bila anda sebagai seorang lelaki berkahwin, anda pasti akan dikurniakan zuriat...apa yang perlu anda tahu bila dah dapat zuriat? Anak yang baru lahir tidak mampu menguruskan dirinya sendiri... anak yang baru lahir tidak mampu untuk makan dengan sendirinya... anak yang baru lahir perlukan bantuan orang lain untuk buat sesuatu bagi pihak dirinya... Dari dia kecil, sehinggalah dia dapat menguruskan diri sendiri dgn sebaiknya...mgkin ketika 4 tahun, mgkin 5 tahun...dan sepanjang tempoh tersebut, anda perlu menyibukkan diri utk bersama isteri menguruskan dan membesarkan anak anda... Anak adalah tanggungjawab bersama... Jika ketika ini pun anda masih nak disuap makan oleh isteri, jika ketika ini pun anda masih nak tangan anda dibasuh isteri, jika ketika ini pun tuntutan anda sebagai suami masih sama ketika seperti tiada anak, maka anda hanya tahu utk buat anak... Alasan isteri sibuk dgn anak sehingga anda ada masa untuk cari lain, ada orang lain dan berlaku cura...

Mertua Inginkan Menantu Perempuan Yang Bekerjaya.

Sememangnya ramai orang tua yang inginkan anak-anak mereka mempunyai suami mempunyai pekerjaan yang tetap. Ini untuk menjamin kehidupan mereka di masa hadapan. Tetapi harta dan pangkat tidak menjamin kebahagiaan seseorang itu. Mertua inginkan menantu perempuan yang bekerjaya. Mungkin risau anak lelakinya yang terpaksa menanggung segala perbelanjaan rumahtangga. Bila menantu perempuan tak kerja, jangan kata menantu itu menyusahkan anak sendiri, menghabiskan duit anak sendiri iaitu suami dia. Mertua perlu tahu yang dah menjadi tugas suami untuk menyara keluarga, menanggung isteri dan anak-anaknya. jangan disebabkan dulu kamu seorang wanita bekerjaya, kamu nak menantu kamu pun jadi sama macam kamu dulu.

Buat Suami Kat Luar Sana, Bila Dah Jadi Suami, Jagalah Hati Isteri

Kalau nak tahu kecantikan isteri bukan utk dibandingkan sebab banyak perkara yang dia dah buat dan lalui dalam menjadi seorang isteri yang terbaik untuk diri kita. Buat suami kat luar sana, bila dah jadi suami maka tundukkanlah pandangan. Setiap hari, keluar saja dari pagar rumah, mesti akan berjumpa dengan perempuan yang lebih cantik daripada isteri sendiri. Singgah beli nasi lemak, “ish, comeynya orang yang jual nasi lemak ini…” Sampai opis, “cantik sungguh staf yang baru masuk itu…” Keluar rehat, “manis sungguh cik adik yang ambik order ini…” Balik rumah, tengok isteri sendiri, “emm, biasa saja, tak macam perempuan yang tengok siang tadi…” Isteri kita dulu pun cantik tuan-tuan, time mak ayah dia jaga…sekarang dia dah “tak cantik” sebab awak yang jaga…awak yang buat dia jadi tak cantik, dah itu awk nak compare dia dengn perempuan lain. Tengok orang perempuan , jangan tengok lama-lama sampai hati berdetik, jiwa bergalora, bergetar…tengok sekilas pandang dah...