Powered by Blogger.

Sunday, February 16, 2020

Mertua Inginkan Menantu Perempuan Yang Bekerjaya.

Sememangnya ramai orang tua yang inginkan anak-anak mereka mempunyai suami mempunyai pekerjaan yang tetap. Ini untuk menjamin kehidupan mereka di masa hadapan.

Tetapi harta dan pangkat tidak menjamin kebahagiaan seseorang itu.

Mertua inginkan menantu perempuan yang bekerjaya.

Mungkin risau anak lelakinya yang terpaksa menanggung segala perbelanjaan rumahtangga.

Bila menantu perempuan tak kerja, jangan kata menantu itu menyusahkan anak sendiri, menghabiskan duit anak sendiri iaitu suami dia.

Mertua perlu tahu yang dah menjadi tugas suami untuk menyara keluarga, menanggung isteri dan anak-anaknya.

jangan disebabkan dulu kamu seorang wanita bekerjaya, kamu nak menantu kamu pun jadi sama macam kamu dulu.