Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2026

Penduduk Kampung Gempar Seekor Gajah Muncul

KUALA NERUS: Penduduk Kampung Pengkalan Gelugor, Jeram Manir, dekat sini gempar apabila seekor gajah muncul dan 'meronda' di kawasan kampung itu untuk mencari makan sejak petang semalam. Muhammad Afwan Ibrahim, 27, berkata dia sekeluarga melalui detik cemas apabila gajah berkenaan dikesan sedang makan tebu di sebelah rumahnya. Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu turut menggemparkan penduduk apabila gajah berkenaan dikesan berkeliaran berhampiran kediaman penduduk sebelum bergerak ke kawasan lain. "Saya dapat panggilan mengenai gajah itu daripada ibu ketika hendak keluar, jadi saya terus berpatah balik ke rumah kerana risaukan keselamatan keluarga. Ketika sampai di pekarangan rumah, gajah itu masih berada berhampiran rumah sebelum bergerak ke bahagian dapur dan memakan tebu yang kami tanam," katanya. Beliau berkata, keadaan ketika itu agak cemas kerana terdapat bayi berusia tiga bulan iaitu anak saudaranya di dalam rumah. "Memang takut sebab ada ...

Video Cuba Halang Kereta, Wanita M4ut Dihempap Tiang Besi

KAJANG, SELANGOR. Seorang wanita m4ut selepas dihempap tiang besi yang tumbang selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di sebuah medan selera, Bandar Mahkota Cheras di sini, awal pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi pada Sabtu dan melibatkan sebuah kereta serta seorang pejalan kaki. Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta, seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu masuk ke ruang makan medan selera sebelum berpusing semula menghala keluar. “Dalam masa sama, mangsa, seorang wanita berusia 47 tahun, dipercayai berlari ke arah kenderaan berkenaan untuk menghalang atau menghentikannya. “Bagaimanapun, kereta tersebut melanggar sebatang tiang besi menyebabkan tiang berkenaan terbalik dan terkena kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Naazron berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan p4rah d...

๐Ÿ˜‚ Ribuan Peminat Ronaldo Tersalah Datang Majlis Perkahwinan Di Madeira!

Lebih 2,000 orang dilaporkan berkumpul di hadapan sebuah katedral di Madeira, Portugal, selepas menyangka Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodrรญguez bakal melangsungkan perkahwinan di situ. ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡น๐Ÿ’ Namun, mereka sebenarnya tersalah lokasi! ๐Ÿ˜… Majlis tersebut merupakan perkahwinan pasangan biasa, Fรกbio Ramos dan Fatima Nicole Cunha Teixeira. Lebih melucukan, orang ramai turut mengerumuni sebuah kereta Rolls-Royce pengantin wanita kerana menyangka wanita berkenaan ialah Georgina. Pengiring pengantin terpaksa membuka laluan untuk membantu pengantin wanita masuk ke dalam gereja. Keadaan akhirnya terjawab apabila pihak gereja mengesahkan bahawa majlis perkahwinan tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan Ronaldo atau Georgina. ๐Ÿ˜‚

Tular Video CCTV: Jiran Dakwa Anjing Berkeliaran Hingga Ganggu Keselamatan Anak

Tular di media sosial satu rakaman CCTV yang dikongsikan seorang pengguna, mendakwa berlaku masalah berpanjangan dengan jiran berhubung pemeliharaan anjing. Menurut perkongsian tersebut, anjing milik jirannya didakwa kerap membuang najis di kawasan rumah sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan. Pemilik juga mendakwa anjing berkenaan jarang dibawa berjalan. Dalam kejadian yang dirakam CCTV, individu terbabit mendakwa ketika mahu keluar dari rumah, anjing jiran tersebut menyalak berhampiran pembahagi rumah dan kepalanya dipercayai terjulur ke kawasan rumahnya. Keadaan itu didakwa menyebabkan anak-anaknya berasa takut untuk bermain di luar rumah. Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan sesetengah pihak berpendapat pemilik haiwan perlu memastikan anjing sentiasa dikawal dan tidak mengganggu jiran, manakala isu kejiranan sebaiknya diselesaikan secara baik. - Kredit: Khairom Nizam