Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Samseng

Saya Hanya Mampu Melihat 3 Anak Ditetak.

BALING: Seorang bapa berdepan detik cemas apabila diacu parang sebelum sekumpulan 20 lelaki bertindak menetak tiga anak lelakinya yang sedang tidur dalam kejadian di Kampung Kuala Temekah dekat Kuala Ketil, Kedah awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1.40 pagi, kumpulan lelaki bersenjata parang itu datang ke rumah mangsa bertindak memecah cermin tingkap rumah serta merosakkan kereta dan motosikal milik mangsa. Menurut mangsa, R. Mogan, 54, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan terkejut apabila mendapati lebih 20 lelaki bersenjata parang sedang mengepung rumahnya. Katanya, kumpulan penyerang yang datang dengan menunggang 10 buah motosikal dan sebuah kereta itu kemudian bertindak merosakkan kereta dan motosikal serta memecah cermin tingkap dan pintu depan rumahnya. Kumpulan itu kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah dan mengacu parang ke arah dia dan isteri. Penyerang itu kemudian menyerbu masuk ke dalam bilik dan menetak tiga anak lelakiny...

40 Ahli Kongsi Gelap Kepung Inspektor Ketika Sedang Makan Bersama Keluarga

KLANG - Pegawai kanan polis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan keluarganya dikepung serta diugut hampir 40 lelaki dipercayai ahli kongsi gelap ketika sedang makan dalam satu pesta di Kompleks Sukan Pandamaran di sini petang semalam. Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, pegawai berpangkat inspektor itu makan di sebuah gerai menjual roti john bersama isteri, anak berusia 2 tahun, ibu mentua dan anak saudara sebelum didatangi lebih 10 lelaki terlibat. Difahamkan, kumpulan kongsi gelap, Geng Yie Tiger mengepung dan mengugut mangsa menggunakan senjata tajam seperti pisau lipat, kerambit kecil serta besi buku lima. Menurut sumber, inspektor berkenaan yang ketika itu sedang memangku anaknya terpaksa berundur kerana bimbang dengan ancaman tersebut. "Sambil mengepung mangsa, ahli kongsi gelap itu turut mengugut mangsa 'Kau nak mati ke, aku bunuh kau sampai mati wei, aku tembak kau bagi mati baru kau tahu bangsat. Aku tak hairan dengan kau, aku ada link polis Klang Selatan, IPK Sela...

Wartawan Juga Dikasari Oleh Pemimpin Dan Penyokong Umno

Kumpulan prokebebasan akhbar, Gerakan Media Merdeka (Geramm) menyelar kekasaran yang dilakukan oleh pemimpin dan penyokong Umno terhadap dua pelatih Malaysiakini petang semalam ketika program sembang santai bersama Najib Razak di Restoran Amjal, Petaling Jaya. Menurut Geramm, serangan lisan dan fizikal terhadap wartawan bertugas adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. “Lebih membimbangkan, kejadian itu melibatkan ahli politik lelaki terhadap wartawan perempuan, yang meminta ruang peribadinya dihormati, tetapi terus dihambur dengan makian,” kata Geramm dalam satu kenyataan. Semalam, dua wartawan pelatih Malaysiakini berkata mereka diganggu pemimpin dan penyokong Umno ketika membuat liputan acara bekas perdana menteri Najib Razak di ibu negara hari ini. Mariam Nizar dan Ramieza Wahid berkata mereka dilontarkan carutan dan kata-kata kesat seperti bodoh dan penipu. Mariam berkata, dia turut diganggu Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Mutalif Abdul Rahim dan Anggota Majlis Tertinggi Umno...

Ugut Pengurus Projek Nak Angpau Raya RM4000, Dua Samseng Ditahan

Dua lelaki yang aktif melakukan kegiatan peras ugut sejak empat tahun lalu ditahan polis di sebuah restoran di Jalan Danby, di sini semalam. Kegiatan dua suspek berusia 49 dan 63 tahun yang digelar Ono dan Osin itu terbongkar setelah seorang pengurus projek di sebuah tapak pembinaan di Aston Park di sini membuat laporan polis selepas diugut suspek pada Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kedua-dua suspek itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang semalam. "Suspek yang digelar Ono, 49, telah meminta mangsa yang berusia 35 tahun menyediakan wang perlindungan bernilai RM4,000 sebagai angpau Tahun Baharu Cina. "Ono juga telah mengugut mangsa sambil berkata 'saya tahu apa mahu buat' sekiranya mangsa gagal memberikannya angpau tersebut," katanya, di sini hari ini. Menurut Nik Ros Azhan lagi, selepas mengugut mangsa Ono bertindak mengugut semua pekerja di tapak pembinaan itu agar tidak masuk bekerj...

"Mahkamah Bukan Kedai Kopi" Hakim Tegur - Jamal

Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Mohd Yunos hari ini ditegur oleh Hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur supaya tidak menjadikan mahkamah sebagai kedai kopi. Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Umno itu dikatakan menjawap ketika ditanya semasa pemeriksaan balas oleh peguamnya, Mohamed Nasir Yusof. Menurut Jamal, dia telah melakukan pencarian dengan Pendaftar Pertubuhan dan Pendaftar Syarikat (istilah tepat adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia) mengenai status BERSIH 2.0 dan tidak menemui sebarang maklumat. Tindakan jawapan Jamal yang bersahaja membuatkan Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berkata kepada Jamal. "Mahkamah ini bukan seperti kedai kopi sendiri. "Mana keputusan carian kamu? Ini bukti dalam mahkamah atau luar mahkamah? Ingat, ini adalah mahkamah dan bukan kedai kopi." Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu tergaman dan dalam jawapan kepada peguamnya berkata maklumat itu berdasarkan ingatannya, susulan ditegur Hakim. Datuk Seri Jamal Mohd Yunos...

Pengerusi Mywatch 'Diintip' Dua Polis Mengaku Dari Bukit Aman.

SEREMBAN: "Pengalaman ditembak lima tahun lalu menakutkan dan saya tidak mahu kejadian sama berulang," kata aktivis jenayah, Datuk R Sri Sanjeevan. Beliau mendakwa diekori dua lelaki yang disyaki cuba menculiknya di rumah di Kajang Country Heights, Selangor, kelmarin. Menurutnya, kejadian berlaku jam 12.20 tengah hari ketika kereta Toyota Wish dinaiki dua lelaki berlegar-legar di hadapan rumahnya dalam keadaan mencurigakan. Katanya, dia mendekati kenderaan itu lalu seorang daripada lelaki terbabit memaklumkan sedang menunggu rakan. "Saya mengesyaki sesuatu sebelum memanggil pengawal keselamatan. Sebaik diperiksa, mereka mendakwa anggota polis dari Bukit Aman," katanya. Sanjeevan berkata, jika dua individu itu polis kenapa mereka tidak memperkenalkan diri lebih awal dengan menunjukkan kad kuasa apatah lagi nombor kenderaan dinaiki berbeza di hadapan dan belakang. "Kami hubungi Balai Polis Kajang sebelum sepasukan anggota tiba dan menahan d...

Video Susulan Pemandu Vellfire Yang Membuli Pemandu Lain.

Susulan tular video seorang pemandu Vellfire yang menjadi pembuli jalanan menghimpit serta menghalang pemandu lain daripada melepasi kenderaannya, satu video telah di muat naik lagi di media sosial pergaduhan antara pemandu ketiga-tiga kenderaan terbabit. Video tersebut yang berdurasi selama satu minit enam saat memaparkan pergaduhan mulut antara mereka di tepi bahu jalan mengenali kejadian yang berlaku antara mereka. Menerusi video tersebut dapat didengar bahawa pemandu yang cuba menghimpit kereta mangsa buli tersebut mengenalkan dirinya sebagai salah seorang penjawat awam dari Kementerian Dalam Negeri malah beliau turut menyalahkan mangsa yang terlebih dahulu mencetuskan perbalahan tersebut. Namun walaupun pemandu tersebut mengenalkan dirinya sebagai KDN, mangsa ternyata tidak gentar dengan pemandu berkenaan kerana dia tetap dengan pendiriannya yang mengatakan bahawa beliau tetap bersalah. Walaupun pegawai berkenaan turut mengatakan bahawa dia sudah pun mengambil buktir me...

Video: Pemandu Vellfire Samseng Jalanan.

Hari lebaran ini dicemari lagi dengan satu lagi video yang tular di media sosial mengenai seorang pemandu kereta yang bertindak seperti samseng jalanan yang membuli pengguna jalan raya yang lain. Video yang berdurasi satu minit 20 saat tersebut telah dirakamkan oleh isteri pemandu kereta yang mendakwa dirinya telah dianiayai oleh pemandu kereta jenis Vellfire tersebut yang tidak memberikan laluan kepadanya untuk memotong kenderaannya. Malah menerusi video tersebut dapat di lihat terdapat dua kenderaan yang masing-masing cuba menghimpit kereta pemandu berkenaan daripada memotong kenderaan mereka yang dianggap boleh membahayakan nyawa mereka sekeluarga. Individu yang di buli tersebut cuba untuk memberikan amaran kepada pemandu Vellfire berkenaan supaya memberikannya laluan jika tidak beliau akan menviralkan perbuatannya itu. Namun pemandu Vellfire itu langsung tidak mengendahkan amaran pemandu berkenaan malah telah mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya dan turut memberitahu b...

Diugut Bunuh Gara-Gara Tinggalkan Kumpulan Whatsapp.

Aplikasi Whatsapp sering sahaja menjadi salah satu media sosial yang selalu digunakan secara meluas di dunia. dengan adanya aplikasi ini, ia dapat memudahkan urusan seharian di mana kita tidak perlu menghabiskan duit dengan menelefon. Menerusi aplikasi ini, banyak kumpulan telah ditubuhkan seperti kumpulan untuk keluarga dan lain-lain lagi. Ini kerana, dengan adanya kumpulan di aplikasi ini, ia dapat memudahkan kita untuk berinteraksi sesama sendiri dan dapat mengeratkan hubungan yang sedia ada. Namun, tidak bagi cerita di bawah di mana seorang individu dikatakan telah meninggalkan kumpulan yang disertainya di laman sosial ini tetapi apa yang mengejutkan adalah sebaik sahaja dia bertindak sedemikian, dia telah menerima satu mesej di mana dia telah dikecam di samping turut diugut dengan kes bunuh. Melalui perbualan terbabit, individu itu dikatakan telah meninggalkan satu kumpulan di laman aplikasi Whatsapp. Namun, seseorang yang tidak dikenalinya memarahi individu te...

Pegawai Polis Diserang Di Depan Rumah

KLANG: Seorang pegawai dan jiran diserang sekumpulan lelaki ketika keluar rumah memeriksa satu kemalangan yang berlaku di hadapan rumahnya di aman Sri Andalas di sini malam tadi. Menurut laporan Berita Harian Online, pegawai polis itu terpaksa melepaskan tembakan amaran apabila sekumpulan lelaki menyerangnya serta beberapa jiran. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, beberapa jiran keluar dari rumah masing-masing selepas terdengar bunyi pelanggaran berdekatan taman rekreasi kawasan perumahan itu. "Selepas dengar bunyi yang kuat, jiran-jiran keluar termasuk seorang pegawai polis dan mendapati sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki dan wanita melanggar sebuah kereta lain yang diletakkan di tepi jalan. "Saya dimaklumkan oleh jiran bahawa keadaan pada awalnya tenang sahaja tambahan pula pemilik kenderaan yang dilanggar itu tiada di rumah kerana pulang ke kampung," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, hari ini. Beliau berkata, keadaan me...

Lelaki Parah Dibelasah Sekumpulan Remaja.

BUTTERWORTH - Seorang lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan remaja lelaki bersenjatakan batang kayu dan besi di sebuah restoran di Raja Uda, di sini Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian 1.45 pagi itu, mangsa berusia 45 tahun mengalami kecederaan pada kepala dan badan selepas diserang lebih 10 remaja lelaki ketika sedang minum di restoran itu. "Mangsa mendakwa tidak mengenali mereka yang menyerangnya dan selepas dipukul dia sempat menghubungi ibunya memaklumkan kejadian itu sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya," katanya di sini hari ini. Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun di Mak Mandin, kira-kira 12.30 tengah malam tadi dan memburu dua rakannya yang telah dikenal pasti identiti mereka. "Remaja itu mengaku terlibat dalam kejadian itu dan polis sedang kenal pasti tujuh lagi suspek yang turut terlibat dalam pergaduhan itu. D...

Dua Penyangak Menyamar Sebagai Polis Samun Dua Penyamun.

KAJANG - Dua lelaki terima padah kerana menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut dua suspek kes samun kedai aksesori telefon bimbit di Jalan Reko Sentral, Kajang Menurut laporan Harian Metro, penyangak jumpa penyamun. Itu yang boleh disimpulkan mengenai kejadian ugut dan samun di Jalan Citra 3, Kajang utama, Kajang, 16 Oktober lalu. Pada mulanya, wanita yang juga pekerja kedai aksesori telefon bimbit di Jalan Reko Sentral, Kajang disamun dua lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong daging di premis berkenaan pada 7 September lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian itu, dua suspek berusia 20-an melarikan wang tunai berjumlah RM632 dan telefon bimbit. "Wanita itu tularkan gambar suspek yang diambil menerusi CCTV (rakaman kamera litar tertutup) sebelum abang angkatnya iaitu dua lelaki tempatan 'memburu' suspek. "Abang angkat mangsa menyamar sebagai anggota polis sebelum memeras ugut dan meny...

9 Gambar Penungggang Motorsikal Dipukul Samseng Jalanan.

PETALING JAYA - Seorang penunggang motorsikal hampir buta sebelah mata akibat dipukul oleh seorang pemandu kereta yang bertindak seperti samseng jalanan. Bagaimanapun kini pihak polis giat memburu pemandu kereta terbabit selepas satu laporan polis berhubung tindakannya memukul seorang penunggang motorsikal dibuat. Menurut lelaki tersebut yang juga merupakan pekerja perkhidmatan makanan di jalan Tengkat, Bandar Utama, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6.24 petang semalam. Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata mangsa yang berusia 27 tahun cedera di mata selepas dipercayai ditumbuk beberapa kali oleh suspek kerana didakwa menghalang laluannya ketika jalan sesak disebabkan kemalangan. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC melalui jalan berkenaan dan kemudian berhenti akibat jalan sesak disebabkan satu kemalangan. Katanya, sebuah kenderaan pacuan ...

Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis

Polis menahan seorang lelaki yang bertengkar dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas tayar kereta miliknya dikapit dalam kejadian di Taman Segar, Cheras, semalam. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pukul 6.30 petang tadi selepas dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk memberi keterangan. Menurut Chong, dua anggota penguat kuasa DBKL bertindak mengapit tayar sebuah kereta jenis Perodua Myvi kerana melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di luar petak pada 12.46 tengah hari. "Selepas itu, anggota DBKL menerima arahan untuk membuka kapit tayar kereta terbabit memandangkan pemilik kenderaan ingin membayar denda. "Apabila anggota DBKL ke lokasi kejadian, berlaku perselisihan faham antara pemilik kenderaan dengan anggota DBKL dan beberapa individu lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata anggota penguat kuasa DBKL juga telah membuat l...