Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2025

Long Tiger dipenjara 12 tahun, lima sebatan rogol isteri orang baru keguguran

MUAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan terhadap Long Tiger kerana didapati bersalah merogol seorang wanita berstatus isteri orang, kira-kira empat tahun lalu. Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 36, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapinya. Irwan dalam penghakimannya berkata, alasan keputusan itu adalah selepas mahkamah mendapati pembelaan daripada tertuduh lebih kepada bersifat penafian semata-mata. Malah katanya, pembelaan dibuat tertuduh juga tidak dapat menyangkal kes prima facie pihak pendakwaan. “Selepas mendengar hujahan lisan dan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak, mahkamah dalam kes ini memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. “Selain itu, mahkamah mendapati bahawa keterangan daripada isteri tertuduh yang juga saksi pembelaan ke-11 (SP11) leb...

Cikgu Fadilah, ‘Abang Wiring’ mengaku salah cuba berzina didenda RM5,000

MELAKA – “Saya kesal, sudah buat solat sunat taubat dan akan bertanggungjawab terhadap Cikgu Fadilah,” kata Muhammad Hairul Ezuan Hamzah, 31. “Saya mohon mahkamah beri hukuman denda ringan kerana perlu menyara sepenuhnya anak berusia empat tahun dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan ini,” ujar Nur Fadilah Zainal dalam nada teresak-esak. Itu rayuan guru sekolah dan ‘abang wiring’ di Mahkamah Tinggi Syariah, Ayer Keroh, di sini hari ini sebelum masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin. Ia selepas pasangan berusia 31 tahun itu yang terpalit skandal seks sehingga menggemparkan negara mengaku bersalah cuba melakukan zina, 28 Februari lalu. Mengikut pertuduhan, Muhammad Hairul Ezuan dan Nur Fadilah didapati telah melakukan perbuatan percubaan persetubuhan haram dengan yang bukan isteri atau suaminya yang sah di sisi syarak. Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai dalam daerah A...

Harimau belang serang ternakan di Perlop akhirnya masuk perangkap

SUNGAI SIPUT – Kebimbangan penduduk Kampung Perlop 1 berhubung kemunculan harimau belang yang dilaporkan berkeliaran dan menyerang ternakan sejak enam bulan lalu reda apabila haiwan pemangsa itu berjaya ditangkap hari ini. Harimau belang jantan seberat 90 kilogram (kg) itu ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sekitar pukul 4 pagi. Bekas Ketua Kampung Perlop 1, Khairol Ariffin Abdullah Jalil berkata, kemunculan harimau belang itu menimbulkan keresahan kepada penduduk tambahan lagi bagi mereka yang pernah terserempak kelibat haiwan itu. Malah katanya, ada dalam kalangan penduduk juga takut untuk keluar ke ladang kelapa sawit selepas menemui kesan tapak kaki dan terdengar bunyi ngauman. “Kita terima aduan berhubung gangguan haiwan liar ini sejak enam bulan lalu di mana ada laporan mendakwa ia hampir masuk ke kawasan penduduk. “Malah, Lokasi harimau belang ini ditangkap pun tidak jauh, kira-kira 700 meter saja d...

Lelaki warga Bangladesh lakukan amang seksual terhadap remaja di dalam dan luar lif

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di lif sebuah apartmen, minggu lepas. Sohanur Rahman Anik, 23, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa 15 tahun semasa kejadian, bagi tujuan seksual di dalam dan luar lif sebuah unit apartmen di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Sentul di sini pada 10.39 malam, 21 Mei lepas. Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias, tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh merupakan seorang warga Bangladesh dan tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, manakala lelaki itu tidak diwakili peguam. Hakim Mohd Kafli Che Ali tidak membenarkan Sohanur diikat jaminan dan menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan kes. - BERNAMA

Lelaki dipukul ketika main snuker, lima individu dicari Polis

Kuantan: Seorang lelaki berusia 51 tahun cedera selepas dipukul sekumpulan lima lelaki di sebuah kelab di Jalan Gambut, di sini, kelmarin. Insiden itu dipercayai berpunca daripada salah faham ketika bermain snuker sebelum mangsa dipukul menggunakan botol minuman, menyebabkan kecederaan di kepala dan jari kanan. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam. "Siasatan awal dipercayai berpunca daripada salah faham dan tegur menegur ketika bermain snuker yang menyebabkan mangsa dipukul dipercayai menggunakan botol minuman hingga mengalami kecederaan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis kini giat mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini. Wan Mohd Zahari turut meminta kerjasama sekiranya ada individu atau saksi yang melihat atau mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran u...

Polis rampas syabu selepas kejar 3 individu dari Senawang ke Kajang

SEREMBAN: Tiga suspek termasuk dua wanita melarikan diri sejauh kira-kira 50 kilometer (km) dari Senawang, di sini, sehingga ke Kajang, Selangor, awal pagi semalam, sebelum berjaya diberkas polis. Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, suspek dikejar lapan kereta peronda polis sebelum terlanggar dua kereta orang awam di Taman Kajang Mewah, Kajang. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui satu bungkusan dadah disyaki jenis syabu di dalam kenderaan dinaiki suspek. “Ketika membuat tugas rondaan, pihak kami mendapati sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda HRV berwarna hitam yang mencurigakan di Jalan Seremban-Tampin, di sini. “Suspek tidak memberikan kerjasama ketika diminta untuk pemeriksaan dan memecut untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata, polis mengejar suspek dari Jalan Seremban-Tampin sehingga ke Taman Kajang Mewah sebelum kenderaan dinaiki suspek...

'Tolong jangan halau saya' - Wanita India bersama bayi ditemui ketakutan dalam kawasan surau....

ALOR SETAR – Sebuah insiden menyentuh hati baru-baru ini telah menonjolkan semangat perpaduan dan kemanusiaan rakyat Malaysia yang merentasi batasan kaum dan agama.   Pada malam Khamis lalu, seorang wanita berbangsa India bersama bayinya ditemui dalam keadaan ketakutan di belakang rumah Setiausaha Surau Madrasatul Huda, Lorong Nyior Setali.   Wanita tersebut, yang berusia awal 20-an, dilaporkan kehilangan tempat tinggal selepas suaminya dipenjarakan dan terpaksa keluar dari rumah rakannya akibat masalah kewangan.   Setiausaha surau, Shamsul Anuar Aziz, bersama beberapa jemaah yang baru selesai menunaikan solat Maghrib, segera bertindak membantu wanita tersebut.   Mereka menenangkannya, menyediakan tempat perlindungan sementara di surau, serta membelikan susu dan lampin pakai buang untuk bayinya.   Selain itu, mereka turut membantu menghubungi abangnya di Pulau Pinang dan membelikannya tiket ETS agar dia dapat bertemu keluarganya.   Shamsul Anuar menyatakan,...

Pertengkaran bertukar tragedi, lelaki ditetak hingga maut

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas ditetak dalam satu insiden di hadapan sebuah kuil di Kepong, malam tadi. Mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dipercayai terlibat dalam pertengkaran dengan seorang kenalan sebelum diserang. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, kejadian berlaku sekitar pukul 9:23 malam dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. “Sebelum kejadian, terdapat satu upacara sembahyang di kuil berkenaan pada petang semalam. Selepas selesai, sekumpulan individu dilihat duduk minum bersama di hadapan kuil. "Difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum suspek beredar dan kembali semula untuk menetak mangsa,” katanya kepada media. Tambahnya, mangsa mengalami sekurang-kurangnya enam kesan tikaman di badan, selain kecederaan serius pada bahagian hidung, mulut dan tangan. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk ...

Ahli Muda PKR Rayu Agar Saya Tak Tinggalkan Parti

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menzahirkan ucapan terima kasih atas ratusan mesej sokongan serta doa yang diterimanya susulan keputusan mengejut yang melibatkan kedudukannya dalam parti itu. Menurut Rafizi, beliau amat tersentuh dengan sokongan padu yang ditunjukkan, khususnya oleh ahli-ahli muda parti yang dilihat menitiskan air mata sewaktu beliau meninggalkan dewan baru-baru ini. “Mereka merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa. Saya sangat tersentuh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan bersolat hajat untuk saya,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini. Rafizi menegaskan, beliau tidak berniat untuk berputus asa atau lari daripada cita-cita idealisme yang diperjuangkannya sejak mula berkecimpung dalam aktivis dan politik. “Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik, cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaia...

Ditahan, disyaki cabul kehormatan penuntut universiti

MELAKA: Seorang lelaki warganegara Pakistan ditahan polis selepas disyaki mencabul kehormatan seorang penuntut universiti di Bukit Beruang di sini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi Isnin lalu, semasa mangsa berjalan kaki sendirian dari kediamannya di Bukit Beruang menuju ke universiti untuk menghadiri kelas. Menurutnya, semasa menaiki tangga berdekatan sebuah medan selera, mangsa terserempak suspek yang berjalan dari arah bertentangan. “Semasa memberi laluan, suspek tiba-tiba memeluk dan mencium pipi mangsa berusia 21 tahun itu menyebabkan dia terkejut dan ketakutan. “Mangsa cuba melepaskan diri dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan dia cedera di lengan,” katanya. Menurut Christopher, mangsa kemudian membuat laporan kejadian di Balai Polis Ayer Keroh kelmarin. “Suspek pembantu kedai makan berusia 31 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan bapa mangsa berusia 54 di belakang sebuah restoran di Buk...

Nak mencuri pilih la kereta Honda, ini Myvi ‘cabuk’

PETALING JAYA – Seorang pemilik kereta jenis Perodua Myvi mengalami detik cemas apabila mendapati kenderaannya telah dipecah masuk hanya dalam tempoh kurang lima minit selepas dia menyunggah sebentar di sebuah kedai serbaneka di Bangi, baru-baru ini. Menerusi perkongsian video oleh mangsa, Husna Ibrahim di TikTok, pelaku terbabit yang menunggang motosikal jenis Yamaha YSuku dilihat mendatangi kereta wanita itu sejurus dia masuk ke dalam kedai dan segera membuka pintu pemandu sekali gus membawa lari sebuah beg. “Tak padan naik ‘visuku’ bab kata Datuk Alif, tapi papa kedana. Lain kali kau nak mencuri pilih la kereta Honda ka. Ini Myvi ‘cabuk’ aku kau pilih. “Orang Bangi, Kajang ‘be ware’ (berjaga-jaga) lah ya,” katanya. Pada masa sama, wanita itu mengakui kejadian berlaku disebabkan kecuaian dirinya sendiri disebabkan tidak mengunci pintu kereta. “Tahu la aku cuai, kau memang tak guna la bang. Sampai sekarang aku tak puas hati. Sebabnya ‘maskara’ aku baru beli tau. Dia memang aim (sasar...

VIDEO Angkara bunyikan hon, 3 gajah mengamuk serang kereta di Gerik

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila keretanya diserang sekumpulan gajah ketika memandu di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dalam kejadian pada 8.15 malam tadi. Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.36 malam daripada pemandu berusia 38 tahun. Siasatan di lokasi kejadian mendapati pemandu itu telah ternampak sekumpulan gajah sedang melintas lalu memberhentikan kenderaan dan mematikan lampu. Namun, dia terdengar bunyi hon dari kenderaan di belakang dan secara tiba-tiba tiga ekor gajah menghampiri keretanya. Pemandu tersebut bertindak keluar dari keretanya, dan akibat kejadian, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk.

Baru Diikat Jamin, Pemandu Lori Rempuh Trak FRU Ditahan Semula Kes Curi Lembu

TELUK INTAN: Baru selesai diikat jamin, pemandu lori muatan batu yang menghadapi pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu, ditahan semula sebentar tadi. Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditahan semula ketika berada di pejabat kaunter pembayaran jamin oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk. Dia ditahan kira-kira 20 minit selepas diikat jamin pada pukul 12 tengah hari. Proses membayar ikat jamin berjumlah RM6,000 itu dilakukan majikan lelaki itu dikenali sebagai Ravi, 58, dan jiran sekampung lelaki itu dikenali sebagai Roslan, 62. Masing-masing membayar jaminan berjumlah RM4,000 dan RM2,000. Penahanan semula lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes curi lembu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu. Jumaat lalu di Mahkamah Majistret Teluk Intan, Rudi Zulkarnain mengaku tidak bersa...

2 lelaki lakukan aksi ‘stunt’ atas bumbung kereta di LDP ditahan

SEPANG: Dua lelaki yang melakukan aksi ‘stunt’ dengan memanjat bumbung kenderaan yang sedang bergerak di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), dekat sini, kelmarin sudah ditahan. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, dua individu berkenaan direman dua hari bermula semalam sehingga hari ini. “Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki warga asing yang melakukan aksi itu adalah penumpang, manakala pemandu tidak terbabit. “Kedua-dua suspek adalah warga asing dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsanya Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pemandu kenderaan pulang ke Tajikistan,”katanya katanya dalam kenyataan, hari ini. Norhizam berkata, siasatan mendapati lelaki pertama yang melakukan aksi itu masuk semula ke dalam kenderaan melalui tingkap bahagian belakang. Katanya, individu kedua yang duduk di bahagian belakang turut melakukan aksi sama. Norhizam berkata, tindakan ini adalah satu kesalahan serius yang boleh membahayakan keselamatan diri sert...

Budak lelaki 4 tahun m*ut terperangkap dalam kebakaran rumah

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun m*ut dalam satu kejadian kebakaran di sebuah kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, di sini pada Jumaat. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Lokman Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.30 petang. Menurutnya, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng dan Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat enam PPR Krubong yang berkeluasan kira-kira 20 x 40 kaki persegi. “Kebakaran melibatkan kemusnahan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan rumah dan menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai terperangkap di dalam rumah, disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Tambahnya, operasi pemadaman masih dijalankan setakat ini. Artikel : Sinar Harian NOR FARHANA YAACOBNOR FARHANA YAACOB Video/Gambar: Media Sosial

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Pemandu 4x4 langgar suami isteri dihukum penjara 30 hari, denda RM12,000

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pemandu Nissan Navara yang tular selepas terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kecederaan terhadap sepasang suami isteri di Lebuhraya Utara–Selatan, mengundang padah apabila dia dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa. Jurujual aksesori kereta, K Darmaraju, 32, dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap, iaitu 11 Mei lalu. Kesalahan yang dilakukan juga akan direkodkan dalam lesen memandunya, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun. Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara selama 12 bulan. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara berwarna hitam secara melulu di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) menghala ke pusat bandar sebelum Plaza Tol Duta, pa...

Trak FRU Bertembung Lori Muatan Batu

Teluk Intan:  Angka kematian meningkat sembilan orang, Seorang lagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di sini, menjadikan angka korban keseluruhan sembilan anggota setakat ini. Perkembangan itu disahkan Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin. "Lapan anggota maut di lokasi kejadian, seorang lagi disahkan maut di hospital, manakala lima lagi anggota cedera ringan. "Semua mangsa maut dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Terdahulu, media melaporkan lori FRU dinaiki 15 anggota termasuk pemandu bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus -Sungai Lampam di sini, pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan jam 8.54 pagi. Difahamkan, kenderaan FRU terbabit d...

Suami Dedah Siasatan Kes Keganasan Rumah Tangga Melibatkan Zehra Zamri Dibuka Semula - “Polis Datang Ke Rumah Untuk Ambil…”

Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin mendedahkan kes keganasan rumah tangga melibatkan dirinya dan isteri telah dibuka semula oleh pihak polis. Menurut Iqwan, siasatan semula telah dijalankan termasuk memanggil Zehra untuk memberi keterangan. “Selepas saya buat pendedahan, kes dibuka semula. Ada siasatan dan saya sudah dipanggil untuk beri keterangan. “Polis juga sudah datang ke lokasi (rumah) untuk mengambil gambar bukti. “Saya dimaklumkan akan ada pendakwaan terhadap Zehra,” katanya kepada Gempak. Iqwan ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi selepas prosiding lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Rabu. Tambahnya, dia dan Zehra telah hadir memberi keterangan pada 14 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang susulan laporan polis yang dibuatnya pada 25 Januari lalu. Sebelum ini, Iqwan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh isterinya sebanyak empat kali sepanjang lebih tiga tahun perkahwinan mereka. Bagaima...

'Abang Belon' mulakan tindakan undang-undang pada pegawai DBKL

Peniaga belon, Muhammad Za’imuddin Azlan, yang mengalami kecederaan susulan insiden kekecohan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 28 Mac lalu sudah memulakan proses perundangan terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Peguamnya, Rafique Rashid Ali, berkata mereka sudah menghantar surat kepada pihak DBKL hari ini bagi mendapatkan maklumat lengkap pegawai penguat kuasa terlibat dalam insiden itu sebelum membawa kes tersebut ke muka pengadilan. Katanya, surat tersebut ditujukan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Pengarah Undang-undang dan Pendakwaan DBKL serta kepada Pengarah Bahagian Penguat Kuasa DBKL. “Kami secara rasmi memohon penama-penama pegawai penguat kuasa DBKL yang terlibat untuk dibekalkan nama dan pangkat mereka. “Kami merasakan ada keperluan mendesak untuk memulakan tindakan undang-undang sivil terhadap pihak pegawai berkenaan, sama ada boleh buat notis tuntutan dulu atau saman terus,” katanya semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Pada 6 April...

Netizen Serang Instagram Memey Suhaiza, Isu ‘Penyondol’ Kembali Diperkatakan

Akaun Instagram milik pelakon dan usahawan Memey Suhaiza menjadi sasaran kritikan netizen selepas Abby Abadi berkongsi kisah kehidupannya sejak berpisah dengan Norman Hakim 17 tahun lalu. Tindakan Memey yang dilihat terus aktif memuat naik video promosi produk jenamanya turut dipersoalkan, apabila ada yang menganggap dia tidak peka terhadap isu melibatkan Abby, anak-anak tirinya dan Norman. Macam tak ambil peduli isu yang sedang melanda keluarga sebelah sana. Asyik ‘update’ media sosial saja macam tak ada apa-apa yang berlaku. Entah la. Tunjuklah bahagia, gembira macam mana sekalipun, tetaplah penyondol. Netizen turut menggesa Memey agar menegur Norman supaya menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak hasil perkahwinan terdahulu. Sis nasihatlah Norman supaya bagi nafkah kepada anak-anak Abby. Tanggungjawab bapa, jangan lepas tangan. Sebelum ini, Abby mendakwa Norman mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka termasuk dari segi nafkah dan perhatian. Dia juga melu...

Seorang wanita kongsikan lelaki OKU yang menjual durian demi kelangsungan hidup. 😥

Dia tersentuh sangat dengan kesabaran lelaki OKU yang akui tiada sumber pendapatan lain dan bergantung sepenuhnya dengan hasil menjual durian. Apa yang membuatkan pengguna FB tu sebak bila lelaki OKU terbabit memberitahu dia tunggu sampai jam 4 pagi sebab ada pelanggan janji nak beli durian, tapi sampai ke sudah tak muncul. Durian yang dijual lelaki OKU tu memang berkualiti, isi tebal, lemak dan memang sedap! Dia mula berniaga dari jam 5 petang hingga lewat malam bermula 3 Mei 2025. Lokasi: Di hadapan Warung Sambal Opah, USJ 9, Taipan, Subang Jaya. Mana yang dekat dan ada rezeki lebih jom la support. Dalam kita membeli kita pun membantu kelangsungan hidupnya. Sumber: FB Sharon Low

‘Ini Bukan Saya, Apa Yang Sama?’ – Nilam Ortiz Tak Maafkan Pemfitnah, Nafi Diri Wanita Berpurdah Putih

Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wanita berpurdah dalam kereta bersama suami adalah dirinya. Menerusi TikTok, Nilam meluahkan rasa kecewa terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya. Ujarnya, dia tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang mendakwa wanita tersebut adalah dirinya. Dari semalam terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada aku mengatakan aku dan si dia ini adalah orang yang sama. Wallahi bukan aku dan secara officialnya aku tidak akan memaafkan sesiapa yang menulis, menambah, bercerita dan apa sahaja yang mengatakan itu adalah aku. Menerusi perkongsian yang sama, Nilam turut memuat naik foto membandingkan bahagian matanya dan wanita berpurdah berkenaan. Dalam pada itu, Nilam turut menyorot perhatian apabila mendakwa wanita itu menjadi punca dia kehilangan anak serta kehancuran rumah tangganya bersama Azlan. Kerana orang ini lah anak aku hilang, suami aku hilang. Dan wahai penampah perisa, pe...

Video: Penunggang motosikal maut rempuh kereta di simpang lampu isyarat

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di simpang empat lampu isyarat Jalan Pasir Pelangi/Jalan Bakar Batu, di sini awal pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. “Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta berusia 53 tahun, dalam perjalanan ke tempat kerja di Southkey dari kediamannya. “Sebaik tiba di simpang empat berkenaan, wanita terbabit dipercayai meneruskan perjalanan selepas lampu isyarat bertukar hijau. “Secara tiba-tiba, sebuah motosikal dari arah kanan merempuh bahagian sisi kanan keretanya, menyebabkan penunggang tercampak ke atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Tambah Raub, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana meman...

Hari Bahagia Fattah Amin & Amira Othman Semakin Hampir? Pengurus Minta Doa Yang Baik-Baik - “Kalau Tak Ada Denial Maksudnya…”

Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Aca meminta peminat mendoakan yang baik-baik buat artisnya yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Amira Othman. Aca berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peminat ketika sedang bersiaran langsung di TikTok. "Aca betul ke article pagi tadi kata Fatmira dah nak kahwin? Tanya netizen. “Doalah yang baik-baik,” kata Aca ringkas bagi menjawab soalan tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja untuk menanti hari bahagia kedua selebriti itu. “Alhamdulilah , kalau dh aca ckp mcm tu fhm2 lah yaaa x sabar yaaa. “Tak sabar.lelaki baik untuk wanita yang baik..Allah bagi pada waktu yang tepat. “Kalau betul mereka berjodoh. minta2 ini jodoh yg terakhir utk mereka berdua. semoga kekal hingga akhir hayat. #doaygbaik2 “Kalu xde denial dr pihak manager.. sahih la tu. “Kami sentiasa doa yg baik2..utk abg long dgn kak long. “Betul la apa aca ckp tu doa je baik2,” komen netizen. Terdahulu, s...

Aliff Syukri Ada Sebab Baru Belikan Anak Telefon Bimbit Di Usia 13 Tahun - “Abah Sengaja, Tak Nak Baem Terlalu Alpa Dengan Gajet”

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri menunaikan janji terhadap anak ketiganya, Ibraheem Adham dengan menghadiahkannya sebuah telefon bimbit. Ada sebab baru tunai janji anak Menerusi hantaran terbaharu di TikTok Aliff, hadiah istimewa itu diberikan bersempena dengan umur anaknya yang kini sudah mencecah 13 tahun. Bagaimanapun Aliff memaklumkan dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak membenarkan Ibraheem mempunyai telefon bimbit sebelum ini. Kata Aliff, dia tidak mahu anaknya itu leka dengan gajet. “Janji apa abah tepati hari ini genap umur 13 tahun baru abah belikan handphone sebab abah sengaja saja nak bagi @Baem_terlajaklaris tak nak terlalu alpa dengan gadget.  “Dan menghargai sesuatu barang bukan mudah nak memiliki benda yang berharga. Selalu juga dia cakap kenapa Baem tak ada lagi telefon sedangkan kawan-kawan dia ada. “Saya selalu bagitahu, sabar-sabar belum masa lagi Baem. Sekarang ini impian Baem nak ada hp sendiri dah tercapai,” coretnya.

Ramaja Lelaki Maut Dikurung Dan Didera Oleh Teman Wanita

Fakta terbongkar dalam kes kematian Varhan (22), seorang pemuda yang ditemui mati selepas dibawa ke Hospital Wilayah Majalengka di Indonesia oleh teman wanitanya sendiri, Amanda (21). Pelaku nekad mendera Varhan kerana tidak mahu kekasihnya itu pulang ke rumah ibu bapanya selepas ditahan beberapa hari di rumahnya. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Majalengka, AKP Ari Rinaldo menjelaskan, kejadian bermula ketika suspek mejemput mangsa pada Selasa, 29 April 2025 di Jatiwangi.  Mangsa tinggal di rumah suspek di Daerah Sindangwangi. Mereka bersendirian di dalam bilik tanpa pengetahuan ibu bapa suspek. “Pada hari Rabu, mangsa berasa sakit dan meminta izin kepada suspek untuk pulang ke rumah, namun suspek merasa emosi dan tidak suka kerana tidak mahu mangsa pulang ke rumah orang tuanya,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Majalengka, AKP Ari Rinaldo, Isnin (5/5/2025). Menurut pengakuan suspek, Ari menjelaskan, dia merasakan banyak pengorbanan dan menjaga mangsa. Perasaan emosi kerana...