Skip to main content

2 lelaki lakukan aksi ‘stunt’ atas bumbung kereta di LDP ditahan



SEPANG: Dua lelaki yang melakukan aksi ‘stunt’ dengan memanjat bumbung kenderaan yang sedang bergerak di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), dekat sini, kelmarin sudah ditahan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, dua individu berkenaan direman dua hari bermula semalam sehingga hari ini.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki warga asing yang melakukan aksi itu adalah penumpang, manakala pemandu tidak terbabit.

“Kedua-dua suspek adalah warga asing dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsanya Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pemandu kenderaan pulang ke Tajikistan,”katanya katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norhizam berkata, siasatan mendapati lelaki pertama yang melakukan aksi itu masuk semula ke dalam kenderaan melalui tingkap bahagian belakang.

Katanya, individu kedua yang duduk di bahagian belakang turut melakukan aksi sama.

Norhizam berkata, tindakan ini adalah satu kesalahan serius yang boleh membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

Siasatan lanjut akan dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 32(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut