Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Mufti Wilayah Memberi Nasihat Kepada Pelakon Iqram Dinzly

WILAYAH PERSEKUTUAN – Nasihat Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri kepada pelakon Iqram Dinzly yang dimuatnaik dalam Facebook (FB) beliau hari ini. Dekati al-Quran dan berzikir, itulah di antara isi kandungannya. Dr Zulkifli turut menjemput Iqram hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk lebih mengenali antara satu sama lain, serta berbincang berkenaan situasi dan keadaan pelakon terbabit. Selain itu,Dr Zulkifli berkata, hanya dengan mengingati Allah SWT dengan mendekati al-Quran dan berzikir, jiwa akan menjadi tenang. "Mungkin ada usaha tertentu yang boleh kami bantu dan memberi sokongan. Turut juga boleh menghubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri," katanya. Dr Zulkifli berkata, pihaknya juga maklum mengenai kehidupan pelakon berkenaan dalam media sosial, selain mengucapkan takziah di atas pemergian bapa Iqram, Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin Ahmad Said. ...

Polis Tidak Terima Notis Tangkapan Dr Zakir Naik

KUALA LUMPUR- Bukan sahaja belum menerima permohonan malah tidak mengetahui isi kandungan mengenai laporan dari pihak berkuasa India.  Beberapa hari lepas, Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) dilaporkan akan menyerahkan permohonan penangkapan sementara Dr. Zakir, yang dipercayai berada di negara ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim tegas berkata setakat ini tiada permintaan diterima berhubung perkara berkenaan dan segala proses itu perlu mengikut prosedur ditetapkan undang-undang antarabangsa.Pihak polis hanya laksanakan tugasan sahaja. “Pertama sekali pihak Polis Negara tidak ada dokumen pun mengenai penceramah tersebut.Kalau pihak Polis India ada proses ekstradisi ini mesti melalui pejabat Peguam Negara. “Setakat ini kita pun tak tahu apa alasannya. Kita akan bantu kalau alasan itu selaras dengan undang-undang kita”.Kita sendiri belum tengok apa dokumen itu dan alasan yang pihak di sana minta. “Kita akan mempertimbangkan untuk am...

Ramalan Wanita Buta Pada 1996 Menjadi Kenyataan!!! China Kuasai Dunia Pada 2018.

BULGARIA - Seorang wanita buta yang berasal dari Bulgaria meramalkan bahawa China akan mengatasi Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia pada tahun 2018. Baban Vanga yang dikenali sebagai 'Nostradamus dari Balkan itu membuat andaian ramalan sehingga abad ke-51 sebelum dia meninggal dunia, menurut beberapa individu yang mempercayai kuasa ghaib. Namun difahamkan Vanga juga meramalkan satu bentuk tenaga baharu akan ditemui di Planet Zuhrah pada tahun hadapan. Namun difahamkan sehingga kini tiada lagi pihak yang membuat perancangan menghantar misi penerokaan ke planet Zuhrah sekali gus menunjukkan penemuan tenaga baharu di planet itu tidak mungkin menjadi kenyataan. Tukang tilik buta tersebut juga sempat meramalkan beberapa perkara besar yang akan mengubah dunia sebelum mati pada tahun 1996 ketika berusia 85 tahun. Manakala kejadian besar yang pernah diramalkan  ialah mengenai 'dua burung besi' yang menyerang AS iaitu merujuk kepada serangan 9/11 pada tahun 2001, ia...

Pengecas Telefon Punca Kebakaran

SHAH ALAM - Seorang lelaki mengalami nasib malang selepas pengecas telefon bimbit yang sedang digunakan terbakar di rumahnya di Dataran Automobil, Seksyen, 15. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, mangsa dikatakan sedang mengecas telefon bimbitnya di atas tilam di dalam bilik, kata Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria. Mangsa kemudiannya melihat percikan api dari pengecas telefon bimbit berkenaan dan percikan tersebut terkena pada tilam. "Percikan tersebut telah menyambar tilam mangsa dan dia cuba untuk memadamkan api itu namun tidak berjaya kerana bahan tilam mudah terbakar. "Mangsa kemudiannya terus menghubungi pihak polis dan bomba kerana api semakin marak dan merebak manakala punca kebakaran dipercayai dari litar pintas," katanya. Pihaknya juga mengambil masa selama kira-kira 25 minit bagi memastikan api tersebut padam spenuhnya, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Azmel Kamaruddin. Kebakaran tersebut telah m...

Ngeri!!! Isteri Lihat Suami Mati Terbakar

JOHOR - Seorang lelaki rentung sejurus kereta Proton Persona dipandunya terbabas lalu terbakar dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 41, Lebuh Raya PLUS arah selatan berhampiran Kulai, Johor kira-kira jam 6 pagi. Mangsa, Muhammad Rusdi Yakob, 29, yang ditemui anggota bomba dan penyelamat di tempat duduk pemandu sebaik api berjaya dipadamkan. Jurucakap Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada seawal jam 6.02 pagi. Katanya, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bersama lima anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi. “Sebaik api berjaya dipadamkan, anggota menemui mayat seorang lelaki di tempat pemandu. Kami dapati tidak ada kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu ketika tiba di lokasi kejadian". "Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya," jelasnya lagi. Kemalangan itu turut menyebabkan isteri Muhammad Rusdi, Salwa Atasha Muhammad, ...

Bayi Hilang Kaki Terperosok Bawah Moto

INDONESIA – Bayi lelaki enam bulan terputus kaki disebabkan kecuaian ibunya yang tidak mengendahkan lebihan kain yang digunakan untuk mendukung bayinya membawa padah. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 pagi, di desa Woha Nusa tenggara barat Indonesia. Dalam perjalanan ke sawah, mangsa yang di gendong oleh ibunya menaiki motosikal yang ditunggang bersama suaminya. Ketika dalam perjalanan, lebihan kain yang mengdukung bayi  yang dipakai untuk membawa bayi malang berkenaan tersangkut ke gegancu (sprocket) motosikal sebelum termasuk ke dalam rim tayar. Dalam keadaan tersebut, mangsa tertarik ke bawah manakala kaki sebelah kanan tersangkut ke dalam jejari rim motosikal yang dipandu oleh suaminya, motosikal tersebut berhenti secara mengejut. Sementara itu, ibu dan bapa bayi hanya mengalami cedera ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital  daerah tersebut. Pihak polis negeri, mengingatkan kepada para ibu bapa yang mana menunggang motosikal...

Maut Ditanduk Kerbau Mengamuk

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun meninggal dunia selepas ditanduk kerbau peliharaanya ketika hendak membawa kerbau tersebut menaiki lori di Kampung Gantok, Temerloh. Dalam kejadian jam 6.30 petang, mangsa, Bazarudin Yeop Yahya, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital, kata Ketua polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood. Pada mulanya sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya cuba untuk menangkap kerbau itu untuk dijual kepada pembeli. Namun ketika cuba untuk membawa kerbau tersebut menaiki lori, kerbau tersebut tiba-tiba mengamuk lalu menyerang mangsa serta menanduknya beberapa kali. Difahamkan, tali yang mengikat kerbau itu longgar menyebabkan mangsa dipijak di bahagian perut. Ekoran dari itu, mangsa mengalami pendarahan teruk di bahagian dada dan perut. Kata Zundin, "rakan-rakannya yang berada di tempat kejadian segera membantu menyelamatkan mangsa. Mangsa kemudiannya ...

Sajat Tak Layan Haters

Usahawan kosmetik terkenal yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat memberitahu bahawa dia tidak melayan golongan haters yang sering mencuba untuk menjatuhkannya. Sajat juga menggelarkan golongan hatersnya sebagai penyampai 'santau' di zaman moden. "Jika pada zaman dahulu, kalau ada yang tidak berpuas hati dengan sesetengah pihak, mereka mempercayai bahawa aktiviti mistik serta boleh menghantar santau seperti santau angin, santau makanan dan sebagainya untuk menjatuhkan seseorang. "Tetapi zaman sekarang pula, haters yang terdiri daripada golongan keyboard warrior ini menjadi penyampai 'santau' di zaman moden. Tak perlu aktiviti mistik, mereka hanya menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati namun tujuannya masih sama untuk menjatuhkan. Jelas Sajat, "bagi saya, lebih baik jika golongan seperti ini tidak dilayan langsung kerana tidak semua pihak akan berpuas hati dengan apa yang kita lakukan." Tambahnya lagi, dia lebih menguta...

4 Gambar - Ibu Terkejut Lahir Anak Berkulit Putih.

SEORANG wanita berkulit hitam yang berasal dari Jamaica merasa amat terkejut apabila bayi yang dilahirkannya itu berkulit putih. Sophia Blake ibu kepada bayi tersebut terkejut apabila anak perempuannya, Tiara bukan sahaja dilahirkan berkulit putih tetapi juga dengan mata berwarna biru, sedangkan keluarganya berasal dari Jamaica tiada berketurunan seperti itu. Dengan hasil perkahwinan Sophia Blake sebelum ini juga mempunyai seorang lagi anak perempuan, Donchae berusia 17 tahun yang berkulit hitam. Ini menyebabkan ramai orang tidak percaya Tiara adalah anak kandungnya. Eksekutif pemasaran, dari Selly Oak, Birmingham ini memberitahu Mail Online: “Tak mudah untuk mereka percaya Tiara adalah anak saya kerana dia sangat berbeza. “Kadang-kadang dia sendiri bertanya kenapa kami tak ada persamaan? Saya menjelaskan dia adalah anugerah dari Tuhan untuk dirinya.” Doktor berkata keadaan Tiara yang dilahirkan berkulit putih berlaku, satu dalam sejuta kerana gen putih yang aktif dalam ...

Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut

LOMBOK TIMUR -  Empat sekeluarga maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi ketika berada di sawah berdekatan kediaman mereka. Keempat-empat mangsa terdiri daripada ayah Amaq Sanah, 60 tahun; ibu Inaq Sanah, 50 tahun; Hikmatullah, 35 tahun; dan Haeriyah, 37 tahun. Satu demi satu ahli keluarga itu terkorban dalam kejadian menyayat hati yang berlaku di sini pada Isnin kira-kira jam 11.30 pagi, menurut laporan portal kicknews.today. Difahamkan kejadian itu bermula apabila si ibu Inaq Sanah telah turun ke sawah miliknya bagi mencari siput untuk dijual di pasar. Namun didapati berlaku kebocoran arus elektrik di kawasan sawah berkenaan lalu menyebabkan Inaq Sanah terkena renjatan elektrik. Ekoran dari itu, mangsa terus rebah dan meninggal dunia. Manakala seorang saksi kejadian bergegas ke rumah mangsa untuk memberitahu keluarganya. Setelah itu, anak mangsa Haeriyah bergegas ke tempat kejadian meluru untuk mendekati ibunya, namun dia pula menjadi korban renjatan...

Wanita Terima Padah Telan Paku Untuk Tingkat Zat Besi!

RUSSIA - Seorang wanita warga emas telah menelan sebanyak 152 objek besi, termasuk paku dan skru kerana menyangka bahawa ia boleh meningkatkan zat besi di dalam tubuhnya. Penemuan mengejutkan itu disedari oleh kakitangan hospital di Ulan-Ude di Republik Semashko berhampiran sempadan Mongolia, selepas wanita yang dikenali sebagai Nina, 74 mengadu badannya panas sebelum melakukan imbasan X-ray terhadapnya. Pembedahan tersebut dilakukan bagi mengeluarkan semua objek itu, antaranya ialah paku, skru panjang, penahan pintu serta besi sekerap berukuran 15 sentimeter (cm), menurut Daily Mail. Malah wanita tersebut turut menelan seutas rantai perak dan menjelaskan kepada doktor bahawa dia kekurangan darah dan kandungan zat besi dalam tubuhnya akan bertambah sekiranya dia menelan besi terbabit. Difahamkan, Nina mula menelan besi sejak 14 tahun yang lalu, kata kakitangan hospital kepada media tempatan. Manakala wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam perut ...

Nenek Terpaksa Bayar Bil Elektrik RM114 bilion.

NEW YORK - Seorang wanita berusia 58 tahun terkejut selepas dia telah dikenakan caj sebanyak US$28 bilion (RM114 bilion) untuk membayar bil elektrik rumahnya. Menurutnya, semua barangan elektrik keperluannya di rumah berjalan seperti biasa tanpa masalah namun menjadikan masalah adalah jumlah bil elektrik yang mencecah berbilion dollar. Wanita yang dikenali sebagai Mary Horomanski, 58,  telah dikenakan caj sebanyak US$28 bilion (RM114 bilion) oleh Penelec, penyedia elektrik di kawasan terbabit. Kata wanita itu kepada Erie Times-News menjelaskan perasaan terkejutnya apabila melihat bil itu di secara atas talian, "mata saya'tercabut keluar' dari kepala." "Kami ada memasang lampu krismas dan buat saya tertanya-tanya mungkin puncanya saya pasang lampu-lampu secara salah. Tulis Horomanski menerusi Facebook dengan nada bergurau, "kalau saya tak salah, ianya mungkin lagi banyak dari hutang negara." Manakala jurucakap syarikat Penelec bekata...

Amerika Syarikat Umum Sekatan Terhadap Pegawai Korea Utara

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan terhadap dua pegawai kerajaan Korea Utara yang dikatakan menjadi dalang program peluru berpandu balistik negara itu ketika Russia mengulangi tawaran untuk menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Washington dan Pyongyang. Difahamkan, langkah baru tersebut yang dibuat dalam kempen bertujuan untuk memaksa Korea Utara supaya meninggalkan program senjata yang menyasarkan pembinaan peluru berpandu berkuasa nuklear yang boleh sampai hingga ke AS. Perbendaharaan AS menamakan pegawai berkenaan yang dikenali sebagai Kim Jong Sik dan Ri Pyong Chol. Katanya, Kim dilaporkan sebagai tokoh utama dalam usaha Korea Utara menukar program peluru berpandunya daripada cecair kepada bahan api pepejal manakala Ri dilaporkan tokoh penting dalam pembinaan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). Kata Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin, dalam kenyataan, "perbendaharaan mensasarkan tokoh penting program peluru b...

"Selamat Tinggal Melodi"

MELODI – Dua Hos Melodi iaitu awal ashaari dan Muhammad Azmir selamat atau AG membuat pengumuman untuk mengundur dari pengacara program hiburan popular itu. Pada Ahad lalu, pengumuman mengejutkan itu dibuat mereka pada penghujung segmen program itu yang di siarkan secara langsung di TV3 Awal menerusi kenyataan di Instagram memberitahu sudah tiba masanya dia keluar daripada zon selesanya selepas enam tahun bersama Melodi. "Saya mula sedar bahawa saya perlu keluar daripada zon selesa saya dan enam tahun adalah masa cukup lama buat saya kekal dalam sesuatu program," tulisnya. AG pula memberitahu selama tiga tahun bersama Melodi memberi kenangan manis buat dirinya dan akan sentiasa menyokong program tersebut. "Pengacara bersilih ganti yang penting saya penonton Melodi dan berpeluang menonton hos terdahulu," katanya. Sementara itu, Awal dalam kenyataan di Instagram turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang dia...

Netizen Cemburu Ikan Lumba-Lumba Mencium Neelofa.

NEELOFA – Pengacara serta pelakon, Neelofa yang sedang bercuti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencuri perhatian pengikutnya di laman sesawang Instagramnya. TIGA keping foto pelakon dan pengacara itu, sedang bermanja dengan ikan lumba-lumba di Merine And Waterpark Atlantis The Palm mengundang komen cemburu para pengikut instagramnya. Antara lokasi yang dikunjungi oleh pelakon cantik ini ialah Desert Safari Dubai, Nusr-Et Dubai, Four Seasons Resort Dubai, menara tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa dan banyak lagi. Neelofa menerusi Instagram peribadinya memuat naik foto tersebut pada pagi Ahad dan mendapat 180,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen pengikutnya.. Neelofa berada di Dubai sejak 19 Disember bagi mempromosikan Tahun Melawat Dubai yang dianjurkan oleh kementerian pelancongan negara tersebut. "Melalui banyak pengalaman baru di Dubai, termasuk merasai kasih sayang daripada ikan lumba-lumba yang baik ini. "Saya cium ikan lumba-lumba ini...

"Kan Ibu Superhero Aryan"

JOY REVFA – Sejak sah bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidon oktober lalu, usahawan Joy Revfa, Siti Arifah Mohd Amin, 30, menumpukan kepada perniagaan dan anak lelakinya, Arryan firdaus. Menerusi perkongsian terbaharu Joy di Instagram peribadinya, pengikutnya sayu dan tersentuh hati dengan kata-kata Arryan yang menggelarnya sebagai super hero. "Arryan tak nak super hero lagi, ibu..." "Kenapa? Nanti ibu belikan super hero Arryan..." "Arryan tak nak...! Kan ibu super hero Arryan..." tulis Joy di Instagram. Joy menerusi status di Instagram menulis, dia ingin membeli permainan super hero untuk anak kesayangannya itu namun ditolak oleh kanak-kanak berusia empat tahun itu. Joy menerusi status sama turut meluahkan rasa sayu terhadap anaknya itu yang menganggap kanak-kanak itu sudah bijak berkata-kata. Perkongsian Joy itu, turut menyentuh hati pengikutnya yang rata-rata menganggap ia perkara paling manis di antara ibu dan anak. Malah ramai men...

'Ku Titip Doa Buat Mu'

Johor – penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kluang bakal mendirikan rumag tangga bersama tunangnya pada penghujung tahun depan selepas mereka bertunang.     Siti Nurfadhilah Mohd Hashim, 22, berkata, kali terakhir dia bertemu Muhammad Yusmadi Mohd Nizam, 25, pada Sabtu lalu ketika keluar makan bersama. “Ketika itu, Arwah banyak membincangkan soal merancang membina keluarga bahagia selepas berkahwin kelak. “Keadaan itu membuatkan dirinya rasa curiga kerana sepanjang tempoh pertunangan, lelaki itu seorang yang pendiam dan tidak pernah membincangkan tentang perkahwinan. “Dia juga meminta saya mengambil gambarnya banyak-banyak dan minta disimpan baik-baik untuk melepaskan rindu sekiranya tinggal berjauhan, namun tidak menyangka semua itu petanda dia meninggalkan kami untuk selama-lamanya. “Semua telatahnya ketika bertunang akan dijadikan kenangan abadi hubungan kami dan hanya doa mampu dikirimkan sebagai tanda sayang kepadanya," katanya ketika di...

Khai Bahar Raikan Peminat Di Shah Alam

KHAI BAHAR – Penyanyi popular Khai Bahar memilih untuk swafoto dengan 500 peminat yang hadir pada majlis Greatest Love of Khai Bahar di Shah Alam. Majlis itu adalah anjurannya sendiri bagi meraikan peminat yang sentiasa memberikan sokongan dari awal pembabitan dalam bidang nyanyian sehingga sekarang. “Saya memang sengaja nak berswafoto dengan setiap peminat yang hadir, Apatah lagi, majlis diadakan khas buat mereka, Jadi, saya mahu mengabadikan kenangan ini., Ia bukan masalah besar untuk saya. “Sebelum ini, saya tak berkesempatan nak buat sebab kekangan masa jika menghadiri sesuatu acara, Jadi, pada majlis ini saya memang luangkan waktu untuk mereka. “Apa saya buat ini tidak boleh dibandingkan dengan sokongan diberikan oleh mereka. “Kehadiran peminat sangat berharga, tanpa mereka siapalah saya dalam industri ini,” katanya. Peminat bertuah akan mendapat hadiah berupa barangan koleksi peribadinya yang di sediakan khas untuk peminatnya, menurut khai. Peminat ...

Anggota Polis Parah Di Rempuh Pemandu Mabuk

Melaka Tengah – Anggota Polis Trafic, koyak kulit belakang kepala dan patah tulang belikat ketika menjalankan tugas apabila motosikal yang ditunggang mangsa dirempuh oleh Perodua Myvi di jalan Syed Abdul Aziz pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, ketika kejadian jam lebih kurang 3.00 pagi, anggota trafik berkenaan Sarjan Samsaimi Yusop, 54, yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo sedang menjalankan tugas dalam Ops Mabuk. "Setibanya di lokasi kejadian, Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 28 tahun, yang datang dari arah Kota Laksamana menuju pusat bandar dikatakan merempuh bahagian belakang motosikal mangsa. "Difahamkan, sebelum kejadian saksi mengatakan pemandu Perodua Myvi berkenaan dilihat memandu dalam keadaan melulu dan merbahaya," katanya. “Lelaki berkenaan dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dia kini direman bagi membantu siasatan, tambahnya lagi. “sampel darah lel...

Anak Mengacukan Parang Panjang Di Laher Ayah

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki mengacu parang sambil mengugut mahu membunuh ayahnya apabila di tegur tindakannya membakar kerja di dalam rumah dalam kejadian di Kampong Tebauk, Gong Badak. Kejadian jam lebih kurang 7.30 pagi itu, suspek berusia 36 tahun, naik hantu apabila mangsa berusia 67 tahun menegur tindakannya selepas melihat kesan terbakar di dalam bilik suspek. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa dikatakan masuk ke dalam bilik suspek dan ternampak kesan kertas terbakar di dalam bilik anaknya. “Melihatkan keadaan Tersebut, mangsa menegur tindakan suspek yang dilihat boleh menyebabkan rumah mereka terbakar, mangsa tidak menduga tegurannya itu mengundang kemarahan suspek. “Suspek yang tidak dapat menerima teguran tersebut mengamuk sebelum mengambil sebilah parang yang ada di dapur lalu mengacukan senjata itu ke arah leher mangsa. “suspek yang juga terlibat didalam penagihan dadah turut men...

5 gambar Rakyat Malaysia Di Syaki Seludup Senjata

Seorang warga Malaysia telah di tahan oleh pegawai keselamatan Pakistan, kerana di syaki menyeludup senjata api. suspek ditahan oleh penguatkuasa yang sedang  menjalankan tugas sewaktu membuat pemeriksaan bagasi untuk laluan ketempat menunggu menaiki kapal terbang. Kejadian di laporkan berlaku di Jinnah International airport Karachi Pakistan. Suspek di syaki terlibat dengan Penyeludupan senjata api, suspek di tahan oleh penguatkuasa untuk siasatan lebih lanjut. Di dalam gambar yang menjadi bahan bukti, kelihatan beberapa komponen senjata api serta peluru, turut dijumpai peluru yang telah di balut dan disembunyikan di dalam tapak kasut. Sumber: Pakistan Breaking News Editor: John Castello

Donald Trump Terkejut!!! Lebih 128 Negara Tidak Setuju Baitulmuqaddis Sebagai Ibu Negara Israel.

NEW YORK 22 Dis. – 120 buah Negara tidak menghiraukan ugutan Donald Trump serta mengundi untuk memihak Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu  (PBBB), Menuntut Presiden Amerika Syarikat (AS) supaya menari tarik balik keputusan beliau mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu Negara Israel. Trum mengancam untuk menyekat bantuan kewangan terhadap Negara yang memihak resolusi berkenaan, sebanyak 128 negara menyokong resolusi berkenaan yang tidak terikat dengan ancaman sekatan, 9 negara menentang manakala 35 negara memilih untuk berkecuali dan 21 negara tidak mengundi.     Washington mendapati negara terbabit bersendirian dalam keputusannya apabila kebanyakan sekutu rapat negara nya dari Barat mahupun negara Arab menyokong resolusi tersebut.     Beberapa negara sekutu AS seperti Mesir, Jordan dan Iraq merupakan penerima utama bantuan ekonomi dan ketenteraan Amerika, di sebalik tindakan undian tersebut Washington tidak ...

19 Tip - Melangsing Tubuh Secara Neutral Kesihatan Bertambah Baik

1. JANGAN BERLAPAR Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi. 2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ke tidak cernaan penghadaman. 3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak ...