Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Culik

Culik Kanak-Kanak Perempuan Berusia 11 Tahun, Lelaki Ini Didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, minggu lepas. Tertuduh Muhamad Rafiqzam Hafeq Mohd Rosly, 23, didakwa menculik kanak-kanak itu daripada bapanya Rosli Ab Ghani, 49, di Jalan Ilmu berhampiran sebuah kolej di sini hingga ke sebuah stesen minyak di Bukit Damansara antara 2.30 petang hingga 4.49 petang pada 19 Mei lepas. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurbatrisyia Mohd Razib, manakala tertuduh diwakili peguam P. Suthes. Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan iaitu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta tidak mengganggu atau mend...

Lima sekeluarga didakwa culik remaja perempuan, tuntut tebusan RM2 juta

SEREMBAN - Lima sekeluarga termasuk pasangan suami isteri didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis. Tertuduh, D Sasveena, 31; T Boharaj, 32; Farhin Muhamad Ariffin, 23; dan dua beradik P K Koshenn Kumar, 21, serta P K Siveeshinaa, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan niat bersama menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan cara melarikannya bagi tujuan menuntut wang tebusan RM2 juta. Kesalahan itu dilakukan pada di hadapan sebuah salun rambut di Jalan S2 B10, Uptown Avenue Seremban 2 kira-kira jam 5.45 petang pada 10 April lalu. Semua tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum 30 tahun dan sebatan. Sementara itu, peguam, T Harpal Singh memohon tarikh singkat iaitu dua minggu untuk memfailkan hujahan mitigasi rayuan jaminan...

Gadis Tipu Diculik Tapi Mahu Bermalam Bersama Rakan

Polis mengesahkan laporan kejadian seorang wanita tempatan disyaki dilarikan individu tidak dikenali di kawasan Endau di sini pada Khamis lepas adalah palsu. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari yang sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. Beliau berkata susulan itu, gerakan mencari pembantu kedai berumur 24 tahun itu dijalankan melibatkan pelbagai elemen dan maklumat orang ramai sebelum dia ditemukan selamat di kawasan Rompin, Pahang. "Bagaimanapun, siasatan mendapati wanita berkenaan memberikan maklumat palsu kepada ahli keluarganya kononnya diculik kerana mahu bermalam bersama-sama rakannya di lokasi dia dijumpai. "Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas wanita terbabit mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1953," katanya dalam kenyataan hari ini. Abdul Razak berkata wanita terbab...

Padah Percaya Lelaki MiChat

KOTA TINGGI: Seorang remaja lelaki yang berperwatakan wanita berusia 17 tahun berdepan detik cemas apabila dipercayai disamun dua lelaki warga Bangladesh di tepi jalan Kampung Gambut, Punggai, Pengerang, dekat sini, petang semalam. Terdahulu, gambar mangsa kejadian berkenaan menjadi viral di laman sosial apabila dia dikatakan diculik dan cuba dirogol oleh dua lelaki warga Bangladesh. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata polis menerima aduan daripada remaja terbabit berkaitan kejadian kira-kira jam 5 petang itu. Katanya, dalam kejadian itu, mangsa cedera di tangan kiri dan kaki kanan akibat dipukul oleh suspek. "Suspek berusia lingkungan 30-an juga mengambil telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM200 serta dokumen diri milik mangsa. "Kes ini tular di media sosial yang memaparkan gambar mangsa yang dikatakan diculik dan cubaan rogol terhadapnya. "Pihak polis menafikan kejadian tular itu dan siasatan mendapati mangsa adalah seorang lelaki be...

Anak Hampir Jadi Nangsa Culik Di Sekolah

KUALA LUMPUR - Keterujaan ibu bapa memuat naik gambar anak dan nama mereka di media sosial boleh mengundang padah. Anak anda mungkin boleh terdedah kepada risiko bahaya dan jenayah seksual! Itu kata-kata peringatan pelayar Facebook dikenali Ihsan Zainal yang boleh dijadikan teladan buat insan lain. Ihsan berkata, anak perempuannya hampir menjadi mangsa culik apabila seorang individu tidak dikenali datang ke sekolah untuk menjemput anaknya semalam. Bagaimanapun guru bertindak cepat dengan menghalang individu tersebut ekoran mengenali isteri dan dirinya. "Ketika isteri saya nak jemput balik anak saya seorang ini, tetiba ntah mana seorang itu memakai baju kemas nak jemput anak saya...dengan hanya terbalikkan namanya, rasanya 'try and error' kot... "Kebetulan isteri ada di belakang dia turut terdengar nama anak kami. Namun nasib baik cikgunya mengenali isteri saya. Sekolah baru mana cikgu nak ingat semua muka mak ayah tapi sebab abang dia pernah belajar si...

Kumpulan Culik Dan Rogol 6 Pelancong Wanita Diberkas

Enam lelaki warga China yang mendalangi kes culik dan rogol enam pelancong wanita di Filipina akhirnya diberkas polis kelmarin. Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 32 tahun itu ditahan semasa sedang bersembunyi di sebuah rumah di bandar Bacoor, wilayah Cavite. Polis berkata, beberapa bahan bukti seperti pita pelekat, pistol taser dan telefon bimbit turut dirampas dalam serbuan berkenaan. Kata polis lagi, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada rakan mangsa. "Mangsa diculik berhampiran sebuah restoran di bandar Pasay minggu lalu. Insiden itu turut dirakam kamera CCTV. "Suspek meminta wang tebusan sebanyak 700,00 Peso (RM57,179) jika mahu mangsa dilepaskan. "Namun, penjenayah terbabit tidak menunaikan janji mereka selepas menerima wang terbabit," katanya. - Sinar Harian

Cubaan Culik Remaja Perempuan 15 Tahun Dari Laman Rumah, 3 Lelaki Ini Direman

KANGAR: Tiga lelaki direman empat hari sehingga Rabu ini, bagi membantu siasatan kes cubaan menculik seorang remaja perempuan 15 tahun di Kampung Tok Kandang, Kangar, pagi Sabtu. Perintah tahanan reman dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah. Terdahulu, kesemua suspek yang berusia 24 hingga 58 tahun itu dibawa ke mahkamah pada jam 10 pagi, sebelum dibawa keluar kira-kira 45 minit kemudian. Penahanan ketiga-tiga suspek dilakukan di Simpang Empat ketika mereka berada di dalam kereta, pada Sabtu. Dalam kejadian 11 pagi Sabtu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, nyaris menjadi mangsa culik selepas dia didatangi dua lelaki sewaktu berseorangan di halaman rumahnya. Tindakan suspek yang meluru ke arahnya, menyebabkan remaja itu ketakutan sebelum melarikan diri ke rumah jiran. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, bertindak di atas laporan remaja itu, polis mengesan dan menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan. Kes disia...

Tinggal Anak Jiran Dalam Kereta, Tidak Matikan Enjin Undang Padah

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang lelaki yang meninggalkan anak jirannya dalam sebuah kereta dengan keadaan enjin tidak dimatikan mengundang padah apabila kenderaan itu dilarikan oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Taman Kota Masai, di sini, pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata kejadian pada 2.57 petang itu berlaku ketika lelaki berkenaan berusia 35 tahun singgah di sebuah kedai, selepas solat Jumaat, sebelum pulang ke rumahnya. "Pengadu meletakkan kereta di hadapan kedai dengan keadaan enjin masih hidup. Dia kemudian turun bersama dua anak lelakinya berumur empat dan enam tahun, sementara anak lelaki jirannya yang berusia tujuh tahun menunggu di dalam kenderaan. "Ketika itulah kenderaan berkenaan dilarikan oleh individu tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. Ismail berkata pihak polis yang menerima laporan selepas itu telah menggerakkan operasi untuk mengesan kenderaan serta kanak-kanak terbabit. "H...

Van Putih Mengganas, Cubaan Culik Depan Sekolah Di Bukit Kapar

KLANG - Polis mengambil keterangan daripada empat saksi berhubung kes cubaan culik di hadapan sebuah sekolah agama di Bukit Kapar di sini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian. "Keluarga kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian kira-kira jam 6 petang semalam. "Orang ramai yang melihat kejadian diharap segera tampil untuk membantu siasatan," katanya. Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah. "Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada pengawal keselamatan bertugas ketika kejadian disebabkan hari cuti," katanya. Terdahulu, seorang murid perempuan mendakwa hampir menjadi mangsa penculikan di hadapan sebuah sekolah kira-kira jam 10.30 pagi semalam. Satu nota tulisan tangan berhubung kejadian itu turut tular di Facebook. Dalam kejadian tersebut,...

10 Gambar Perdana Menteri New Zealand Berhijab Jadi Bual Mulut Netizen

SEHARI selepas insiden serangan pengganas, gambar yang menunjukkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memakai hijab ketika perjumpaan beliau bersama komuniti Muslim Christchurch telah dikongsi beribu kali seluruh dunia. Dalam foto tersebut, beliau memandang ke hadapan dengan keningnya terangkat tanda kerisauan sambil menggenggam tangannya. Ketika foto itu dirakamkan, Ardern diam tanpa menujukkan apa-apa reaksi dan hanya fokus mendengar. Gambar yang disebarkan ke seluruh dunia itu dirakamkan oleh jurugambar Majlis Perbandaran Christchurch, Kirk Hargreaves dan disebarkan oleh rangkaian berita di Asia. Hargreaves yang pernah berkerja untuk akhbar Christchurch, The Press sedang berdiri di luar dewan komuniti ketika dia melihat riak wajah sugul Ardern melalui tingkap. Ardern dilaporkan menyertai mesyuarat berkenaan sejurus tiba dari Wellington. “Sifat empati manusia dan sifat-sifat menakjubkan lain yang beliau tunjukkan didalam gambar tersebut, saya gembira kerana orang ramai d...

Pelaja Perempuan Dicekik, Mulut Disumbat Pasir

TUMPAT - Seorang pelajar perempuan dicekik dan mulutnya disumbat pasir oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas ke sekolah, semalam. Tindakan jahat lelaki tersebut menyebabkan leher pelajar berusia 17 tahun lebam dan sakit badan serta trauma kepada mangsa. Dalam kejadian jam 6.35 pagi, pelajar terbabit berada di perhentian bas berhampiran Taman Sri Neting di sini seorang diri. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali dan menarik mangsa dari arah belakang di perhentian bas tersebut. Katanya, tindakan lelaki itu menyebabkan mangsa terjatuh dan lelaki tersebut terus mencekik lehernya. "Mangsa memberitahu lelaki tersebut menyumbat pasir ke dalam mulutnya selepas dia terjatuh ke tanah," katanya. Katanya, mangsa cuba melawan dengan menggigit jari suspek menyebabkan lelaki itu tidak sempat berbuat apa-apa dan melarikan diri dengan motosikal dan hilang dalam gelap menghala ke arah Taman Sri Ne...

Ibu Saudara Buka Cerita, 'Sambil Menangis Kak Long Dan Melutut Agar Assum Pulangkan Masitah'

Ibu kepada murid kelas mengaji Surau Kampung Medang Hilir, Siti Masitah Ibrahim, 11, dikatakan melutut dan merayu kepada suspek supaya memulangkan semula anaknya yang hilang. Tindakan Solihah Abdullah pada malam suspek ditahan oleh penduduk kampung pada 30 Januari lalu, telah diceritakan semula ibu saudara mangsa, Norasiah Abdul Manan, 33, semalam. Norasiah berkata, Solihah sanggup melutut di hadapan suspek, dikenal sebagai Assum itu agar beritahu di mana Siti Masitah selepas dia adalah individu terakhir bersama kanak-kanak itu. Katanya, suspek adalah individu yang sangat rapat dengan keluarga mangsa, yang sering datang dan berjumpa dengan mereka walaupun telah berpindah dari Kampung Kemahang sejak dua tahun lalu. "Sambil menangis, Kak Long (Solihah) merayu-rayu dengan Assum supaya pulangkan Siti Masitah, dia terus menerus berlutut, tapi suspek kata dia tak tahu. "Kami sememangnya mengenali suspek kerana dia pernah tinggal di kawasan kejiranan ini, dan dia selalu datang k...

3 Gambar: Penculik Terima Padah Di Taman Mundun, Cheras

POLIS menembak mati dua penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di rumah di Taman Mundun, Batu 9, Cheras, hari ini. Dalam kejadian 1.35 pagi itu, polis turut berjaya menyelamatkan warga Bangladesh berusia awal 30-an dipercayai mangsa culik. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur membuat serbuan ke atas rumah selepas menerima maklumat berhubung kes penculikan seorang warga asing. “Ketika serbuan berlaku insiden tembak menembak antara pihak polis dan suspek. Bagaimanapun, polis berjaya menembak mati dua lelaki dipercayai warga asing. “Pemeriksaan ke atas dua suspek itu tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri. Polis turut menemui pistol 9mm dan parang yang digunakan suspek,”katanya. Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki warga Bangladesh berkenaan diculik pada 8 Februari lalu di sekitar Sentul. “Polis percaya dua lelaki berkenaan y...

Lelaki Culik Bekas Kekasih Untuk Tinggal Bersama

KAJANG - Hanya kerana enggan memenuhi permintaan untuk tinggal bersama teman lelakinya di Johor, seorang wanita berdepan detik menakutkan selepas dia diculik lelaki terbabit. Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa berusia 31 tahun itu telah dilarikan teman lelakinya di Sungai Chua, di sini, menaiki kereta jenis Proton Iswara. Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu telah dilihat oleh bapa mangsa. Menurutnya, bapa mangsa mula panik apabila panggilan telefon daripada anaknya itu dipercayai telah dimatikan suspek. "Siasatan awal mendapati suspek yang disyaki adalah majikan kepada mangsa dikatakan mahu mangsa pulang bekerja di Muar, Johor. Namun mangsa telah menolak pelawaan itu kerana mendakwa tidak dibayar gaji. "Bapa mangsa juga memberitahu bahawa mangsa telah bekerja dengan suspek hampir setahun yang lepas dengan mengusahakan kebun sayur," katanya kepada Sinar Harian. Susulan itu, bertindak ata...

Dalam Kawasan Masjid Pun Berani.

SELAYANG - Satu rakaman tular di laman sosial Facebook apabila seorang lelaki dilihat cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan dalam masjid. Rakaman CCTV berdurasi 37 saat itu menunjukkan kanak-kanak perempuan itu berada berhampiran sinki dan bergerak mahu masuk ke ruang solat sebelum ditarik seorang lelaki. Lelaki berkenaan dilihat menarik dan menutup mulut kanak-kanak dipercayai lingkungan 7 tahun. Bagaimanapun, seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu yang melihat kejadian terus menarik mangsa. Suspek bagaimanapun tidak terus lari dari lokasi sebaliknya berdiri di tempat kejadian memperkatakan sesuatu kepada ibu mangsa. Terdahulu, suspek yang berstoking dan memakai selipar melalui ruang pejalan kaki itu sambil melihat keadaan sekeliling sebelum berpatah balik ke arah kanak-kanak tersebut untuk menarik mangsa Rakaman yang belum dapat dikenalpasti lokasinya itu menarik perhatian netizen yang terkejut dengan situasi tersebut apabila kawasan masjid turut m...

Pulangkan Suami Saya.

KOTA BHARU - Seorang ibu muda merayu agar suaminya yang didakwa menjadi mangsa culik lima lelaki di Jalan Pekeliling, Taman Maju setahun lalu dipulangkan. Nur Azra Syazwani Abdullah, 25, berkata tiada berita diperolehi sehingga seorang anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun sering bertanyakan ke mana lelaki itu menghilang. “Saya terpaksa memujuk anak mengatakan ayahnya pergi bekerja namun kehilangan berlarutan sehingga setahun tiga bulan. Saya mohon agar suami saya dilepaskan kerana kami amat merindukannya,” katanya. Menceritakan kejadian itu, suaminya Mohamad Aiman Zafri, 25, hilang sejak 5 Julai tahun lalu. Katanya, ketika itu dia bersama suaminya baru pulang dari tempat kerja menaiki sebuah kereta Perodua Kancil. “Kejadian itu berlaku pada jam 11 malam. Ketika dalam perjalanan, kami berhenti di sebuah kedai runcit di Taman Maju, tiba-tiba sebuah kereta jenis Kia berhenti di sebelah kereta kami dan turun tiga lelaki bersenjatakan kayu memaksa suami saya masuk ke keret...

Video Cubaan Culik Kanak-Kanak Di Bangi Tular

Polis mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes cubaan melarikan seorang kanak-kanak di sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi, Selangor yang tular dalam media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, laporan terbabit dibuat oleh ibu kanak-kanak terbabit selepas mendakwa sekumpulan lelaki cuba melarikan anaknya di kawasan luar sekolah. Ujarnya, wanita terbabit mendakwa, ketika anaknya bersama dua lagi rakannya berada di luar pagar mereka telah didatangi tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta sebelum menawarkan gula-gula. “Berikutan itu, dakwa wanita itu lagi, anak dan dua rakannya itu telah melarikan diri daripada kumpulan tersebut selain mendakwa mereka turut dikejar oleh suspek. “Sehubungan itu, siasatan lanjut dilakukan di sekolah terbabit dan berdasarkan keterangan saksi bebas yang berada di tempat kejadian, mereka tidak mengetahui kejadian sebagaimana yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan d...

Remaja 13 Tahun Diculik Dan Dijadikan Gundik Jin Selama 15 Tahun Oleh Bomoh.

Sulawesi - Seorang bomoh telah ditahan oleh pihak polis selepas di dakwa telah meculik seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dan disembunyikan di celah batu besar untuk dijadikan gundik jin selama 15 tahun. Kini mangsa yang dikenali sebagai Hasni telah pun berusia 28 tahun ditemui di celah batu besar berhampiran rumah bomoh berkenaan. Mangsa telah ditemui di Desa Bajugan, Tolitoli di Sulawesi Tengah pada Ahad yang lalu selepas 15 tahun di sembunyikan di situ. Menurut pihak polis, Hasni telah ditemui di situ selepas keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung anak mereka yang telah diculik sejak 15 tahun yang lalu. Keluarga mangsa hanya membuat laporan polis selepas mendakwa telah menerima maklumat bahawa wanita tersebut telah disembunyikan oleh seorang dukun yang dikenali sebagai Jago, 83 tahun di Desa Bajugan. Menurut jurucakap polis, M Iqbal Alqudusy memberitahu bahawa beberapa anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian yang turut di bantu oleh penduduk kampung ...

Remaja Perempuan Berusia 15 Tahun Hilang, Remaja Ini Dicari.

Bachok, Kelantan - Pihak polis sedang cuba mengesan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu kes kehilangan pelajar perempuan yang berusia 15 tahun. Pelajar perempuan yang hilang tersebut dikatakan berasal dari Kampung Hujung Repek, dekat sini sejak 26 April lalu sehingga kini masih tidak dapat dikesan. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, remaja lelaki itu yang dikenali sebagai Mohd. Edry Farhan Suding beralamat Kampung Gelang Gelonggong, Beris Lalang, Bachok dicari bagi membantu siasatan. Remaja perempuan terbabit dikatakan telah hilang dari rumah keluarganya sejak hari kejadian kira-kira pukul 1.30 petang dan sehingga kini masih belum lagi dijumpai. “Polis sudah menjejaki remaja lelaki ini namun gagal ditemukan. Mohd. Adry perlu tampil memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menyelesaikan segera kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, dekat sini, hari ini. Nik Aminudin memberi...

Pemandu Grab Jadi Tebusan 12 Jam

Seorang pemandu Grab terpaksa mengharungi detik menakutkan lebih 12 jam apabila dia dijadikan tebusan oleh seorang kaki judi yang menyamar sebagai penumpang. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin, mangsa berusia 34 tahun itu mendapat panggilan melalui aplikasi Grab dari seorang wanita di Taman Sri Perak, Jalan Perak, Jelutong di sini. Namun, apabila mangsa tiba di kawasan tersebut, dia mendapati, penumpang tersebut adalah seorang lelaki yang meminta untuk dihantarkan ke Plaza Gurney. “Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa membawa suspek menaiki keretanya namun diminta agar singgah sebentar ke sebuah restoran nasi kandar di Jelutong bagi membungkus makanan untuk ibunya. “Mangsa menuruti arahan suspek dan membawanya ke rumah ibunya di Taman Sri Perak. Selepas itu, suspek mengarahkan mangsa menghantarnya di Seri Tanjong Pinang. Ketika tiba di lokasi rumah tersebut, suspek meminta mangsa memberhentikan keretanya di hadapan ...