Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2023

Hormati Dan Jangan Campur Urusan Agama Islam - Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini. Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertitah demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam. Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office hari ini, Sultan Selangor turut bertitah bahawa MKI yang dipengerusikan baginda, memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam. MKI juga dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya melibatkan undang-undang dan agama Islam. Justeru, Sultan Selangor mengharapkan agar ahli politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus menc...

Seorang Wanita Di Palestin Lahirkan Bayi Kembar Empat Ketika Perang Sengit

GENTING GAZA - Iman al-Masry sedang hamil kembar empat ketika perang Gaza meletus pada 7 Oktober lalu dan dia bersama keluarganya terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer dari Beit Hanoun ke kem pelarian Jabalia untuk mendapatkan perlindungan. "Perjalanan sejauh itu menjejaskan kandungan saya yang ketika itu berusia enam bulan," kata wanita berumur 28 tahun itu sambil menambah dia terpaksa menjalani pembedahan caesarean pada 18 Disember lalu. Iman turut menceritakan bagaimana dia diminta untuk segera meninggalkan hospital bersama tiga bayinya manakala seorang yang hanya seberat satu kilogram dan diberi nama Mohammed meninggal dunia kerana terlalu lemah. "Kami perlu keluar dari hospital untuk memberi katil kepada pesakit lain," ujarnya. Hampir dua minggu berlalu, Iman bersama si kembar tiga, Tia, Lynn dan Yasser kini berlindung di sebuah bilik darjah yang sesak di Deir al-Balah bersama 50 ahli keluarga lain. - Agensi

Adik Harraz Ilman Ditemui Lemas Tertiarap Di Dasar Sungai

Pencarian kanak-kanak yang hilang selepas tergelincir ketika bermain air di Sungai Tok Hakim di Kampung Tok Hakim dekat Kuala Terengganu berakhir apabila mayatnya ditemukan kira-kira pukul 11 pagi ini, sekitar 30 meter dari tempat kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata mayat Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan, 11, ditemukan oleh pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada kedalaman kira-kira 1.5 meter. Beliau berkata susulan penemuan itu operasi yang bermula 5 petang semalam ditamatkan pada pukul 12 tengah hari. "Mayat ditemukan dalam keadaan tertiarap di dasar sungai. Kita hadapi kesukaran untuk menemukan mayat itu disebabkan faktor cuaca dan keadaan dasar sungai yang penuh dengan pokok-pokok liar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Tok Hakim, di Kuala Terengganu hari ini. Dalam kejadian 4.46 petang semalam, Muhammad Harraz Ilman dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika be...

Dipenjara 15 Tahun Kerana Rogol Anak Kawannya Sendiri Berusia 12 Tahun

Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Klang hari ini selepas didapati bersalah merogol anak kenalannya, tahun lepas. Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Zainol Hafiz Mohamad Azmi, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan. Syafeera memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini, selain mengenakan perintah kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman. Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Zainol didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di Sawah Sempadan, Tanjong Karang, dekat Klang pada 4 pagi, 6 Feb 2022. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat. Isterinya yang berada di galeri awam dilihat menangis teresak-esak sebaik mahkamah menjatuhkan hukum...

PAKIN, MHO Bersama 179 Mangsa Penipuan Umrah Desak Polis Beri Perkembangan Siasatan

Kira-kira 179 mangsa menerusi Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (Pakin) mendesak agar pihak Polis membantu mereka menyelesaikan penipuan sebuah syarikat pengendali umrah. Mereka mahukan polis memaklumkan perkembangan baharu siasatan dikaitkan dengan syarikat ternama yang didakwa memperdaya ratusan mangsa melalui pakej yang ditawarkan syarikat itu. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kerugian yang dialami mangsa kini mencecah RM1.2 juta selain terdapat mangsa yang belum diterbangkan menunaikan umrah sejak 2019. Katanya, walaupun ratusan laporan polis telah dibuat mangsa sejak Mac hingga Oktober tahun ini, namun mangsa mendakwa pihak polis klasifikasikan kes sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau ‘Refer to Other Agency’ (ROA) iaitu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). “Selain itu, pelbagai janji termasuk cek dan jadual penerbangan semul...

Warga Emas Jadi Mangsa Penipuan Pelaburan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 84 warga emas ditipu syarikat pelaburan tidak berdaftar atau tidak wujud setelah terlibat dalam satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamudin Hashim berkata, pihaknya menerima 84 aduan kes penipuan skim pelaburan daripada warga emas. “Konsep pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut adalah dijanjikan satu pemulangan dividen lumayan dan manfaat-manfaat lain tetapi sebenarnya tidak wujud,” katanya kepada sidang akhbar di sini hari ini. Yang hadir sama Timbalan Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia, Ahmad Nazri Ibrahim dan aktivis MHO, Andrew Foo. Kata Hishamuddin, kira-kira RM12 juta direkodkan hasil penipuan skim pelaburan syarikat daripada 84 warga emas terlibat. Menurutnya, syarikat tersebut bertindak sebagai ejen pemasaran dan menguruskan proses urusan dengan mengarahkan mangsa melalui wakil syarikat tersebut untuk memasukkan atau menyer...

Lelaki Tikam Wanita Bertubi-tubi Selepas Makan Bersama

KLANG - Seorang lelaki diberkas selepas menikam seorang wanita sehingga maut dalam kejadian berdekatan sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi dekat sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati mangsa berumur 26 tahun sebelum itu bertemu dengan suspek di restoran berkenaan kira-kira jam 1.20 petang. "Selepas selesai makan, kedua-dua mereka kemudiannya pergi ke kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir kereta berdekatan. "Siasatan mendapati, ketika tiba di kereta, suspek kemudiannya bertindak menikam mangsa beberapa kali menggunakan sebilah pisau," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Hoong Fong berkata, suspek kemudiannya memasukkan mangsa ke dalam kereta berkenaan sebelum bergerak ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar. "Setibanya di rumah, suspek cuba beberapa kali mengejutkan mangsa, namun mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. "Suspek kemudian bertindak mencederakan diri...

Wahab Buat Laporan Polis Dakwa Kena Gangguan Seksual, Nafi Terlibat Komplot Jatuhkan Agus

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan diterima pihaknya oleh pengadu iaitu Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abd Kader Jilani, 33. "Berdasarkan laporan itu, Abdul Wahab mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel. "Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat. Razarudin berkata, Abdul Wahab mendakwa tampil membuat laporan bagi melindungi diri selain menafikan terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap Mohammad Agus. Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan mengenai kes ini dan akan memanggil beberapa individu untuk direkod keterangan. Pada Khamis, Abdul Wahab hadir ke I...

Demi Memenuhi Impian Untuk Bergelar Doktor Falsafah, Nurul Hana Bakar Brownies Jam 3 Pagi

SERDANG, 28 Nov - Demi memenuhi impian dan cita-cita untuk bergelar sebagai seorang Doktor Falsafah, ramai yang sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sampingan demi menampung yuran pengajian. Usaha itu turut dilakukan graduan PhD Mikrobiologi Perubatan, Dr. Nurul Hana Zainal Baharin, 32, membakar brownies setiap hari untuk mendapatkan pendapatan harian sepanjang menjadi pelajar PhD sepenuh masa. “Aroma dari brownies menjadi peneman saya untuk membaca journal, menyiapkan kertas kajian serta disertasi. Kebiasaannya saya akan mula masuk dapur pada pukul 8 malam setelah pulang menjadi guru kelas tambahan sekolah rendah dan menengah. “Ada kalanya saya membakar brownies sehingga pukul 3 pagi terutamanya apabila mendapat tempahan yang banyak kerana ketuhar saya tidak besar selain dulang hanya ada lima dan pernah juga tidak tidur demi menyiapkan tempahan pelanggan,” katanya. Sepanjang empat tahun setengah perjalanan PhD, Dr. Hana telah menjual lebih 3,000 unit brownies dengan pendapatan kira-ki...