Skip to main content

Demi Memenuhi Impian Untuk Bergelar Doktor Falsafah, Nurul Hana Bakar Brownies Jam 3 Pagi


SERDANG, 28 Nov - Demi memenuhi impian dan cita-cita untuk bergelar sebagai seorang Doktor Falsafah, ramai yang sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sampingan demi menampung yuran pengajian.

Usaha itu turut dilakukan graduan PhD Mikrobiologi Perubatan, Dr. Nurul Hana Zainal Baharin, 32, membakar brownies setiap hari untuk mendapatkan pendapatan harian sepanjang menjadi pelajar PhD sepenuh masa.

“Aroma dari brownies menjadi peneman saya untuk membaca journal, menyiapkan kertas kajian serta disertasi. Kebiasaannya saya akan mula masuk dapur pada pukul 8 malam setelah pulang menjadi guru kelas tambahan sekolah rendah dan menengah.

“Ada kalanya saya membakar brownies sehingga pukul 3 pagi terutamanya apabila mendapat tempahan yang banyak kerana ketuhar saya tidak besar selain dulang hanya ada lima dan pernah juga tidak tidur demi menyiapkan tempahan pelanggan,” katanya.

Sepanjang empat tahun setengah perjalanan PhD, Dr. Hana telah menjual lebih 3,000 unit brownies dengan pendapatan kira-kira RM1,000 hingga RM2,000 sebulan. Beliau memanfaatkan sepenuhnya perniagaan secara dalam talian menerusi aplikasi media sosialnya.

Selain menjadi seorang penjual brownies, anak kelahiran Kluang ini turut melakukan pelbagai jenis pekerjaan termasuklah mengambil upah semakan pruf, perniagaan penghantaran hadiah secara mengejut dan guru kelas tambahan bagi murid-murid sekolah.

“Selain itu, saya juga menjadi seorang pensyarah sambilan untuk pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ) di Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Saya sentiasa membuat senarai perkara yang harus dilakukan setiap kali sebelum tidur termasuk menyediakan jadual aktiviti harian dari pagi sehingga malam bagi memastikan saya mempunyai pengurusan masa yang baik. Saya juga sentiasa bersedia dengan plan A dan plan B,” katanya.

Sungguhpun sudah berjaya meraih PhD pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-47 hari ini, beliau tetap akan meneruskan perniagaan brownies.-UPM

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...