KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik kononnya sambutan ‘pesta Halloween’, beberapa pusat hiburan sekitar ibu negara diserbu pihak berkuasa yang mendapati ia hanya satu penyamaran untuk mengaburi pihak luar. Tidak cukup dengan itu wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan (GRO) juga berhias seumpama mayat hidup mahupun hantu bagi menyambut dan memberikan 'perkhidmatan' kepada tetamu. Operasi yang bermula jam 1 pagi tadi, dijalankan secara bersepadu oleh beberapa agensi kerajaan termasuk anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Operasi diketuai Pengarah Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Azman Mahmood. “Kita dapat aduan mengatakan ada “pesta Halloween” untuk budaya barat tetapi yang teribat adalah warga kita dan sampingan warga asing itu adalah sebagai pelengkap pada pusat hiburan yang ada sekitar Kuala Lumpur,” katanya. Menurutnya lagi...