Video Nakal Suami, Ayu Raudhah Lapor SKMM


BARU-baru ini, tersebar video nakal membabitkan pemain bola sepak, Zaquan Adha yang juga suami kepada pelakon, Ayu Raudhah.

Bagaimanapun ujar Ayu, 34, dia terlebih dahulu sudah mengetahui kewujudan video terbabit kerana ia adalah koleksi peribadi mereka yang telah disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak.

“Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki,” ujarnya kepada mStar Online.

Video yang tersebar itu memperlihatkan individu mirip Zaquan memakai seluar dalam berwarna putih beraksi di hadapan kamera.

Dalam pada itu Ayu berkata, dia terkejut dan kesal dengan perkara yang boleh menjejaskan nama dan reputasi suaminya.

“Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan.

“Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ayu berkata, suaminya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ayu berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 30, pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun. - Sinar Harian