SEPANG – Ibarat melepaskan anjing tersepit! Itu situasi didakwa Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) apabila kerja kemanusiaan pihaknya dinafikan selepas berjaya membawa pulang tujuh rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Laos. Ia bermula apabila ketujuh-tujuh mereka dibawa pulang dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mereka dikatakan menafikan segala bantuan daripada NGO berkenaan sehingga berlaku sedikit ketegangan dengan aktivis MHO dengan salah seorang daripada mangsa. Seorang aktivisnya, Azirul Syafiq Sazali berkata, pihaknya kecewa dengan ketujuh-tujuh mangsa yang bertindak meninggalkan pihaknya tanpa sebarang makluman. “Mereka membuat aduan kepada MHO bahkan (mereka) kata pihak kedutaan yang tolong mereka segala-galanya, pihak kedutaan pun tidak tahu mereka jadi mangsa. “Kita (MHO) yang bawa senarai ketujuh-tujuh mangsa hantar ke kedutaan, kita bayar kos penginapan hotel mereka malah mereka pun t...