Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Saman Yang Difailkan Najib Suatu Yang Melampau Dan Menyakitkan Hati - Hakim

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap AmBank dan bekas Pengurus Perhubungannya Joanna Yu Ging Ping atas dakwaan cuai dalam pengendalian akaun-akaunnya dengan mendedahkan transaksi akaun kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Hakim Datuk Khadijah Idris memutuskan saman yang difailkan oleh Najib itu sebagai suatu yang melampau, menyakitkan hati, remeh-temeh dan menyalahgunakan proses mahkamah. Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan AmBank, AMMB Holdings Berhad dan Yu selaku defendan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Najib pada 9 Dis tahun lepas. Khadijah berkata saman Najib terhadap tiga defendan terbabit merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana dibuat sebagai kolateral untuk perbicaraan kes jenayahnya berhubung dana SRC International Sdn Bhd. “Tindakan plaintif ini bukan untuk menuntut ganti rugi tetapi sebagai kolateral (jaminan) bagi memperkukuh (pembelaan) plaintif dalam kes ...

Positif COVID-19, Saya Mohon Kepada Yang Pernah Bersama Saya Buat Saringan Segera

Calon Barisan Nasional (BN) bagi N.03 DUN Pitas Sufian Abd. Karim mengesahkan beliau positif COVID-19 dan memohon individu yang bersamanya mengambil langkah berjaga-jaga. Dalam hantaran di Facebook, Sufian turut memohon maaf kepada pengundi, petugas, jentera, rakan dan keluarga yang banyak membantunya ketika kempen atas perkara itu. "Mohon kepada semua yang pernah bersama saya mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya dengan membuat saringan. "Maaf atas segala kesulitan. Semoga ia tidak mematahkan semangat kita dalam perjuangan ini," katanya. Sebelum ini beberapa ahli politik mengesahkan diri mereka positif COVID-19 antaranya Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii. Mereka merupakan antara pemimpin UMNO yang telah berada di Sabah sejak beberapa hari lepas bagi menyertai Jentera Pilihan Raya BN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN). Antara yang diminta menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat Razlan pula ...

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

LIHAT mana-mana orang yang hebat, kemudian lihat pula ibu dan ayahnya. Kebanyakan orang yang hebat, di belakang mereka ada ibu yang sangat mengambil berat mengenai pendidikannya. Ia bermula daripada seorang ibu dan ayah, lebih-lebih lagi apabila anak mendapat doa seorang ibu. Nabi SAW turut berpesan supaya berbuat baik kepada ibumu! Ibumu! Ibumu! Malah, Islam juga mengangkat darjat ibu susuan menjadi mahram bagi anak seperti ibu kandungnya sendiri. “Di sebalik kejayaan mereka ada ibu solehah yang sentiasa mendorong perkara itu. Ibu-ibu yang menanam kualiti akhlak dalam dirinya selalunya akan memetik hasil menakjubkan daripada kesolehan anak-anak. “….Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah memelihara mereka…” (Surah al-Nisa’, ayat 34) Nabi SAW pernah memuji wanita Quraisy kerana perhatian besarnya kepada anak-anak dan suami. “Wanita Quraisy adalah sebaik-baik wanita Arab. Merekalah paling belas kasihan terha...

Sabar Hadapi Ujian Allah, Dugaan Tanda Allah Sayang Kita

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3) Ayat al-Quran itu menjelaskan fitrah orang beriman pasti akan diuji Allah SWT. Bagi memastikan...

Kehebatan Istighfar Kunci Penyelesaian Masalah

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12) Firman Allah itu pasti membuatkan kita bertambah bersemangat untuk selalu memohon keampunan Allah. Kayanya Allah, Dia bukan sahaja menjanjikan keampunan-Nya, bahkan menjanjikan kekayaan daripada limpah kurnia-Nya yang luas. Rezeki manusia sudah disusun cantik oleh Allah SWT, namun ia tetap memerlukan kita untuk lebih berusaha dan bersungguh-sungguh mencapai apa yang dihajatkan termasuk melakukan amalan yang boleh membuka pintu rezeki. Pendakwah, Mohd Hassan Adli Yahaya, berkata istighfar menjadi antara kunci ‘menjemput’ rezeki yang sangat kuat...

Ini Jawapan Zahid Bila Anwar Umum Kerajaan Muhyiddin Tumbang

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Ini kerana, kata beliau, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN). "Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen PN. "Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja. "UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar bagi menyatakan hasrat beliau," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu. Ahmad Zahid berkata, ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN telah menyuarakan sokongan. Namun, Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci bentuk sokongan itu. "Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendiri...

Banyak Kampung Terpinggir, Tiada Talian Telefon Dan Internet

NABAWAN: "Di kampung ni terlampau banyak sangat ketinggalan." Itu keluhan seorang anak muda dari Kampung Loboh yang berasa seakan terpinggir biarpun perkampungan itu hanya dua kilometer dari pekan Nabawan. Menurut Railly Sambilor, 26, sebagai belia dia tidak merasai apa yang dinikmati golongan itu di pekan atau bandar lain yang mempunyai talian telefon dan internet. Untuk berhubung antara satu sama lain, penduduk di empat buah kampung menggunakan radio mudah alih walkie talkie. "Di kampung ini terlampau banyak ketinggalan terutama internet. "Ia adalah satu keperluan terutama sekarang untuk memudahkan pelajar-pelajar belajar dengan internet. "Kampung ini talian telefon pun tidak berapa baik dan menyebabkan kami di empat buah kampung terpaksa menggunakan walkie talkie," katanya. Empat buah kampung tersebut adalah Kampung Enam, Mangkulasing, Loboh dan Nandilikan. "Belia di sini sebenarnya mahu sangat macam di luar sana. "Semua anak-anak muda disini...

Henti Sebar Video 'Kubur Berdarah'" Ia Mengaibkan Jenazah Dan keluarga

ALOR SETAR: Imam Masjid Al Irfan di Derga, di sini, Abdul Hadi Awang, 55, merayu kepada orang awam supaya menghentikan penyebaran video “kubur berdarah” seperti yang sedang tular di media sosial. Menurutnya, seluruh jemaah masjid terkilan dengan penyebaran berita "kubur berdarah" itu kerana boleh mengundang pelbagai andaian selain mengaibkan jenazah berkenaan. Katanya, dia juga berharap keluarga Allahyarham bersabar dan bertenang kerana perkara itu sudah menjadi kes polis. Menceritakan keperibadian arwah, Abdul Hadi berkata, sepanjang hayatnya, Allahyarham merupakan seorang yang berperibadi mulia dan sentiasa memberi sumbangan kepada khariah masjid. Abdul Hadi berkata, Allahyarham meninggal dunia dan dikebumikan tiga minggu lalu pada usia 78 tahun akibat sakit tua. Kata Abdul Hadi, ketika berkunjung ke tanah perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan kepada jenazahj tempoh hari, beliau dan rakan-rakan jemaah lain menyedari terdapat cecair merah di kubur sekitar pukul 11 ...

Hina Nabi Muhammad, Suri Rumah Ini Didenda RM2,000

Seorang suri rumah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya Februari lalu. Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Fadilah Hamid, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan hari ini. Mahkamah turut memerintahkan ibu kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook "Fadhilah Abdulhamid" dengan niat untuk menganiayai orang lain dan kenyataan tersebut telah dibaca di laman profil Facebook "Fadhilah Abdulhamid" di Apartment Seri Ceria, Jalan Jalil Indah Pinggiran Bukit Jalil, Cheras di sini, kira-kira 9.14 pagi pada 19 Feb tahun lepas. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a...

Kejadian Pergaduhan Di Taman Pengkalan Indah

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut ditetak selepas dipercayai bertindak menunjukkan kemaluannya kepada isteri orang dalam satu kejadian pergaduhan di Taman Pengkalan Indah, di sini, Ahad lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata sebelum kejadian, mangsa pemandu lori yang berusia 25 tahun dan sudah berkahwin itu bersama rakannya telah menimbulkan kekacauan dan membuat bising di hadapan sebuah rumah, kira-kira 9 malam. “Hasil siasatan, kedua-duanya beredar sebelum muncul kembali selang beberapa minit sehingga berlaku pertengkaran mulut dengan dua penghuni lelaki di rumah itu. Mangsa dan rakannya bertindak membaling topi keledar serta parang di dalam pekarangan rumah itu. “Mangsa kemudian bertindak membuka seluar dan menunjuk kemaluannya kepada isteri salah seorang penghuni rumah yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi. Beliau berkata perbuatan itu menyebabkan pergaduhan berlarutan sehingga melibatkan penggunaan ...

Lelaki Warga Bangla Ini Di Denda

TINDAKAN lelaki warga Bangladesh menggoda isteri orang membawa padah apabila dia didenda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Marang pada Selasa. Menurut laporan Astro AWANI, Hukuman itu diputuskan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda selepas tertuduh Abu Taher, 35, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja di sebuah kilang papan didakwa telah memujuk seorang wanita berusia 38 tahun yang juga isteri orang dengan niat akan melakukan persetubuhan haram. Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta di kawasan Pekan Wakaf Tapai, Marang sekitar bulan April lalu. Dengan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan. Bagi kesalahan itu, ia memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Asisten Superintendan Othman Ibrahim. - Astro AWANI

Anak Pulang Dari Mengaji Dengar Tangisan Bayi Dalam Longkang

Seorang bayi perempuan masih bertali pusat yang dipercayai dilahirkan kurang 24 jam ditemui di Kampung Solok, Tangkak Menurut laporan Berita Harian Online, bayi yang masih bertali pusat seberat 2.6 kilogram itu ditemui di longkang Jalan Kebun, semalam. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata anggota Balai Polis Tangkak menerima panggilan daripada lelaki memberitahu penemuan bayi itu pada jam 6.18 petang. Beliau berkata, lelaki itu mendakwa anaknya yang pulang dari mengaji terdengar tangisan bayi dalam longkang kira-kira 50 meter berhampiran kediamannya. "Lelaki itu kemudiannya membalut bayi itu dengan sehelai kain, sebelum meletakkannya di tepi jalan. "Pemeriksaan yang dijalankan kakitangan perubatan mendapati bayi yang tidak dikenali bangsa itu berkeadaan sihat dan dibawa dengan ambulans ke Hospital Tangkak untuk pemeriksaan lanjut. "Tiada sebarang dokumen atau barang milik bayi ditemui dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 317 Kanun Kesek...