Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2024

Akmal Didesak Minta Maaf Pada Teresa Kok Isu Sijil Halal

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Salleh didesak meminta maaf kepada Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dan semua rakyat Malaysia berhubung isu pensijilan halal. Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata keputusan terkini kabinet untuk tidak mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan perniagaan makanan yang tidak menjual daging babi dan alkohol membuktikan kebenaran pendirian Kok. "(Keputusan kerajaan) membuktikan kebimbangan Kok mengenai perkara tersebut berlandaskan undang-undang dan hak perlembagaan semua rakyat Malaysia. "Pandangannya mencerminkan kebimbangan semua lapisan masyarakat kerana rakyat, termasuk peniaga kecil Melayu dan bukan Melayu, sedang berdepan kesukaran ekonomi," kata Boo pada satu kenyataan hari ini. Sebelum ini Kok yang juga ahli parlimen Seputeh disiasat berhubung kenyataannya mengenai cadangan mewajibkan pensijilan halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol. Antara lain Kok berkata ca...

Isu Sijil Halal: Polis Ambil Keterangan Teresa Esok

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dijangka akan memberi keterangan berhubung siasatan isu pensijilan halal kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi berkata, keterangan Ahli Parlimen berkenaan dijangka akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 10 pagi. Menurutnya, terdapat beberapa saksi lain juga akan dipanggil bagi membantu siasatan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). "Kita (polis) juga akan menentukan kemudian sama ada untuk memanggil saksi-saksi lain," katanya secara ringkas. Semalam, PDRM mengesahkan menerima lima laporan terhadap Teresa berhubung kenyataannya membabitkan isu pensijilan halal yang dikatakan membebankan peniaga di Malaysia. Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan selain Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Siasatan akan dilakukan mengikut prosedur op...

Syamsul, Ira – Antara Cinta, Pembalasan Dan Air Mata

KIFARAH! Itu antara ayat yang ditujukan kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof apabila perkahwinan dengan isteri baharunya, Ira Kazar yang hanya mampu bertahan dalam tempoh kurang dua tahun tahun. Ibarat sampah cacian susulan kehancuran perkahwinan pertamanya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana hancur musnah pada Jun 2023 belum terlupus, perceraian talak satu dengan Ira atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, pada 5 September lalu pula mencetuskan tepuk sorak. Kekalahan Ira-Syamsul seakan-akan kemenangan semula Sarah di mata ramai. Sejak kes dikemukakan ke mahkamah, segala macam komen pedas dalam media sosial portal berita sebaik khabar perceraian mereka dimuat naik, sama seperti pengumuman pernikahan pasangan terbabit di Selatan Thailand dihebahkan 6 Januari 2023. Namun ketika ditemui media di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Khamis lalu, bapa kepada dua cahaya mata itu juga mengambil pendekatan mengunci mulut sama seperti sewaktu mendepani momen perceraia...

Suami Menangis, Tangkap Isteri Tanpa Seurat Benang Bersama Kekasih

JAKARTA – Seorang suami menangis apabila melihat isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang bersama lelaki lain di atas katil di sebuah rumah di bandar Mojokerto, Pulau Jawa, lapor portal berita detikjatim kelmarin. Suami yang dikenali sebagai RF itu melihat keadaan isterinya ketika menyerbu rumah kekasih gelap wanita berkenaan. Dia melakukan serbuan bersama empat individu lain kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) pada Selasa lalu. Kekasih gelap isterinya itu sudah beristeri dan berumur 40 tahun serta mempunyai 2 anak. Isteri kepada RF pula berumur 34 tahun. Rakan RF, Faisal Umar berkata, pihaknya memecahkan pintu depan rumah yang dikunci. “Pintu bilik juga dipecahkan dan kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan telanjang di dalam bilik,” jelasnya kepada wartawan. RF kemudian menangis ketika melihat keadaan isterinya dengan lelaki lain di dalam bilik tersebut. Pasangan curang itu ditangkap oleh penduduk sebelum dibawa ke pejabat Desa Sambiroto. “RF sudah curiga tentang ini (isterin...

VIDEO Lebih 500,000 Turun Demonstrasi DI Israel

Puluhan ribu rakyat Israel berdemonstrasi di seluruh negara haram itu pada Ahad mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu melakukan perjanjian pertukaran tebusan dengan kumpulan Palestin di Gaza. Akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Jalan Begin, Tel Aviv untuk memberikan tekanan kepada Netanyahu supaya mencapai perjanjian pertukaran tawanan dengan Hamas. Penunjuk perasaan menyekat beberapa jalan di Jerusalem, Haifa, Ashdod, Ramat Negev dan Kfar Tavor, menurut badan penyiaran awam negara Israel, KAN. Wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut melaporkan demonstrasi semalam yang merupakan himpunan terbesar sejak perang itu bermula dianggarkan disertai 280,000 penunjuk perasaan di Tel Aviv dan sekitar 500,000 di seluruh Israel. Agensi berita Turkiye, Anadolu pula melaporkan ribuan orang menganjurkan perarakan besar-besaran di depan pejabat kerajaan di Jerusalem untuk menuntut perjanjian itu bagi melindungi nyawa baki tebusan...

3 Buah Rumah Terbakar, 12 Penghuni Hilang Tempat Berteduh

MERADONG -- 12 penghuni tiga buah rumah di Kampung Muara Bunut hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada jam 9.21 pagi. "Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan kesemua rumah jenis tidak kekal yang dibina berdekatan antara satu sama ot," ujarnya. Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan 2 aliran 200 kaki 2 nozel yang manna sumber air diperoleh dari sumber terbuka iaitu dari air kolam berdekatan. Setelah hampir dua jam memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 11.31 pagi. Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa. Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami kesemua mangsa bagaimanapun masih ...