Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Wanita Maut Dalam Keadaan Mengerikan Akibat Diragut.

MEDAN - Seorang wanita maut dalam keadaan yang mengerikan akibat daripada cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut oleh dua orang lelaki. Mangsa yang dikenali sebagai Rara Sitta berusia 24 tahun bekerja sebagai pegawai bank dikatakan telah diragut oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali. Ketika kejadian dikatakan mangsa sedang menunggang motorsikal dan sedang dalam perjalanan balik ke rumah selepas habis waktu bekerja iaitu kira-kira pukul 7.30 malam. Menurut keterangan daripada saksi yang melihat kejadian tersebut memberitahu bahawa kedua-dua lelaki itu sedang menunggang motorsikal dari arah yang sama dengan mangsa sebelum salah seorang dari mereka bertindak menarik beg tangan milik mangsa yang juga sedang menunggang motor. Akibat daripada perbuatan peragut berkenaan, Rara dikatakan cuba melawan peragut tersebut sehingga menyebabkan dia hilang kawalan sebelum terjatuh dan diseret sejauh 7 meter oleh sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan. Kereta ...

“Jangan Salahkan Dia!”, Kamal Enggan Panjangkan Kontroversi.

Kontroversi pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong sudah berakhir selepas Emma datang memberi sokongan kepada Kamal Adli di Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017) malam tadi. Menurut laporan Astro Gempak, Kamal Adli meminta semua pihak agar tidak menyalahkan Emma Maembong yang mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan mereka putus. Sebelum ini, Emma membuat kenyataan mengenai hubungan cinta mereka telah bernoktah kerana kontroversi yang berlaku antara Kamal dan pelakon berdarah kacukan, Zahirah Macwilson. “Saya tahu dia mengeluarkan kenyataan tersebut ketika sedang marah. Saya harap semua pihak tidak marah dan menyalahkan Emma. “Apa yang berlaku antara kami merupakan khilaf saya sendiri. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Emma serta berharap agar semua orang faham keadaan kami dan tidak menyalahkan Emma. “Jangan salahkan dia kerana apa yang dirasakan itu merupakan luahan hatinya sebagai teman wanita saya. Sebagai insan yang paling rapat dengan Emma...

Lelaki Parah Dibelasah Sekumpulan Remaja.

BUTTERWORTH - Seorang lelaki cedera parah dibelasah sekumpulan remaja lelaki bersenjatakan batang kayu dan besi di sebuah restoran di Raja Uda, di sini Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian 1.45 pagi itu, mangsa berusia 45 tahun mengalami kecederaan pada kepala dan badan selepas diserang lebih 10 remaja lelaki ketika sedang minum di restoran itu. "Mangsa mendakwa tidak mengenali mereka yang menyerangnya dan selepas dipukul dia sempat menghubungi ibunya memaklumkan kejadian itu sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya," katanya di sini hari ini. Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun di Mak Mandin, kira-kira 12.30 tengah malam tadi dan memburu dua rakannya yang telah dikenal pasti identiti mereka. "Remaja itu mengaku terlibat dalam kejadian itu dan polis sedang kenal pasti tujuh lagi suspek yang turut terlibat dalam pergaduhan itu. D...

Kamal Adli juara Super Spontan Superstar 2017

PELAKON Kamal Adli diumumkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017, Kamal yang merupakan anggota kumpulan King Musang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dan trofi. Menurut laporan Astro AWANI, gelaran naib johan menjadi milik Fad Bocey sekali gus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Sementara itu, Achey Bocey menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi. Ozlynn, Shuk SYJ, Mamak Puteh, Shahrol Shiro dan Sharif Zero terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang. Berbeza dengan pentas mingguan yang menyaksikan pertarungan antara kumpulan King Musang dan Tenggiling Taiko, pentas akhir SSS2017 menyaksikan semua peserta bersaing secara individu untuk meraih gelaran juara. SSS2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’. Minggu akhir SSS201...

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan Ditikam Di Kepala Dan Bahu

SUNGGAI BULOH: Datuk Sohaimi Shahadan yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, cedera ditikam di kepala dan bahu. Menurut laporan mStar Online, Datuk Sohaimi ditikam oleh seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman, kejadian itu dkatakan berlaku di hadapan rumahnya, di Sungai Buloh malam Jumaat. Isterinya, Datin Nurul Azni Roslan ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika Sohaimi berada di kediamannya di Sungai Buloh dan ingin keluar menuju ke Shah Alam bersama pemandu dan adik iparnya. "Mula-mula orang itu baling batu ke arahnya dan belum sempat dia bertanya mengapa orang tersebut bertindak begitu, dia terus ditikam. "Kejadian malam ini bukanlah kali pertama berlaku. Orang yang sama pernah menyerang suami saya sebelum ini dengan membaling batu dan menyimbah cat ke arah kereta kami," dakwanya. Menurut Nurul Azni, keadaan Sohaimi yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Jamin itu setakat ini stabil dan beliau kini dirawat di Hosp...

Kanak-kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Kerana Makan Terlalu banyak.

China - Seorang kanak-kanak maut akibat di beri makan oleh neneknya dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur sehingga menyebabkan trakea. Menurut ibu mangsa, ketika kejadian anaknya itu sedang di jaga oleh ibunya kerana dia serta suami menghadiri sebuah majlis pertemuan. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Longlonh berusia 3 tahun tersebut dikatakan telah diberi makan sarapan pagi kira-kira pukul 11.30 pagi iaitu sebelum mangsa bermain. Nenek mangsa turut mengakui bahawa selepas sejam kemudian beliau ada memberikan bubur, roti serta dua biji telur rebus beserta secawan susu sebelum mangsa tidur tengah hari. Namun begitu, menurut nenek mangsa tersebut cucunya itu sememangnya pada awalnya telah menolak untuk memakan makanan tersebut namun tidak dihuraukan olehnya. Malah nenek mangsa telah memaksa mangsa untuk memakan makanan tersebut kerana khuatir mengenai diri cucunya itu. Nenek mangsa hanya menyedari keadaan cucunya itu yang tidak sedarkan diri serta bibirnya yang telah ...

6 Gambar: Gadis Berusia 13 Tahun Tidak Bangun Dari Tidur Selama 13 Hari

BANJARMASIN: Bagaikan cerita dongeng Sleeping Beauty, kisah gadis berusia 13 tahun ini yang dikatakan telah tidur selama 13 hari dan mrmbuat keluarganya risau hingga mencetuskan persoalan tentang penyakitnya itu. Menurut laporan Astro AWANI, gadis dari Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia meresahkan keluarganya kerana telah tidur selama 13 hari. Siti Raisa Miranda yang berusia 13 tahun digegaskan ke sebuah hospital tempatan pagi kelmarin setelah mendapat khidmat nasihat dari doktor pakar saraf dan psikiatri dari pusat kesihatan masyarakat setempat, lapor portal berita Kompas. Menurut bapanya, Mulyadi, anaknya itu mula tidur tanpa henti pada 11 Oktober lalu selepas Siti Raisa selesai menyertai pertandingan olahraga di sekolahnya tetapi hanya terjaga pada 22 Oktober lalu. Dalam keadaan itu, Siti Raisa dikatakan tertidur dalam posisi terlentang di atas tilam dan tiada pergerakan langsung mahupun bersuara. "Sebelum ini, anak saya pernah tidur tanpa henti bermula dari tujuh ...

'Lepaskanlah Isteri Saya' Dia Tidak Tahu Apa-Apa

Kuala Terengganu: “Tolong lepaskan isteri saya sebab dia tidak tahu apa-apa mengenai motosikal curi itu, yang salah adalah saya,” rayu seorang suami, di Mahkamah Majistret, semalam. Menurut laporan Harian Metro, Muhamad Amirul Ikhram Muhamad, 22, bersama isterinya, Nur Atifah Mat Rani, 20, berdepan pertuduhan mencuri motosikal bersama isterinya. Pasangan suami isteri tersebut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan bermotor yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa bersama-sama mencuri motosikal Honda C100 milik Nor Jala Ngah, 54, di hadapan Kolej Politeknik Kuala Terengganu, Jalan Sultan Ismail, jam 11 pagi pada 11 Oktober lalu. Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Muhamad Amirul Ikhram selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan manakala isterinya mohon dibicarakan. Bagi kesalahan itu, Nur Atifah berdepan hukuman penjara sehingga ...

Israel Siap Sedia Berperang Dengan Iran.

TOKYO: Israel sedia mengambil tindakan ketenteraan untuk memastikan Iran tidak akan memiliki senjata nuklear, kata Menteri Perisikannya, Yisrael Katz, semalam di Jepun. Katz berada di Jepun bagi meminta sokongan kepada tindakan keras Presiden Donald Trump ke atas Tehran. Pada 31 Oktober lalu, Trump berkata beliau tidak menjamin Iran mematuhi perjanjian membatalkan program nuklearnya, yang ditandatangani bekas Presiden Barack Obama, membuka ruang selama 60 hari bagi Kongres untuk bertindak mengenakan semula sekatan. "Jika usaha antarabangsa yang kini diketuai Trump tidak membantu menghentikan Iran daripada membina senjata nuklear, Israel sendiri yang mengambil tindakan ketenteraan. "Ada perubahan yang boleh dibuat pada perjanjian untuk memastikan Iran tidak akan dapat memiliki senjata nuklear," kata Katz dalam temubual di Tokyo. Israel mengambil tindakan sehala pada masa lalu tanpa persetujuan sekutu utamanya, Amerika Syarikat, termasuk serangan udara ke atas...

Pelajar Sekolah Parah Di Langgar Lari

SABAH - Seorang pelajar lelaki kritikal serta tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam satu kemalangan langgar lari oleh sebuah kenderaan. Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Yagami D Rikka melalui akaun facebooknya memberitahu bahawa pelajar lelaki tersebut merupakan anak buahnya. Kejadian langgar lari membabitkan pelajar sekolah ini dikatakan berlaku di area Kionsom Inanam kira-kira pada pukul 12 lebih. Ketika kejadian dikatakan pemandu bas sekolah pelajar berkenaan telah menurunkan pelajar tersebut di seberang jalan menyebabkan mangsa terpaksa melintas jalan tanpa pimpinan daripada orang dewasa. Menurut Yagani, mangsa ketika ini berada dalam keadaan kritikal serta tidak sedarkan diri akibat daripada kemalangan tersebut. Yagami turut memberitahu bahawa dia ahli keluarga mangsa tidak akan melepaskan sesiapa yang terlibat dengan kemalangan tersebut jika terjadi sesuatu yang tidak di ingini kepada mangsa. Yagami memohon kepada mana-mana saksi yang melihat kejad...

Akhirnya Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sah Bercerai.

PETALING - Kontroversi rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa berakhir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini, selepas Hafiz Hamidun ceraikan Joy Revfa dengan talak satu. Menurut laporan Harian Metro, penyanyi Hafiz Hamidun, 33, dan usahawan kosmetik Siti Arifah Mohd Amin, 30,atau Joy Revfa akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Lafaz cerai itu diucapkan Hafiz terhadap Joy di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof, pada jam 4.10 petang tadi. Hafiz selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Shukran berkata berlaku perceraian dengan talak satu Bain Sughra dan memerintahkan Joy tidak perlu menjalani tempoh edah kerana pasangan terbabit tidak pernah mengadakan hubungan kelamin. "Mahkamah juga memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan," katanya ketika...

Dua Penyangak Menyamar Sebagai Polis Samun Dua Penyamun.

KAJANG - Dua lelaki terima padah kerana menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut dua suspek kes samun kedai aksesori telefon bimbit di Jalan Reko Sentral, Kajang Menurut laporan Harian Metro, penyangak jumpa penyamun. Itu yang boleh disimpulkan mengenai kejadian ugut dan samun di Jalan Citra 3, Kajang utama, Kajang, 16 Oktober lalu. Pada mulanya, wanita yang juga pekerja kedai aksesori telefon bimbit di Jalan Reko Sentral, Kajang disamun dua lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong daging di premis berkenaan pada 7 September lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian itu, dua suspek berusia 20-an melarikan wang tunai berjumlah RM632 dan telefon bimbit. "Wanita itu tularkan gambar suspek yang diambil menerusi CCTV (rakaman kamera litar tertutup) sebelum abang angkatnya iaitu dua lelaki tempatan 'memburu' suspek. "Abang angkat mangsa menyamar sebagai anggota polis sebelum memeras ugut dan meny...

Harimau Malaya Jumpa Korea Utara Di Thailand.

Kredit Foto Free Malaysia Today Setelah tiga kali tertunda, skuad kebangsaan menarik nafas lega selepas AFC mengesahkan aksi Kumpulan B itu akan dilangsungkan di Thailand Menurut laporan Astro Arena, pengumuman itu dianggap satu kemenangan moral buat Malaysia selepas AFC menolak cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi di gelanggang berkecuali yang dikemukakan pada Mac lalu. Malah, Korea Utara turut tidak berganjak daripada keputusan untuk mengadakan perlawanan di Pyongyang dengan menawarkan jaminan tahap keselamatan buat Malaysia. AFC, menerusi kenyataan terbaru yang dikeluarkan hari ini, mengesahkan Thailand akan menjadi tuan rumah selepas mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) yang sudi untuk mengadakan kedua-dua perlawanan itu pada 10 dan 13 November depan. Menurut ketua jurulatih merangkap pengurus skuad kebangsaan, Nelo Vingada: "Pemain-pemain negara akan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Py...

Kamal Adli, Emma Putus Zahirah Dedah Mesej Perbualan Mereka

Pelakon Zahirah MacWilson bertindak berkongsikan mesej perbuala diantara dia dan Kamal Adli selepas berang dengan ‘lakonan’ Kamal Adli terhadapnya, Mesej perbualan meraka itu telah dikongsikan dengan orang ramai selepas Emma, 25, membuat kenyataan hubungannga dengan Kamal Adli sudah putus yang antara lain disebabkan Zahirah sebagai puncanya. Menurut laporan mStar Online, Zahirah, 22, mendakwa kesal dengan sikap aktor itu kerana menggunakan nama orang lain untuk kepentingan peribadi khususnya dalam berhdapan isu hubunga dengan kekasih sendiri. “Petik nama orang pandai, kencing girl friend pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai. If you can’t be professional don’t drag people to your mentality. “Jangan disrespect nama orang, kerje orang dan life orang. Jadi matang sikit & jangan nak perasan lebih. Fokus kat kerje instead of jahanam kan image (imej) orang. Tak pasal-pasal disebabkan kerje banggang macam ni, orang lain nampak teruk....

Nabila Huda Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital.

KUALA LUMPUR: Pelakon popular Nabila Huda terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital kerana mengalami kesakitan di bahagian pangkal peha, kelmarin. Menurut laporan Berita Harian Online, Nabila Huda terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di ibu kota kerana tidak dapat menahan rasa sakit pada bahagian pangkal peha. Nabila, 32, bagaimanapun memilih untuk tidak bermalam di pusat rawatan berkenaan bagi melangsaikan penggambaran drama rantaian, Dendam Aurora, yang kini menemui penonton di sebuah saluran berbayar. "Saya mengalami rasa sakit pada bahagian pangkal peha sehingga tidak dapat bergerak. Akhirnya saya dikejarkan ke hospital dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan. Namun sehingga kini punca kesakitan belum dapat dikenal pasti. "Ujian imbasan MRI bakal dilakukan esok bagi mengenal pasti punca kesakitan yang saya alami ini. Buat waktu ini, doktor belum dapat memberi pengesahan, apakah penyakit sebenarnya. "Oleh itu, saya memilih untuk kembali ke lokasi penggamba...

"Kau Tunggu Esok Lusa Kita Jumpa Juga, Kau Dah Langgar Aku Kau Lari."

PORT KLANG - Seorang pemandu kereta bertindak melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motorsikal. Menurut penunggang motorsikal terbabit yang dikenali sebagai Wan Kd Wc melalui akaun facebook miliknya memberitahu bahawa motorsikal miliknya telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta. Walau bagaimanapun ketika pemilik kereta terbabit di minta supaya membayar ganti rugi bagi kerosakkan motorsikalnya namun pemandu berkenaan telah memberikan pelbagai alasan dan enggan membayar ganti rugi. Wan memberitahu pemandu berkenaan kemudiannya telah mengajak dia supaya pergi membuat laporan polis berhubung kejaidan yang berlaku kepada mereka berdua. Wan yang tidak mencurigai pemandu tersebut kemudiannya telah mengikut pemandu berkenaan daripada arah belakang untuk ke balai polis berhampiran bagi membuat laporan polis. Namun begitu, pemandu berkenaan seperti ingin mempermainkannya kerana dia hanya berlegar-legar di sekitar Port Klang sebelum bertindak memecut laju melarik...

Anak Tiga Tahun Hilang, Bapa Ditahan Polis Semula.

Kanak-kanak tiga tahun yang hilang selepas dihukum berdiri di luar rumah pada jam 3 pagi oleh ayahnya sendiri kembali ditahan polis kerana didakwa menukar keterangan asalnya. Menurut laporan Astro AWANI, Bapa Sherin Matthews, kanak-kanak tiga tahun yang hilang selepas diarahkan berdiri di luar rumah pada jam 3 pagi kerana tidak menghabiskan susu, kembali ditahan polis kerana didakwa menukar keterangan asalnya. Wesley Matthews didakwa memberi maklumat yang berbeza daripada keterangan asal yang dibuat, sebaik sahaja Sherin dilaporkan hilang, 7 Oktober lalu. Dalam keterangan asalnya, Wesley memberitahu polis dia menyuruh Sherin, yang merupakan anak angkatnya, berdiri di tepi sebatang pokok yang terletak 30 meter dari rumah mereka di Dallas, Texas, pada jam 3 pagi. Selepas 10 minit, dia kembali untuk mendapatkan Sherin namun mendapati kanak-kanak itu telah hilang. The Washington Post melaporkan, pihak polis bagaimanapun tidak memaklumkan apakah kenyataan baru yang dibuat Wesl...

“Syikin, Tolong Mak... Tolong Mak.” Jeritan Terakhir Mangsa.

Norasyikin bersama rakan ibunya, foto Harian Metro Bukit Mertajam - Anak mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut yang membabitkan dua buah bas pekerja kilang tidak menyangka bahawa itu merupakan kali terakhir dia mendengar suara ibunya. Menurut anak mangsa, ketika kejadian tersebut ibunya itu sempat menghubunginya sebelum disahkan meninggal duniua di tempat kejadian. Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Noriah Kasa, 40 tahun, sempat menghubungi anak sulungnya, Norasyikin Zuryanidufizan, 22 tahun, ketika dia tersepit dalam kemalangan dua bas kilang di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Tol Juru, hari ini . “Syikin, tolong mak... tolong mak.” Itulah jeritan terakhir yang sempat terungkap oleh mangsa ketika menghubungi anaknya, malah kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Norasyikin sehingga sekarang selepas ibunya disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu. Norasyikin berkata, dia ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerj...

12 Gambar: Lapan Maut Dua Bas Kilang Terlibat Kemalangan.

BUKIT MERTAJAM 24 Okt. - Lapan pekerja kilang maut selepas dua bas pekerja terlibat kemalangan di Kilometer 147 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara di sini pagi ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan. "Setakat ini dipercayai lapan pekerja meninggal dunia dan mayat mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya," katanya. Dua pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan lapan mangsa dalam kejadian berhampiran Juru di sini awal pagi tadi ditahan polis bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, pemandu terbabit merupakan lelaki warga tempatan. “Mereka ditahan bagi membantu siasatan selain ujian air kencing akan turut dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Penyampai Radio Wanita Ditikam Di Leher.

MOSCOW - Sorang wanita yang merupakan penyampai radio di Rusia cedera parah selepas ditikam di leher dalam satu kejadian di sini, hari ini. Penyampai radio yang dikenali sebagai Tatyana Felgengauer cedera parah ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumahnya. Menurut laporan Utusan Online, Tatyana Felgengauer kini dimasukkan ke sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. Sehubungan itu, polis menahan seorang suspek dan pihak berkuasa menyatakan motif serangan mungkin berpunca akibat dendam. - Utusan Online