Skip to main content

Kamal Adli, Emma Putus Zahirah Dedah Mesej Perbualan Mereka


Pelakon Zahirah MacWilson bertindak berkongsikan mesej perbuala diantara dia dan Kamal Adli selepas berang dengan ‘lakonan’ Kamal Adli terhadapnya,

Mesej perbualan meraka itu telah dikongsikan dengan orang ramai selepas Emma, 25, membuat kenyataan hubungannga dengan Kamal Adli sudah putus yang antara lain disebabkan Zahirah sebagai puncanya.

Menurut laporan mStar Online, Zahirah, 22, mendakwa kesal dengan sikap aktor itu kerana menggunakan nama orang lain untuk kepentingan peribadi khususnya dalam berhdapan isu hubunga dengan kekasih sendiri.

“Petik nama orang pandai, kencing girl friend pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai. If you can’t be professional don’t drag people to your mentality.

“Jangan disrespect nama orang, kerje orang dan life orang. Jadi matang sikit & jangan nak perasan lebih. Fokus kat kerje instead of jahanam kan image (imej) orang. Tak pasal-pasal disebabkan kerje banggang macam ni, orang lain nampak teruk. Stop the storytelling,” luah Zahirah.

Berdasarkan kepada lapan perkongsian cetakan skirn mesej perbualan itu, Zahirah berasa kesal kerana tidak mengetahui ‘taktik’ Kamal Adli selama ini yang cuba untuk mewujudkan cinta lokasi antara mereka dalam usaha ‘mengenakan’ Emma.

Mesej itu juga turut memperlihatkan Kamal Adli, 31, mungkin bercerita sesuatu terhadap Emma degan membabitkan nama Zahirah.

Kata Zahirah, selama berada di lokasi penggambaran drama Dara Pujaan Dara yang menggandingkannya dengan Kamal sebagai pelakon utama, dia banyak menumpukan kepada kerjanya sahaja.

“You know what, you guys punya problem between you guys. You salah sebab libat nama I for no reason. I duduk kat set baru 3 hari, lepas habis DPD (Dara Pujaan Dara) and I buat hal I sendiri,” tulisnya.

Paparan skrin itu turut memperlihatkan Kamal mengaku kesilapannya kerana wujudnya masalah itu selain berkata hal yang berlaku telah diselesaikan dengan baik.

Malah Kamal juga menekankan yang dia dan Zahirah tidak pernah keluar berkaroke berdua selepas tamat penggambaran drama berkenaan sebaliknya mereka keluar secara beramai-ramai.

Zahira antara lain turut meminta agar namanya tidak terus ‘dipetik’ atau dikaitkan sehingga membawanya terpalit dalam kemelut cinta Kamal dan Emma Maembong itu.

"You yang asyik-asyik tanya pasal I kat orang and I tak tahu anything. You yang cakap jangan bagi tahu Zahirah,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu Emma dalam kenyataannya kepada sebuah portal berita mendakwa dia bersama Kamal termasukah Zahirah dan kekasihnya, Zul Ariffin telah duduk berbincang mengenai kemelut yang berlaku itu.

Namun untuk tidak menjadikan masalah itu lebih rumit, Emma mengambil pendekatan memutuskan hubungannya dengan Kamal sebagai jalan terbaik.

Sebelum bercinta dengan Kamal, Emma pernah digosipkan dengan pelawak Zizan Razak dan hubungan itu juga tidak kesampaian.

"Saya Dah Penat, Malas Nak Layan" - Kamal Adli

Dalam pada itu Kamal Adli memberitahu mStar Online, dia tertekan dan enggan melayan isu berkaitan hubungannya dengan Emma Maembong yang dikatakan sudah putus.

Lebih parah, apabila aktres Zahira MacWilson juga tampil mendedahkan mesej perbualannya dengan Kamal kepada umum pada pagi Rabu.

"Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk.

"Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu," ujarnya.

Kamal berkata, dia tidak faham tindakan pelakon gandingannya dalam drama Duda Pilihan Dara itu bertindak  mengeruhkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, Kamal berkata, orang ramai boleh menilai sendiri perkara berkenaan.

"Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri.

"Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja," ujarnya.-mStar Online

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...