Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2022

Hakim arah kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan dan tiga yang lain membayar RM5 juta kepada keluarga mendiang warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006. Keputusan hakim mahkamah sivil Vazeer Alam Mydin Meera yang memihak kepada keluarga Altantuya pagi ini dibuat 15 tahun selepas tindakan sivil difailkan pada 2007. Tiga plaintif - Shariibuu Setev dan Altantseseg Sanjaa yang merupakan bapa dan ibu mendiang, serta abang Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal - memfailkan saman RM100 juta. Saman itu menyasarkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) - Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar - serta penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia. Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera. Mahkamah jenayah berasingan mensabitkan Azilah dan Sirul Azhar atas pembunuhan itu dan menjatuhkan hukuman mati pada April 2009. Bagaimanapun, mahkamah jenayah membebaskan Razak daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan i...

Dipenjara Seumur Hidup, NGO Rayu Bebaskan 3 Rakyat Malaysia Di Bangladesh

Putrajaya: Angkara membawa masuk emas tanpa kebenaran kerajaan Bangladesh, tiga rakyat Malaysia ditahan dan dipenjarakan seumur hidup di negara berkenaan. Rakyat Malaysia terbabit iaitu Johari Harun, 48, Mohd Azwan Salihin, 28, dan Hee Wool Khong, 35, didakwa melakukan kesalahan membawa masuk emas seberat 45 kilogram (kg) pada Oktober 2015. Keluarga kepada ketiga-tiga rakyat Malaysia itu yang kini sudah tujuh tahun menjalani hukuman penjara mengharapkan bantuan kerajaan Malaysia untuk membawa mereka pulang dengan segera. Isteri kepada Johari, Maizun Mohd Noor, 47, buntu memikirkan nasib suami yang kemungkinan terpaksa menghabiskan sisa hidup di dalam penjara selepas pelbagai usaha dilakukan untuk meringankan hukuman namun tidak berhasil. Menceritakan kejadian, ibu kepada tujuh anak itu berkata, pada tahun itu perniagaan pakaian terpakai merosot menyebabkan suami mencari pendapatan lain bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. "Suami memberitahu mahu ke Bangladesh dan saya tidak...

MHO, PAKIN, MCCC Bela Nasib 10,000 Mangsa Sindiket Penipuan Zutello

Kuala Lumpur: Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai Zutello didakwa sudah menjerat kira-kira 10,000 mangsa dengan kerugian kira-kira RM3 billion dalam tempoh dua tahun lalu. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan daripada ratusan mangsa yang menjadi mangsa penipuan itu. "Kami difahamkan sindiket ini bergerak aktif sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan majoriti mangsa terdiri daripada masyarakat Cina termasuk warga emas. "Mangsa ditawarkan skim pelaburan pelbagai pakej termasuk disertakan dengan insurans dengan kadar pulangan dividen yang tinggi iaitu sekitar 17 peratus sebulan. "Kebanyakan mangsa terpedaya dengan sindiket ini kerana mereka tertarik dengan pulangan yang tinggi selain terdesak akibat keadaan susah memandangkan mereka tidak bekerja semasa PKP," katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini,...

Nad Zainal Sudah Boleh Bercakap Walaupun Dalam Keadaan Lemah - Ungku

Hari demi hari keadaan kesihatan Nad Zainal menunjukkan perkembangan positif selain dia sudah tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan, kata pelakon Ungku Ismail. Berkongsi perkembangan rakannya itu, Ungku memberitahu bahawa Nad sudah boleh bercakap walaupun dalam keadaan lemah. Bagaimanapun menurutnya, Nad masih berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk pengawasan lanjut. “Alhamdulillah hari demi hari banyak perkembangan. Pemulihan menunjukkan perkembangan baik. Hingga 5.30 pagi (semalam) dia tidak lagi menggunakan tiub pernafasan. “Namun, jika berlaku apa-apa, mungkin doktor akan lancarkan prosedur lain untuk pastikan oksigen sentiasa cukup. Nad sudah boleh bercakap, tapi suaranya perlahan. “Dia juga sudah boleh pegang telefon tapi tak boleh menaip kerana badannya masih lemah. Badannya sekejap baik dan kadang-kala demam,” katanya di Instagram malam tadi. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November...

Lelaki Didakwa Rogol Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun

KOTA BHARU: Seorang buruh berdepan dua pertuduhan merogol ‘teman wanitanya’ yang juga kanak-kanak bawah umur di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Khamis. Tertuduh didakwa merogol seorang kanak kanak perempuan berusia 12 tahun pada pukul 4 pagi di sebuah bilik di Kampung Dalam Huma Batu 23 Labok, Machang, sementara bagi pertuduhan kedua pula, dia dituduh melakukan amang seksual di lokasi yang sama, masing-masing pada pada 17 Oktober dan 19 November lepas. Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Baharuddin.   Sehubungan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara selama hampir 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin tidak mencadangkan sebarang jaminan. Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan da...