Rata-rata masyarakat kita mempercayai wujudnya makhluk-makhluk halus yang telah dicipta oleh Allah swt.Makhluk-makhluk ini dicipta tanpa berjisim dan kebiasaannya makhluk halus ini tidak boleh dilihat dari mata kasar manusia ataupun dirasa menggunakan tangan. Merek ini hidup di dalam satu alam yang di panggil alam ghaib.Allah swt mencipta makhluk-mahkluk ini ada yang berasal daripada cahaya,iaitu malaikat,yang sentisa mentaati perintah Allah,dan ada yang berasal daripada api,iaitu makhluk yang dipanggil jin,iblis,syaitan dan serumpama dengannya.Tahukah anda ada bermacam-macam jenis makhluk ghaib yang mungkin kita tidak mengetahuinya. Pertama,Marid. Marid adalah jenis jin yang sangat kuat. Dalam mitologi Arab diceritakan bahawa makhluk ini boleh berubah-rubah dalam pelbagai bentuk,termasuklah menyerupai seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang mengerikan,menipu,menfitnah dan segala perbuatan yang jahat. Makhluk ini juga pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman,te...