Skip to main content

5 Gambar Wanita Terlepas Dari Hukuman Pancung



INDONESIA- Bagaikan satu mimpi apabila Masamah iaitu pekerja wanita yang berasal dari Jawa Barat telah dibebaskan daripada hukuman pancung di Arab Saudi kerana telah dituduh membunuh anak kedua majikan.

Wanita yang berusia 30 tahun ini telah bersyujud serta mencium kaki ibunya kerana terlampau gembira dibebsakan daripada hukuma tersebut.

Masamah sejak dia dimaklumkan mengenai hukuman mati itu, sentiasa berdoa dan tidak putus-putus menghubungi keluarganya yang berada dikampung supaya mendoakan dia di bebaskan daripada hukum tersebut.

Menurut laporan daripada hari perbicaraan Masamah, dia telah dijatuhkan hukuman 2.5 tahun penjaran.Namun ,apa yang mengembirakan dia keluarga majikannya telah memaafkannya dan dia telah pun di bebaskan tanpa sebarang hukuman.

Semasa hari perbicaraan, Masamah mengaku tidak beraslah atas tuduhan membunuh anak kedua majikan nya itu. Hasi daripada laporan pihak polis, cap jari Masamah berada dimuka mangsa semasa dibunuh sedangkan pembunuh sebenarnya adalah kakak kandung mangsa.

Masamah bertindak menyentuh muka mangsa kerana mahu menutup mata mangsa. 

Disebabkan itu, Masamah seakan fobia mahu mencari pekerjaan di negara lain,dia lebih rela bekerja di kampung halamannya sahaja.Masamah juga turut menasihkan mana-mana orang Indonesia yang mahu bekerja di luar negara supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kisahnya ini sebagai satu pengajaran kepada semua.Editor: Bella




Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...